Wednesday 18 December 2013

The 12 ApoStleS, PorT CampBell NaTioNaL ParK ( Part 3 # MeLBourne - In Spring )


Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG ( Part 3 )

Port Campbell ; Great Ocean Road
Hari Pertama : 18 November 2013 ( Isnin )




Perjalanan dari Loch Ard Gorge ke 12 Apostles hanya mengambil masa sekitar 10 minit jer. Tempat pakir kereta di sini memang luas. Kami pun mencari-cari juga tempat pakir kereta yang kosong, Alhamdulillah dapat juga pakir kereta walaupun kena laa berjalan jauh sikit. Di sini, ramai pengunjung berbanding ketika kami berada di tempat-tempat sebelum nie. Malahan, laluan yang perlu kami lalui juga tidak laa jauh sangat. Sepanjang laluan pejalan kaki, terdapat papan tanda yang memberi amaran supaya pengunjung berhati-hati dengan ular.   Tetiba teringat lak kat Sherbrooke River tu, siap duduk-duduk kat dalam rumput-rumput yang merimbun. Selamat tak der ular yang bersarang kat situ ..hehehee Alhamdulillah ...

Disini juga terdapat tempat untuk helikopter mendarat. Siapa yang berminat nak menaiki helikopter boleh laa menyewa perkhidmatan ini.


Maklumat di atas nie terletak di tepi dinding sebelum masuk ke kiosk nie. Kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati, makanan ringan pun ader jugak. Masuk ke kedai nie dan keluar pintu belakang dan terus bergerak menuju ke arah pantai.  


Maklumat tentang tempat ini untuk semua pengunjung yang datang ke sini. 



Melalui kawasan seperti terowong kecil ini sebelum sampai ke pantai. Tertulis di papan tanda ' Twelve Apostles, Port Campbell National Park'. Dulu memang ada 12 batu-batu nie, tapi sekarang dah tinggal sekitar 8 jer. Biasa la batu yang berada di pinggir pantai yang sering dilanda ombak. 





Langit yang membiru dan tumbuhan yang menghijau. 



Pemandangan yang cukup indah.









Macam kepala dan ada mulut jer batu yang paling kecil tu ; )




Disebalik pohon-pohon renek dan ranting-ranting kayu.



Kombinasi warna yang cukup indah dan pemandangan yang sememangnya memukau mata yang memandang.



Disebalik bunga kecil yang berwarna kuning, sangat indah ciptaanNya.



Disebalik pohon-pohon renek yang menghijau dan langit yang membiru.



Bunga di pinggir laluan pejalan kaki.



Kat sini memang banyak sangat pohon renek nie. Cantik sangat tumbuhan nie.



Deruan ombak yang menghempas pantai kelihatan beralun-alun dan berwarna putih kebiru-biruan.



Disebalik ranting kayu. 




Di tempat pakir kereta pulak, kami terpandang laa ada beberapa  kereta antik. Berjumpa juga dengan tuan empunya, rupanya hari nie mereka ada konvoi untuk kereta-kereta antik. Mereka berkumpul dan kemudian akan bergerak entah ke mana, lupa lak nak tanya. Sempat laa jugak kami ambik gambar kat kereta-kereta antik nie.



Kereta antik yang berwarna silver begitu menawan sekali : )



Nie lah helikopter yang boleh pengunjung sewa. Naik nie, boleh laa pusing-pusing tengok pemandangan dari atas lak.. errmmm mesti best kan. Teringin pun ader nak naik helikopter, makanya kami pun bertanya laa harganya. Mahal sangat la pulak nak naik nie. Tak per laaa, dah tengok pun semua pemandangan tadi, tak perlu laa nak naik helikopter nie…pujuk hati hehehee...


Sambung lagi yer cerita kami di Apollo Bay dan Angelsea … ( Part 4 # MeLBourne - In Spring)  ; )









Monday 18 November 2013

PoRt CampBeLL Foreshore ; Great Oceon Road ( Part 2 # MeLBourne - In Spring )


Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG ( Part 2 )

Port Campbell Foreshore ; Great Oceon Road
Hari Pertama : 18 November 2013 ( Isnin )


Perjalanan menuju ke Port Campbell.


Perjalanan kami diteruskan lagi walaupun dalam keadaan kalut mencari telefon yang hilang entah ke mana. Sepanjang perjalanan sememangnya pemandangan sangat indah. Ada kala sedih pun ader jugak sebab mata nie asyik nak tido lak maka tak boleh nak menikmati sepenuhnya keindahan alam. Sepanjang perjalanan kami ke Port Campbell, ada laa kami terserempak dengan bangkai kanggaru yang telah mati dilanggar oleh kenderaan. Besar jugak laa kanggarunya. Pengalaman baru berada di sini, kalau kat negara kita kebiasaannya haiwan yang mati dilanggar ialah kucing dan anjing. 

