IKLAN

Thursday, 12 November 2015

JalaN-JalaN MembeLi-BeLah SambiL Makan

Cuti Deepavali nie (10112015) kami bercadang nak ke IOI City Mall, Putrajaya. Tercapai juga, sebab suami nak bawa kami hoorayyy... : )

Ahmadenijad dan A'shadieeyah pula dah bersiap-siap nak gi berjalan raya Deepavali di IOI City Mall. Sebelum tu, singgah sarapan di kedai mamak yang berhampiran rumah.

Aksi A'shadieeyah dengan baju lawoo  : )  
Gembiranya diaa...

Berada di IOI City Mall, bergambar dengan penguin.

Melintasi Restoran Seoul Garden, terasa teringin nak menikmati makanan di sini. Disebabkan ramai pelanggan menikmati makanan di sini, kami disarankan supaya meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada kekosongan tempat. Jadi, kami sekeluarga pun hanya berlegar-legar di kawasan sekitar sahaja. 

Sekitar 15 minit kemudian, pihak restoren menghubungi suami memaklumkan sudah ada kekosongan tempat. Seterusnya, aktiviti menjamu selera pula yer hihiii..


Berselera Ahmadenijad dan A'shadieeyah. 

A'shadieeyah berusia 4 tahun 3 bulan dan Ahmadenijad berusia 7 tahun 3 bulan ( darjah satu).

Suka A'shadieeyah dan Ahmadenijad makan agar-agar hijau nie.

Setelah kenyang, kita jalan-jalan membeli-belah pula yer : )


Tuesday, 3 November 2015

BeLiMBing TunJuK

Belimbing Tunjuk...hahaa bahasa Melayu Sarawak, kami panggil belimbing tunjuk. Belimbing tunjuk atau belimbing buluh memang sedap kalau dicampur dalam masakan. Teringat masa makan kat kedai di Sri Aman, Sarawak. Makan buah belimbing nie yang di masak berkicap. Sedap sangat rasanya bila makan dengan nasi. Bila dah sampai kat Bangi, teringat lak masakan tu. Jadi bila pokok buah belimbing nie lebat berbuah memang ok laa nak masak.

Pokok belimbing yang lebat berbuah.


Buah belimbing belah dua yer : )


Lepas dah potong dan belah, basuh bersih kemudian didihkan air di kuali. Bila air dah mendidih, boleh laa masukkan buah yang telah dipotong tadi. Rebus buah tu seketika sehingga berubah warna macam kat gambar bawah nie yer  hihiii : )


Buah belimbing yang direbus dan berubah warnanya.


Bahan-bahan yang dikisar dan ditumis.


Ini bahan-bahan yang sudah ditumis, perlu dikacau supaya tidak hangus.

Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis ialah ;
2 genggam cili kering / semangkuk kecil ( dipotong dan direndam seketika - untuk buang biji )
cili api ( ikut suka nak letak atau tidak, kalau suka pedas boleh campur )
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
segenggam ikan bilis
sedikit halia
sedikit belacan
kicap manis
Minyak untuk menumis


Semua bahan tadi di kisar halus kecuali ikan bilis. Ikan bilis dikisar kemudian. Saya suka ikan bilis yang di kisar tidak terlalu hancur. Ikut rasa sendiri suka, kalau suka yang dikasar halus boleh jer.
Tumis bahan yang dikisar dalam minyak yang telah panas : )

Tumis laa sampai pecah minyak, kemudian masukkan kicap manis. Setelah tu, masukkan pula buah belimbing yang telah direbus. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah tutupkan api. Biarkan sejuk atau makan panas-panas dengan nasi putih.

Kalau tak nak rebus buah belimbing pun boleh juga, terus jer masuk dalam bahan yang ditumis tadi. Tapi akan menyebabkan banyak air laa yer sebab air dari buah belimbing tu.



Kalau tak suka minyak banyak, boleh la buang sikit yer. Minyak banyak tu untuk menumis jer.


SELAMAT MENJAMU SELERA... : )





Thursday, 15 October 2015

Jatuh Pokok~Ahmadenijad

Majlis persaraan Penolong Kanan Kokurikulum diadakan di sekolah pada hari nie 12 Oktober 2015 (Isnin). Petangnya jam 2.20 petang diadakan pula majlis minum petang untuk meraikan persaraan beliau.  Majlis diadakan di Horizontel Garden, Bangi.










Panggilan tidak berjawab sekitar jam 3.09 petang dengan nombor panggilan yang tidak diketahui. Disebabkan keadaan suasana yang bising persembahan yang diadakan ketika itu menyebabkan saya tidak mendengar nada dering telefon. Sekitar jam 3.14 petang, suami menghubungi saya dan memaklumkan bahawa Ahmadenijad jatuh daripada pokok. Berderau rasa jantung dengar berita tu. Semasa suami memaklumkan berita kejadian Ahmadenijad yang jatuh, waktu tu saya sedang menjamah makanan. Hilang selera makan saya, nak balik masa tu juga. Tapi apakan daya, sewaktu datang ke sini, saya menumpang rakan kerana khuatir tiada ruang pakir kereta. Jadi bila nak balik tu, kena laa pula tunggu rakan. Lagipun, majlis belum selesai dan baru jer mula nak makan.

