Showing posts with label KeNaNgAn IPBL. Show all posts
Showing posts with label KeNaNgAn IPBL. Show all posts

Thursday, 5 November 2009

MaLaM MuZiKal & MiNggU PePeRiKsAAn


MaLaM MuZiKaL

Begitu bersemangat lagi nak tengok konsert 'Malam Muzikal', maka kami pun bertolak awal dari umah, tapi sayangnyer laa sampai-sampai jer kat Auditorium TAZA jer dah penuh...huhuuhuu..kena dok kat area tangga laa kami..tapi seat 1st class..heheee dok kat depan sekali sampai pandangan kami dilindungi oleh pentas..heheee.. sehinggakan terpaksa memanjang-manjangkan leher macam angsa... nak tengok orang kat atas pentas tuu...kuii..kuii kesian kami dok kat tanggaaa niee

Malam Muzikal diadakan pada 28 Oktober 2009 (Rabu) di Auditorium Tun Haji Ahmad Zaidi Adruce (TAZA). Pada malam persembahan muzikal, tetamu terhormat yang hadir ialah Timbalan Menteri Sarawak iaitu YB Dato' Alfred Jabu Ak. Numpang.


Timbalan Menteri Sarawak iaitu YB Dato' Alfred Jabu Ak. Numpang.

Persembahan tarian pada malam nie memang hebat dan sangat berbakat. Nyanyian pada malam tersebut juga sangat bertenaga dan bersemangat. Memang hebat bakal-bakal bakal guru-guru dari PPISMP & PISMP.

Salji berwarna-warni..heheee

Macam-macam aksi kami bergambar bersama cikgu Mano dihadapan TAZA.

Pada 3 November 2009 sehingga 5 November 2009 merupakan hari peperiksaan. Hanya 3 paper untuk ujian pada ketiga-tiga hari tersebut. Bilik ujian di A11, dengan pelajar sejumlah 19 orang untuk Group PJ sahaja dan juga group-group yang lain.

Sunday, 25 October 2009

SuKaN TARA IPGM, BaTu LiNtAnG, KuCHiNg : OKT 2009

Sukan TARA diadakan pada 21 Oktober 09 (Rabu) dan 22 Oktober 09 (Khamis) di Stadium Jubli, Kuching. Hari Rabu bermula pada jam 2 petang, di Stadium Jubli, dan acara pada hari ini lebih tertumpu kepada acara lompat tinggi & lontar peluru.

Hari Khamis pula, cuaca hujan dari pagi dan panas seketika pada waktu tengah hari dan hujan semula pada petangnya. Namun, acara tetap diteruskan walaupun cuaca hujan pada sebelah petangnya. Walaupun cuaca hujan, tetapi tetap meriah dengan sorakan dari penonton yang menyaksikan acara trek yang diadakan.

Tugas saya hanya tertumpu di bahagian pendaftaran peserta.



Antara hadiah-hadiah untuk para pemenang.

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...