Monday 20 December 2010

Dinosaur 2010

Dinosaur spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rex dan Apatosaurus yang akan dilihat oleh pengunjung setibanya di pintu masuk pameran.

Dinosaur dalam bahasa Greek bermaksud 'cicak yang dahsyat'. Haiwan ini termasuk dalam kategori reptilia dan mempunyai ketinggian melebihi 20 meter. Haiwan ini mengalami kepupusan secara perlahan-lahan disebabkan oleh perubahan cuaca global dan juga graviti bumi. Menurut penyelidik sainstis, mereka mendapati penyumbang utama kepada evolusi kepupusan dinosaur ialah perubahan biologi alam sekitar. Ia dibuktikan menerusi penemuan fosil-fosil pelbagai spesies dinosaur di banyak benua di seluruh dunia. Disebabkan itu, generasi hari ini hanya dapat mengenali haiwan tersebut menerusi bahan-bahan bacaan dan paparan video serta filem, maka Pusat Sains Negara (PSN) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengambil inisiatif menganjurkan pameran Dinos Alive.

Perasmian pembinaan Pusat Sains Negara yang dirasmikan oleh YAB Encik Abdul Ghafar Bin Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 27 Februari 1992).

Pameran ini untuk membawa masyarakat terutamanya golongan muda mendekati dan meneroka dunia kehidupan dinosaur. Pameran berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini merupakan usahasama antara PSN dengan syarikat Total Sports Sdn. Bhd. serta mendapat sokongan daripada MOSTI.

Ahmadenijad berpeluk dan berdukung dengan abah sebab takut melihat dinosaur yang besar...

Sememangnya pameran ini begitu menarik sekali dengan bilangan dinasour sejumlah 32 ekor yang seolah-olah 'hidup' kerana digerak menggunakan kaedah robotik. Ngauman ngeri spesis Tyrannosaurus Rex atau T-Rex misalnya boleh didengar hingga ke luar pusat pameran.

Kesemua dinosaur ini dibina berdasarkan saiz dan struktur badan yang menyerupai haiwan itu yang sebenar. Malahan, kami juga teruja dengan eleman nilai tambah yang dilengkapkan pada setiap dinosaur seperti pergerakan mekatronik dan kesan suara serta semburan asap. Justeru itu, kesemua dinosaur yang dipamerkan kelihatan seolah-olah hidup dan bernyawa.

Ahmadenijad bermain dan memegang ikan yang dipamerkan di hadapan pintu masuk berdekatan dengan kaunter pembayaran masuk ke PSN inie.

Ketika kami tiba di pintu masuk pameran dinosaur tersebut, Ahmadenijad menerpa berlari ke arah ruang pameran, namun berpatah balik semula ke arah pintu masuk dan menyatakan ketakukannya. Ummi dan Abah Ahmadenijad tersenyum melihat gelagat Ahmadenijad yang terkejut melihat dinasour T-Rex dan Apatosaurus. T-Rex tersebut mempunyai ketinggian lima meter iaitu menyamai ketinggian dua ekor gajah Sumatera yang disusun secara bertingkat. Sementara saiz Apatosaurus pula sepanjag 21 meter menyamai saiz mamalia terbesar dunia iaitu paus biru.

Antara spesis dinosaur yang dipamerkan di pameran ini.

Setelah melihat 2 ekor dinosaur tersebut, kami pun meneruskan perjalanan ke tingkat satu PSN iaitu terletaknya galeri pameran sebenar. Terdapat dua galeri yang disediakan iaitu galeri spesies dinosaur pemakan daging atau karnivor dan spesies yang memakan tumbuh-tumbuhan (herbivor).

Spesis dinosaur pemakan daging atau karnivor.

Lebih mengujakan, pameran ini juga turut menyediakan lima biji telur dinosaur spesies Triceratops dan fosil sebenar spesies T-Rex serta Chasmosaurus.


Setiap spesies dinosaur yang dipamerkan turut disertakan dengan penerangan ringkas tentang habitat, tabiat kehidupan dan pemakanannya.


Bagi menambahkan keseronokan dan keunikan pameran Dinos Alive, Pusat Sains Negara (PSN) juga menyediakan aktiviti-aktiviti sampingan. Antaranya ialah Keretapi Dino, Mengorek Fosil, Simulator Penerokaan Dino dan Haiwan Robotik. Keretapi Dino merupakan keretapi mini berkepala dinosaur yang mengelilingi kawasan pameran. Oleh itu, pengunjung terutamnaya kanak-kanak bolehlah menaiki keretapi tersebut.