Pagi nie, kami tiba di Port Campbell sekitar jam 9.00 pagi. Pemandangan kat sini memang cantik. Walaupun cuaca panas terik tetapi angin yang bertiup menyebabkan udara berasa sangat sejuk untuk diriku ini. Nyaman sungguh udara kat sini. Pekan nie sunyi jer, mungkin masih awal lagi kot dan penduduk kat sini tido lagi hehehhee

Ketika sampai di sini, suami hanya dok dalam kereta dan nak tidur katanya. Agaknya sedih sebab tak jumpa telefon dia kot …hehehee Malahan, ketika sampai di sini juga, suami mencari semula telefonnya di tempat meletak barang-barang, tapi hampa tak der. Dia ader juga menyatakan akan mencari pula di bahagian hadapan kereta, tapi belum berkesempatan.

Saya pula terus menuju ke pantai. Kami berhenti hanya seketika untuk melihat pemandangan di sini dan seperti biasa aktiviti mengambil gambar bermula… klikkk…klikkk



Pemandangan yang indah di Port Campbell. Rasa nak terjun jer kat laut tu dan berenang.



Jalan rayanya lengang jer, sunyi jer tempat nie ( Port Campbell ).



Spesis aper bunga nie tak tau laaa, tapi cantik. Bunganyer warna unggu muda. Daunnyer seperti aloe vera tetapi bersaiz sangat kecil.



Cantik sangat bunga nie, ia hanya seperti rumput liar yang tumbut di bumi Port Campbell. Tak pasti spesis aper lak nie.





Cantik sangat tumbuhan nie, tak tau nama? Bunganyer bulat dan berbulu-bulu tajam.



Papan tanda di Port Campbell Foreshore … Welcome : )




Pemandangan yang indah dengan air laut yang tenang, apa lagi satu, dua, tiga dan lompattt…


Walaupun cuaca panas tapi tak terasa pun bahangnya, angin laut yang bertiup sememangnya sejuk jer. Pakai baju pun berlapis-lapis, biasa laa orang macam saya yang tak tahan sejuk nie heheehee.. Bagi suami lak dia kata tak sejuk dan dia pakai T-shirt jer… errmmm ok la tu kan. Sekarang suami dah pun keluar dari kereta dan menerima hakikat yang telefonnya sudah hilangggg. 

Perjalanan kami diteruskan lagi dari sini untuk ke kawasan 'Great Ocean Road, Port Campbell' (GOR). Sepanjang perjalanan sememangnya pemandangan yang sangat indah. Terdapat tiga tempat yang kami berhenti di GOR nie. Pemandangan yang indah dan memerlukan tenaga untuk sampai ke pinggir pantai untuk melihat batu-batu yang terdapat di sana. Tempat pertama kami berhenti iaitu di Sherbrooke River & Broken Head sememangnya memerlukan kaki dan tenaga yang cukup untuk mengharungi laluan yang jauh hehehe : ) . Tapi tak terasa penat pulak sebab leka dengan pemandangan yang sangat indah. 




Sherbrooke River dan Broken Head, The Great Ocean Road, Port Campbell, Victoria, Australia.



Tumbuhan renek yang cantik sangat. Spesis apa tak tau laaa… 




Keadaan laluan yang kami perlu untuk ke Sherbrooke River dan Broken Head, jauhhh. Tapi udaranya nyaman dan sejuk dengan angin yang bertiup.



Papan tanda yang terletak di permulaan jalanan kami yang berhampiran dengan tempat pakir kereta. Sama juga dengan papan tanda yang tertulis Sherbrooke River dan Broken Head.



Laluan pejalan kaki di sebelah kanan tu menuju ke kawasan pantai. Gambar kat atas tu ialah pemandangan jauh dari sebelah kanan saya. Tak pergi pun jenguk ke sana, jauh sangat lak rasanya. Kami memilih laluan sebelah kiri jer dan memerhatikan keindahan di sebelah kanan tu dan pandang dari jauh jer hehehehhe…



Ini pemandangan dari laluan sebelah kiri, cantik jugak : )



Suasana yang tenang dan nyaman, walaupun udaranya sejuk tetapi muka habis terbakar..hehhehe ayat terbakar tuu ngeri jer yer hehehe... Terlupa lak nak guna krim untuk melindungi muka, balik jer ker bilik hotel muka rasa semacam jer dan kemerah-merahan serta hidung pun macam dah nak mengelupas lak kulitnya…huhuhuu  tu laa suka sangat udara sejuk tepi laut tu laa akibatnyer hehehee



Teruskan lagi perjalanan untuk ke destinasi yang seterusnya, Loch Ard Gorge. Jauh juga perjalanan nie… teruskan berjalan dan berjalan.