Beratnya hati nak duduk lama-lama, macam cacing kepanasan lak huhuuuu... keadaan hari hujan yang lebat sangat seolah-olah memahami hati yang menangis di dalam. Dentuman guruh yang kuat mengejukkan diriku dari lamunan. Ligat jari menekan punat telefon mendail kepada kakak ipar memohon untuk mengambil Ahmadenijad. Walaupun suami pulang dari tempat kerja namun perjalanan yang jauh akan mengambil masa juga. Kakak ipar mengatakan bahawa dia akan pergi mengambil Ahmadenijad di sekolah.


 Keadaan Ahmadenijad di rumah mak tok. Setibanya di rumah mak mertua, melihat keadaan kepalanya sudah berbalut.

Selesai majlis persaraan tamat, rakan yang duduk semeja dengan saya membantu dan menghantar saya ke sekolah. Keadaan hujan masih renyai-renyai, kereta dipandu laju untuk pulang. Saya menelefon kak ipar dan dia memaklumkan bahawa Ahmadenijad telah dibawa ke klinik dan sekarang di rumah mak tok nya.

Saya tiba di rumah mak mertua, dan melihat kepala Ahmadenijad telah berbalut. Walaupun hati saya berasa gelisah namun lega rasanya apabila melihat Ahmadenijad ceria dan gembira bermain bersama sepupunya.


 Ketika di klinik, doktor melihat kesan luka dan terpaksa mencukur sedikit rambut dibahagian yang luka untuk memudahkan pemeriksaan.


Rupa-rupanya suami telah meminta bantuan daripada adiknya untuk mengambil Ahmadenijad di sekolah lalu dibawa berjumpa dengan doktor di Klinik Huda. Ubat juga telah diberikan kepada Ahmadenijad untuk dimakan. Syukur, Alhamdulillah kerana segalanya dipermudahkan olehNya. Di klinik, Ahmadenijad dikenakan 4 jahitan dibelakang kepalanya.



 Selesai dijahit dan dibalut oleh doktor, Ahmadenijad duduk berehat dan menunggu untuk mengambil ubat sahaja.

 Kesan luka Ahmadenijad yang dijahit.

Adik A'shadieeyah yang menunjukkan lukisan rumahnya manakala Ahmadenijad yang berehat sebelum dibawa oleh Abah ke kedai gunting rambut.


 Ahmadenijad yang dah botak, supaya lebih selesa sebab rambut dia lebat sangat.

 Tarik telinga sendiri...
Ahmadenijad yang berusia 7 tahun 3 bulan (Tahun 1 kelas 1C5)

Ummi pun mula laa merisik-risik Ahmadenijad tentang apa yang telah berlaku di sekolah. Ummi membayangkan Ahmadenijad jatuh macam nangka dari pokok yang tinggi. Rupanya pokok yang Ahmadenijad panjat tidak laa besar. Badan Ahmadenijad yang berat memanjat pokok yang tidak seimbang dengan badannya, menyebabkan pokok tu melentur dan patah. Apabila dahan pokok yang kecil itu patah makanya Ahmadenijad pun terjatuh dan kepalanya luka.


Malamnya, guru kelas Ahmadenijad menelefon saya. Tahulah saya bahawa pokok yang dipanjat oleh Ahmadenijad terletak bersebelahan kelasnya jer. Berdepan juga dengan pakir kereta. Memang pokok nie tak besar tapi cikgu memaklumkan pokok tu memang menjadi kegemaran budak-budak bergayut hihiii....

Muka sedih.

Ahmadenijad juga memaklumkan bahawa hanya dia jer yang memanjat, bila dah jatuh ramai juga rakan yang membantu dan memberitahu kepada Ahmadenijad bahawa banyak darah yang mengalir keluar. Rakan-rakan Ahmadenijad membantunya membawa ke bilik guru. Seorang ustazah membantu membalut luka Ahmadenijad. Terima kasih kepada guru-guru, rakan-rakan Ahmadenijad dan saudara-mara yang banyak membantu Ahmadenijad.

Semoga luka di kepala Ahmadenijad cepat sembuh kerana lima hari lepas jahit perlu dibawa ke klinik jumpa doktor untuk buka jahitan.

Gambar bertarikh 14 Oktober 2017, Ahmadenijad ceria dan lukanya semakin sembuh.





Wednesday, 14 October 2015

Persaraan

Persaraan Encik Tan pada 12 Oktober 2015 ( Isnin). Antara hadiah-hadiah yang diberikan kepada Encik Tan yang diolah dalam bentuk hantaran. Terdapat banyak sangat hadiah yang diterima dan gambar-gambar di bawah adalah antara sebahagiannya.














Monday, 12 October 2015

Lukisan~Rumah~A'shadieeyah

Hari nie (Isnin/12 Oktober 2015) A'shadieeyah menunjukkan lukisan rumah yang dilukisnya. Lukisan rumah macam hujung mata pensel : )   Tapi ok laa untuk budak berusia 4 tahun 3 bulan.

Rumah idaman A'shadieeyah berwarna merah dan biru.


Sekarang suka bergambar jelir lidah : )



Adik A'shadieeyah yang manja dan sekarang suka sangat melukis ikut macam abangnya : )