Ahmadenijad dan pengunjung lain begitu asyik menonton televisyen berkaitan dengan dinosaur.

Manakala mengorek fosil pula pula membenarkan pengunjung mencuba sendiri mencari fosil-fosil dinosaur yang tertanam di kawasan berpasir. Ahmadenijad dan kanak-kanak yang lain memang seronok sangat mengorek fosil nie, bukan mengorek fosil pun tetapi lebih seronok bermain pasir seolah-olah di tepi pantai. Kanak-kanak juga disediakan kasut but untuk digunakan di tapak mengorek fosil ini.

Ahmadenijad bersama kanak-kanak lain yang bermain di kawasan 'mengorek fosil'.

Bagi penerokaan Dino, pengunjung akan ditempatkan di dalam ruang simulator seolah-olah kenderaan yang akan membawa mereka meneroka dunia kehidupan dinosaur. Mereka boleh mengawal kenderaan tersebut menggunakan kayu ria dan menonton paparan menerusi monitor televisyen. Melaluinya, kita selaku pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berhadapan dengan dinosaur dan dikejar oleh dinosaur.

Di belakang, kelihatan beberapa haiwan robotik yang boleh menari, Ahmadenijad pun takut melihat haiwan yang boleh menari nie...heheee

Di samping itu, ruang jualan disediakan untuk menjual cenderahati berkonsepkan dinosaur sebagai produk kenang-kenangan bagi pengunjung yang hadir.

Pameran yang mengetengahkan teknologi yang dibawa dari Eropah dan Jepun boleh dilawati dari jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) bermula dari 1 Disember 2010 sehingga 31 Mei 2011. Harga tiket juga adalah berpatutan iaitu kanak-kanak (4-17 tahun) dan pelajar (dengan kad pelajar) hanya RM 5. Bagi golongan dewasa (18 tahun ke atas) RM 10, pakej keluarga pula ( dua dewasa dan dua kanak-kanak ) berharga RM 25 dan kanak-kanak di bawah umur empat tahun adalah percuma.

Manakala setiap pemegang akaun Junior Saver CIMB akan mendapat tiket masuk Dinos Alive secara percuma dan bagi pemegang kad Enrich MAS pula, mereka akan mendapat satu tiket percuma untuk setiap pembelian tiket masuk.

Ahmadenijad berhampiran dengan pintu masuk ke pameran dinosaur. Di sini terdapat aquarium yang besar seperti pintu gerbang. Begitu menarik sekali kerana terdapat pelbagai spesis ikan yang bersaiz kecil dan besar.

Dinosaur kat Pusat Sains Negara memang menarik dan bersaiz sebenar. Pada 18 Disember 2010 (sabtu), kami ke sana untuk melihat pameran dinasour tersebut. Ahmadenijad sangat teruja dan sentiasa bercerita mengenai dinosaur selepas berkunjung ke Pusat Sains Negara ini, walaupun Ahmadenijad menangis-nangis ketika melihat dinosaur yang bersaiz besar serta suara ngauman yang menakutkan...

Kanak-kanak dan pengunjung dewasa begitu teruja apabila melihat seorang penyelam yang menyelam di dasar aquarium tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia, (Isnin) 13 Disember 2010.


CH 2010

Percutian ke Cameron Highland kali ini, meriah la sikit kerana ramai yang pergi bersama keluarga kami. Perjalanan kami menggunakan jalan Persimpangan Pulai, Perak untuk ke Cameron Highlands. Kami bermalam di Apartment Villa Dahlia. Sebelum tiba ke tempat penginapan kami singgah di sebuah kedai untuk membeli sayur-sayuran sambil melihat kawasan sekitar tempat perhentian ini.


Melihat kawasan sekitar yang cantik dan terdapat pelbagai jenis produk makanan dan sayur-sayuran serta buah-buahan segar. Terdapat juga pelbagai jenis tanaman pokok bunga yang kembang mekar serta terdapat juga haiwan peliharaan.


Di penginapan kami di Villa Dahlia.


Pada 6 Disember 2010, malamnya kami ke pasar malam di Brinchang. Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, setiap malam ada terdapat pasar malam di sini. Pelbagai barangan dijual serta yang paling menarik sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar serta harga yang murah.


POsing-POsing...


Sayur campur untuk makan malam dan mee goreng untuk sarapan pagi.

Ahmadenijad seronok dengan permainan kuda... 'Kudaku lari gagah berani"...hehee lirik lagu



Ahmadenijad di sebalik buah strawberry.