Pemandangan pantai dari atas dan kalau nak turun ke bawah pun boleh juga. Terdapat laluan bertangga yang disediakan.   Kalau larat boleh laa naik dan turun tangga boleh laaa pergi ke pantai kat bawah tuu : )


Thunder Cave, The Great Ocean Road, Subhanallah sememangnya begitu indah ciptaanNya.



Semasa kami berada di sini terdapat sekumpulan anak-anak lingkungan sekolah rendah turun ke pantai di bawah nie melalui laluan tangga yang disediakan. Laluan tangga ini diperbuat daripada kayu. Semasa mereka berada di sana, terjumpa ular yang berwarna hitam sedang bergerak pantas menuju ke arah mereka. Apa  lagi … bertempiaran laa mereka lari. Rupa-rupanya bila  sampai kat kawasan di sini kena hati-hati dengan ular… huhuu seram nyer ...



Laluan yang dilalui. Sebelah kiri tu kita akan melihat Thunder Cave dan laluan di sebelah kanan pula ialah laluan yang bertangga menuju ke pantai.



Cantik pulak lalang nie… eh iyer ker lalang nie hehehee… entah laa tak tau nama tumbuhan nie : )



Ader rasa macam nak terjun ker kat air laut yang membiru tu hehehee… Walaupun terasa sakit laa jugak kaki nie tapi hilang rasa sakitnyer kerana bersyukur dapat melihat keindahan alam ciptaanNya.


Cerita selanjutnya tentang perjalanan kami ke 12 Apostles, GOR. GOR sambung yer… ( Part 3 # MeLBourne - In Spring )








Sunday 17 November 2013

Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG (Part 1)


Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG

LCCT & Melbourne Airport - Musim Luruh ( Part 1 )
17 ;  18 November 2013 ( Ahad ; Isnin )

Pagi nie ( 17 November 2013; Ahad ) bersiap untuk ke lapangan terbang, meninggalkan anak-anak. Sekitar jam 8.45 pagi kami keluar dari rumah. Berkumpul di rumah mak dan kakak, kemudian sekitar jam 9.40 pagi kami bertolak ke lapangan terbang. Perjalanan kali ini, hanya saya dan suami manakala anak-anak tinggal dengan nenek dan atuk. Penerbangan kami ke Melbourne pada jam 1.20 petang. Kami tiba di Lapangan Terbang Melbourne pada jam 9 malam ( waktu Malaysia ), tetapi juruterbang memaklumkan kepada kami, penerbangan selamat mendarat pada jam 12 tengah malam dengan suhu 12 darjah celcius. Kami tiba awal 10 minit dari masa yang dijangkakan.

Kami tiada masalah dengan kastam. Kami melalui laluan yang selamat dan tidak perlu melalui laluan yang memerlukan beg kami dibuka dan diselonggar atau beg kami dihidu anjing pengesan. Alhamdulillah kami selamat tiba, sementara menunggu anak buah mengambil kereta sewa yang terletak berhampiran dengan kawasan lapangan terbang. Sementara menunggu kerata sewa tiba, kami menunggu di kawasan luar lapangan terbang dan seorang pemandu bas sering pakir bas untuk mengambil penumpang di situ. Ramahnyer pemandu bas nie, setiap kali berhenti dia akan menyapa kami. Ketika kami menanti di situ, rasanya lebih dari 8 kali bas tersebut singgah disitu. Perjalanan bas tersebut tidak memakan masa yang lama kerana kejap-kejap ader jer muka pemandu bas tu…hehehehee

Kereta sewa yang dinanti akhirnya tiba sekitar jam 1.35 pagi ( 18 November 2013 ). Kereta jenama Kia berwarna putih, cukup selesa untuk 6 orang penumpang. Sebelum menaiki kereta sewa sempat laa pulak bergambar di seberang jalan nie yang ada 3 patung.



Patung nie terletak di seberang jalan 'Melbourne Airport' , kami melalui kawasan ini untuk ke tempat kereta sewa.

