Showing posts with label JaLaN-JaLan CaRi MakaN. Show all posts
Showing posts with label JaLaN-JaLan CaRi MakaN. Show all posts

Thursday, 20 October 2016

Sup Power


Malam nie (19 Oktober 2016), kak ipar ajak menjamu selera sup power. Memandangkan sebelum nie kak ipar dah pergi ke sini dan dia kata memang sedap sup kat sini. Kami sekeluarga berpeluang juga merasa sup di sini.


 Inilah antara menu di Restoran Sup Power Ali, di Semenyih.  Kami menikmati sup kambing dan dicicah dengan roti. Air yang memang sedap pada tekak saya iaitu air limau panas. Baby Afsheen pula baring dalam 'tempat beradunya', tanpa banyak ragam yang diletakkan atas meja tuuu...




Ramai-ramai kita merasa dan menikmati sup power nie. Kami lebih selesa memilih meja yang terletak di luar kedai kerana sejuk jer udaranya.






Thursday, 12 November 2015

JalaN-JalaN MembeLi-BeLah SambiL Makan

Cuti Deepavali nie (10112015) kami bercadang nak ke IOI City Mall, Putrajaya. Tercapai juga, sebab suami nak bawa kami hoorayyy... : )

Ahmadenijad dan A'shadieeyah pula dah bersiap-siap nak gi berjalan raya Deepavali di IOI City Mall. Sebelum tu, singgah sarapan di kedai mamak yang berhampiran rumah.

Aksi A'shadieeyah dengan baju lawoo  : )  
Gembiranya diaa...

Berada di IOI City Mall, bergambar dengan penguin.

Melintasi Restoran Seoul Garden, terasa teringin nak menikmati makanan di sini. Disebabkan ramai pelanggan menikmati makanan di sini, kami disarankan supaya meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada kekosongan tempat. Jadi, kami sekeluarga pun hanya berlegar-legar di kawasan sekitar sahaja. 

Sekitar 15 minit kemudian, pihak restoren menghubungi suami memaklumkan sudah ada kekosongan tempat. Seterusnya, aktiviti menjamu selera pula yer hihiii..


Berselera Ahmadenijad dan A'shadieeyah. 

A'shadieeyah berusia 4 tahun 3 bulan dan Ahmadenijad berusia 7 tahun 3 bulan ( darjah satu).

Suka A'shadieeyah dan Ahmadenijad makan agar-agar hijau nie.

Setelah kenyang, kita jalan-jalan membeli-belah pula yer : )


Wednesday, 17 June 2015

Bertemu di Kedai... ToM Yam




Bertarikh 17 Jun 2015 (Rabu), berjumpa dengan adik yang sedang berkursus di sini. Tak boleh nak gi jalan-jalan sama sebab siangnya dia ada kursus. Jadi jumpa laa malamnya, kita makan-makan yer hihiii


Bertemu adik yang berkursus di Kuala Lumpur.

Kedai 'Ku Faridah Tomyam' di Ampang menjadi pilihan kami malam nie dan tempat bertemu adik saya yang berkursus di Kuala Lumpur.

A'shadieeyah disebalik air yang dipesan.

Mee Tom yam, menu yang adik saya pesan.

Nasi goreng

Kuew tiew goreng yang sentiasa menjadi pilihan Ahmadenjad.

A'shadieeyah yang suka sangat kentang goreng dicicah dengan sos dan mayonis. Gambar sebelah kanan tu makanan yang suami pesan.






Friday, 12 June 2015

RaSa UtaRa


12 Jun 2015 ( Jumaat )
Restoran Rasa Utara, Times Square

Hari nie kami menjamu selera di sini setelah check out dari tempat penginapan di sini. Pertama kali makan di sini, suasana memang menarik apabila kaki melangkah ke sini. Jom cuci mata tengok gambar yer : )

Macam-macam menu disediakan di sini, pilih jer mana suka yer.

Adik Ashadieeyah yang manja gituu: )

Gambar pemimpin pujaan hatiku Tun Dr Mahathir Mohamad menghiasa dinding restoran.

Sedapnya air niee : )


Set nasi pilihan saya berlaukkan ayam masak lomak cili api.

Ikan tenggiri masak lemak cili api.

Ayam masak lemak cili api.

Terung berlada : )

Gaya mesti lebih nie haha, bukan main lagi dia yer : )

Hari nie kami dah check out dari tempat penginapan di Berjaya Time Square. Paginya sempat laa membeli-belah di sini setelah beberapa hari tinggal di sini tapi dok dalam bilik sebab badan masih lemah kerana baru baik dari demam. 






Thursday, 11 June 2015

Nasi Ayam ~ Jurassic World


11 Jun 2015 (Khamis)

Chicken Rice Shop 




Mee Kari yang dipesan oleh suami nie memang sedap dan banyak. Harga pun berpatutan : )








Ahmadenijad makan 'Nyonya Pai Tee'.





















Selepas menjamu selera, kami pun menonton cerita 'Jurassic World'. Ahmadenijad memang minat sangat laa cerita-cerita dinasour nie.







Aksi Ahmadenijad dan A'shadieeyah dalam panggung wayang.
















Wednesday, 10 June 2015

Tulip : )

Malam nie (10 Jun 2015 ~ Rabu), kami tak kemana-mana pun. Hanya di bilik penginapan di Berjaya Times Square sahaja. Kami hanya turun ke bawah di tempat membeli-belah untuk jalan-jalan cari makanan dan sambil-sambil mencuci mata melihat barang-barang yang dijual di sini. Malam nie, kami memilih Restoran Station Kopitam untuk hidangan malam kami. 

Nasi goreng daging yang dipesan oleh suami. Sedap juga menu nie.

Nasi goreng kampong yang menarik dan sedap.

Tengok jer dah tahu menu apa dan siapa punya. Anak dara saya laa si A'shadieeyah : )

Kopi ais yang sedap : )


A'shadieeyah bergambar dengan tulip  serta aksinya yang teruja melihat tulip hahaahaa...
Bukan bunga tulip sebenar hanya gambar jer hihiiii ok laa kan dapat jugak bergambar dengan tulip yang besar daripada A'shadieeyah : )


Tengok aksi A'shadieeyah yang terlebih aktif pulak, abangnya Ahmadenijad pula monyok jer muka dan macam tak bermaya sebab mengantuk.


Aksi Ahmadenijad dan A'shadieeyah dihadapan model tak tau namanyer. Selesai bergambar dan jalan-jalan untuk senaman malam nie selepas makan, kami sekeluarga pun balik ke bilik untuk berehat pulak yer : )








PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...