Pada 8 Dis, kami pun bergerak pulang. Sebelum tu kami pergi membeli-belah seketika. Tengok laaa Ahmadenijad, suka sangat naik kuda nie...errmmm duit-duit :)




Tuesday 30 November 2010

PuRi PujAnGGa, UKM


Selesai mesyuarat pada pagi ini, kami bergegas ke Puri Pujangga di UKM untuk santapan : )
Ada jamuan untuk akhir tahun. Seronoknyer dapat berkumpul dan menikmati pelbagai hidangan yang lazat dan beraneka jenis.

Seperti popia goreng tetapi bukan kerana di dalamnya adalah pisang yang dibaluti dengan kulit popia dan digoreng serta di makan dengan kuah yang berwarna putih seperti susu.


Ketika menikmati hidangan yang enak, acara 'Cabutan Bertuah' juga turut memeriahkan lagi suasana ketika itu. Setiap yang hadir akan dapat merasai cabutan bertuah dan yang membezakannya hanyalah jenis hadiah yang akan diterima. Hadiah bertuah saya ialah bekas untuk mengisi kuih raya. Kebetulan pulak hadiah nie serupa dengan bekas yang sedia ada di rumah, nampaknya sepasang laaa pulak hadiah nie.

Kenangan di Puri Pujangga, UKM

Sunday 31 October 2010

PuSaT SaiNs NeGaRa

Ahmadenijad bersama burung kakak tua di Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Perjalanan pada pagi ini (30 Oktober 2010 - Sabtu) lancar dengan keadaan cuaca yang baik. Kenderaan di sekitar perjalanan menuju ke Stadium Bukit Jalil agak sesak tetapi perjalanan masih lagi lancar. Kebanyakkan kenderaan ini, menuju ke Stadium kerana pada malam ini merupakan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia diantara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan.

Kami pakirkan kereta di belakang bangunan KWSP untuk ke Jalan TAR. Tujuan ke sini nak membeli manik-manik untuk menjahit baju tempahan daripada adik rakan saya. Sebelum membeli-belah..heheehee...kami sarapan dulu di kedai ' Ibrahimsha Nasi Kandar'.


Ahmadenijad bersama sepupu Abg Ajim bergambar bersama burung kakak tua. Jelas kelihatan di air muka Ahmadenijad yang ketakutan..hahaahaa... Sekali bergambar dikenakan bayaran RM10 dan diberikan sekeping gambar ini.

Selesai menjamu selera kami pun menuju ke kedai manik ' Klim Craft' yang berhampiran dengan kedai kain JAKEL. Selesai memilih manik, saya pun menemani Ahmadenijad dan Ajim ke khemah yang menempatkan pelbagai spesis burung kakak tua, iguana dan ular sawa. Khemah jualan ini terletak berhadapan dengan Bank MAYBANK. Sesiapa yang nak bergambar di sini dikenakan bayaran sebanyak RM10 sahaja dan akan bergambar dengan haiwan tersebut. Ahmadenijad dan Ajim bergambar dengan burung kakak tua sahaja.

Selesai membeli-belah di Jalan TAR, Kl , kami sekeluarga menuju pula ke Pusat Sains Negara (PSN) yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.PSN terletak di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti. Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29hb November 1996.

PSN merupakan mercu tanda kebangsaan yang mempunyai rekabentuk bangunan yang unik iaitu menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Sebagai sebuah institusi pembelajaran tidak formal, pusat ini berharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah rakyat Malaysia.

Ikan kat sini boleh di sentuh...

Terowong akuarium yang begitu menarik dengan pelbagai spesis ikan dari yang kecil sehingga yang besar. Terdapat juga satu sudut sebelum pintu masuk ke PSN ini yang disediakan tempat untuk pengunjung menyentuh sendiri ikan-ikan yang berenang.


Terokai dan fahami prinsip-prinsip asas sains dan mengembara merentasi dunia makro dan mikro dalam bidang biologi, fizik, kimia dan astronomi.

Di ruang bilik 'Cahaya dan Muzik', memang menarik sekali. Masuk ke bilik ini memang seronok sebab setiap langkah kita akan menghasilkan irama muzik.


Kesian Ahmadenijad...tak cukup tinggi untuk meletakkan kepalanya di baju angkasawan...hahaahaha


' Kids Discovery Place ' merupakan satu ruangan untuk kanak-kanak bermain sambil belajar.

Hasil lukisan yang cukup menarik seolah-olah di kelilingi oleh ikan yang berenang-renang.


"Comeiii laa ummi... " kata Ahmadenijad bila melihat gambar nie... perasan lebih lak Ahmadenijad nie.