Permulaan perjalanan kami pada pagi ini tenang dan selesa, kira-kira lebih kurang 15 minit pemanduan, kereta bergerak perlahan dan saya memerhati meter kereta bergerak 40kmj sahaja. Saya ingat memang sengaja dipandu sebegitu perlahan..heheehee rupa-rupanya kereta tu memang bermasalah. Kami berhenti di tepi higway yang ada telefon kecemasan. Menelefon orang-orang yang berkenaan untuk membantu kami. Sebelum tu, kami juga menghubungi agen kereta sewa tapi malangnya tidak berangkat pun telefonnya, biasa laa dah awal pagi orang pun dah balik dan tido. Kami menunggu dan menunggu pula kereta tunda yang dijanjikan akan datang untuk membawa kereta ke bengkel. Dikesejukkan pagi yang dingin, terasa sampai ketulang-tulang rasa gigilnya. Sejuk yang teramat sangat, untuk diriku nie. Disarung juga jaket tebal dan kain tuala diletakkan diatas kepala untuk menahan kesejukkan pagi. Setibanya kereta tunda, kami kena tunggu pula sebab pemandu kereta tunda tu kata perlu naik teksi untuk ke bengkel. Kereta tunda hanya boleh membawa 2 orang penumpang sahaja. Kami menunggu pula ketibaan teksi dan diwaktu itu terpaksa jua mengharungi keadaan cuaca yang sejuk.




Kereta yang ditunda ... : (



 Kesejukan di awal pagi : (


Apabila teksi telah tiba, kami pun bergerak menuju ke bengkel yang berdekatan. Kami ke stesen minyak di Kailor, Victoria.  Cuaca yang sejuk telah memaksa kami untuk menikmati kopi panas di kedai Hungry Jack's. Nikmatnyer menikmati minuman panas di kala sejuk mencengkam diriku …heheeehee



Kopi stesen minyak iaitu di kedai 'Hungry Jacks'


Kami menunggu lagi untuk ketibaan mekanik. Akhirnya kereta kami diuji dan dibaikpulih semula. Kami solat subuh di sekitar kawasan stesen minyak nie. Subuh telah masuk waktu sekitar jam 4. 20 pagi. Kami bergerak semula selesai menunaikan solat subuh. Alhamdulillah dapat jua kami meneruskan perjalanan pada pagi ini, walaupun pelbagai dugaan yang datang.



 Papan tanda yang berhampiran dengan stesen minyak tempat kami berhenti seketika.



Inilah teksi yang hantar kami kat stesen minyak tempat kami membaiki kereta. Pemandu teksi nie seorang muslim.

Perjalanan diteruskan, kami menikmati udara yang segar dan pemandangan yang sangat indah di sini. Bersyukur kehadratNya kami diberikan peluang untuk ke sini.


Pemandangan yang cukup indah, di kala bumi diselaputi oleh kabus yang memutih. Gambar di ambil dari dalam kereta.



Berhenti di sini, hanya nak ambil gambar jer. Semasa melalui kawasan nie, kami melihat banyak arnab liar yang berkeliaran dan berlari melalui jalan raya nie.



 Di satu persimpangan jalan mati, kami berhenti seketika. Entah laa GPS tu, tunjuk jalan mati lak, ker kami yang tersalah alur..heheehe. Pemandangan yang sangat indah di saat matahari terbit dengan keadaan yang berkabus menyelimuti ruang permukaan bumi.



Penghabisan jalan hehheee... keadaan cuaca yang berkabus, dan sejukkk.
Berhenti seketika dan ambil gambar laaa … hehehe


Perjalanan kami pagi ini di duga lagi, apabila dipertengahan jalan kami singgah di satu tempat yang menyediakan tandas. Berhenti di situ seketika untuk melepaskan apa-apa hajat heheehee...



 Inilah tempat kami berhenti untuk ke tandas, kelihatan kereta putih yang di sewa di pakir di sebelah kanan gambar.



Di seberang jalan, kelihatan sebuah rumah yang dipenuhi dengan bunga yang mekar dan cantik sekali.



Di sinilah kami terpaksa berpatah balik semula untuk mencari dan menjejaki telefon yang hilang …huhuuu

Selesai saja, kami meneruskan perjalanan, tiba-tiba suami memaklumkan ketiadaan telefonnya. Masa tu jauh juga laaa perjalanan kami. Kami berhenti seketika dan mencari di kerusi belakang dan tempat meletak barang, puas mencari tapi tiada. Akhirnya keputusan di buat kami terpaksa berpatah balik semula ke tempat kami berhenti yang menyediakan tandas tu.... waduuhhhh jauh juga laaa kena patah balik sebab nak tengok mana laaa tau ada tercicir kat situ. Apa lagi... patah balik laaaa…

Malangnya, setiba di sana tiada jejak pun iphone tuu... tiada rezeki. Kami meneruskan perjalanan ke Port Campbell ... mood sedihhhh hilang iphone5

... Sambung ke Part 2 - Port Campbell






PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...