Ahmadenijad suka sangat tengok 2 ekor dinosaur nie. Siap nak naik atas badan dinosaur lak..hehee

Pusat ini menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi. Bahan pameran ini ditempatkan di galeri yang berbagai tema di mana galeri-galeri tersebut dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

Ahmadenijad suka sangat bermain di sini, di tempat permainan untuk kanak-kanak.

Oleh itu, datang laa beramai-ramai ke PSN untuk mengalami sendiri dunia sains dan teknologi. Bayaran tiket hanya RM6 ( 13 tahun ke atas ) dan RM 3 untuk kanak-kanak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun serta untuk warga tua ( 55 tahun ke atas ).


Sunday 24 October 2010

Perkhemahan di Hutan Pendidikan Alam, UKM


Pada 15 hingga 17 Oktober 2010 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM, Bangi diadakan Program Perkhemahan Unit Beruniform. Program yang diikuti oleh pelajar Tahun 6 ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Jalan Enam. Aktiviti seperti ini merupakan salah satu aktiviti luar yang sangat berfaedah serta dapat membantu para peserta untuk memupuk semangat dan jati diri yang kuat untuk menjadi insan yang berguna kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Kawasan tapak perkhemahan pelajar...rindu lak nak tidur dalam khemah macam nie : )

Objektif Program Perkhemahan ini ialah :

1) Memupuk sikap berdikari dalam kalangan peserta.

2) Membentuk semangat berpasukan.

3) Memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum.

4) Melahirkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai jati diri.

5) Menyemai benih-benih kepimpinan di kalangan peserta.

6) Membina kekuatan jasmani dan kekuatan mental.

7) Melahirkan generasi yang cintakan alam sekitar.


Murid-murid sedang bersarapan pagi...menu sarapan pagi untuk hari ini (16 Oktober - Sabtu) ialah mee hoon goreng. Saya pun turut bersarapan pagi bersama-sama murid-murid di sini : )

Seramai 100 orang murid telah mengikuti program ini yang diwakili dari pasukan beruniform masing-masing iaitu daripada pasukan Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah. Murid menunjukkan komitmen yang cukup baik ketika berada di tapak perkhemahan ini.
Pada pagi ini (16 oktober - Sabtu) juga diadakan latihan berkawad, pertandingan membuat gajet secara berkumpulan dan pertandingan balutan ketika mengalami kecederaan. Selepas murid-murid berkawad, mereka mengikuti pula pertandingan membuat gajet. Selesai diadili pertandingan membuat gajet, murid-murid mengikuti pula aktiviti pertandingan balutan ketika mengalami kecederaan. Pelbagai situasi diberikan kepada murid-murid untuk memahami jenis-jenis balutan yang perlu dibuat kepada rakan mereka. Misalnya situasi kecederaan dari pergelangan tangan sehingga jari, maka pelajar di dalam kumpulan perlu memikirkan cara balutan yang betul untuk membalut kecederaan tersebut. Memang menarik aktiviti ini kerana selaku juri kita akan melihat kreativiti murid-murid untuk membalut kecederaan tersebut. Namun, hanya balutan yang betul akan mendapat markah yang tinggi berdasarkan ketepatan masa menyiapkan balutan, kekemasan serta kerjasama.

Bergambar berlatar belakangkan tapak perkhemahan.


Tekun sungguh murid-murid membuat gajet untuk kumpulan masing-masing. Malahan, mereka juga menunjukkan sikap bekerjasama dan bertoleransi ketika memberikan pendapat untuk membina gajet yang terbaik untuk kumpulan masing-masing. Malahan, tidak terkecuali ada juga murid-murid hanya sekadar menjadi pemerhati sahaja...heheeheee biasa laa tu tak tau nak buat aper kot. Setiap kumpulan murid-murid ini ada seorang fasilitator dari UKM.

Setelah bertungkus-lumus menyiapkan gajet, akhirnya inilah gajet-gajet yang dihasilkan oleh murid-murid tahun 6. Nampaknya berbakat juga laaa murid-murid ini membuat gajet tersebut.

Inilah masa yang dinantikan...masa untuk makan tengah hari setelah penat menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang pagi ini.

Pada 17 Oktober 2010 (Ahad), aktiviti hari ini adalah pertandingan berkawad untuk semua unit beruniform. Hari ini juga merupakan hari terakhir dan murid-murid perlu mengemaskan khemah dan barangan keperluan masing-masing. Semestinya aktiviti perkhemahan ini merupakan kenangan terindah buat murid-murid tahun 6 semasa mereka di sekolah rendah. Memandangkan pada tahun hadapan mereka akan melangkahkan kaki ke sekolah menengah.



PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...