Tuesday 30 September 2014

KOPi ~ BaNgi GaTeWay ~


Kami bergerak ke Bangi Gateway pada hari Selasa ( 30 September 2014 ) untuk membeli barangan keperluan dapur. Sambil pergi ke Jaya Grocer, singgah makan dan minum kopi kat sini di kedai yang terletak dalam Jaya Grocer. Anak-anak jer yang lapar, ummi dan abah dah makan. Anak-anak pesan spagetti manakala ummi dan abah minum air kopi.



Sedapnya Ahmadenijad menjamu selera dengan spagetti aglio olio.



Adik A'shadieeyah pun makan spagetti juga, kongsi dengan abangnya Ahmadenijad. 





Spagetti aglio olio. Ahmadenijad kata pada ummi " ummi spagetti nie sikit tapi pinggannyer besar, tapi walaupun sikit Niejad makan tak abis-abis jugak". Nampak jer sikit tapi banyak sebenarnya spagetti nie : )


Air kopi dalam cawan kecil comel nie ummi laa punyer.... sedap dan pahit ; )



Limau yang  dibeli di Jaya Grocer nie memang sedap, A'shadieeyah pun suka sangat makan limau nie : )



Friday 19 September 2014

MaKaNan BaRaT PuLaK

Malam nie 19 September 2014 ( Jumaat ) teringin nak makan ikan masak stim. Tapi entah macam mana jadi ker makanan barat lak menu kami malam nie. Pertama kali kami makan di restoran nie. Jadi makan malam nie kami mencuba di Restoran Port, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Kami mencuba makanan barat 'western'. Tak dapat gi ke negara Barat pun jangan risau, makanan barat banyak terdapat kat Malaysia nie hihiiii...gurau yer jangan marah hihii.




Menu ni lak ialah 'Meat Lover', hahaaa sesuai laa untuk orang yang suka makanan yang berdaging. Ayam dan daging digabungkan dalam menu nie. Menang sedap... dah cuba mesti nak lagi dan lagi laaa : )



Ahmadenijad makan chicken chop, tengok ayam dia macam ikan, dihias macam ader ekor. Sangat menarik dan sedap lak tu. Ahmadenijad makan sampai licin kecuali salad tu ummi yang habiskan : )



Gaya A'shadieeyah bukan main lagi yer. Tengok laa Ahmadenijad sedang makan dengan berseleranya.



Nie pulak 'Lamb Chop', siap punyer? Siapa lagi ummi kepada Ahmadenijad laa empunya menu yang sedap nie : )




Siapa nie? Siapa lagi anak dara ummi nie A'shadieeyah Hafthah. Tengok laa makanan dia, lapar betuii A'shadieeyah. Keropok roda tu beli dengan makcik yang menjual ketika kami di kedai makan nie.


Kami menjamu selera dengan tenang kerana menikmati makanan masing-masing. Kami sekeluarga lebih suka mengambil tempat duduk atau meja di luar kedai berbanding di dalam kedai. Kalau malam hari memang seronok duduk di luar kedai menikmati udara malam sambil menikmati makanan yang enak. Alhamdulillah kenyang... ; ) 
Hampir terlupa lak... harga makanan kat sini berpatutan dan tidak mahal. Memang berbaloi kalau menjamu selera di sini. 






Saturday 6 September 2014

RamBut TerPaCak DenGaN ViCks

Petang 5 September 2014 ( Jumaat ), cuaca redup dan nyaman jer. Anak-anak dah lama terlelap kecuali A'shadieeyah yang terjaga dan memulakan projeknyer hahaahaa... projek aper laa yer 
Abang Ahmadenijad yang nyenyak tidur di ruang tamu di hadapan tv telah di dandan oleh A'shadieeyah. 

Abang Ahmadenijad sememangnya tidur dengan nyenyak hinggakan apa yang dilakukan oleh adik A'shadieeyah ke atas dirinya tidak disedari. Ummi pun tak sedar apa yang telah dilakukan ke atas abang Ahmadenijad. 

Terkejut ummi mendengar jeritan abang Ahmadenijad " Ummi...ummi... tengok laa aper adik buat ngan abang", kata Ahmadenijad. Jeritan yang kuat menyebabkan ummi tersentak dari tidooo mengadap televisyen.  " Adik buat aper abang " , ummi bertanya pada abang Ahmadenijad. Aduhhh... apa pulak hal nyer nie dengan abang Ahmadnijad. Ummi tengok rupa Ahmadenijad tak der aper  yang tak kena pun... malah rambutnyer bukan main lagi terpacak.

'Gel mana pulak laa abang Ahmadenijad dah kerjakan untuk rambutnya sampai terpacak macam tu', getus hati ummi. Ummi makin hairan dengan Ahmadenijad yang makin terjerit-jerit. Rasa nak marah pun ader jugak tapi kesabaran masih lagi menebal hihiiii....


Inilah keadaan rambut abang Ahmadenijad yang telah dikerjakan oleh adik dengan minyak vicks. Kesian abang Ahmadenijad, pedih mata dia huuuhuuuu...menangis dan pejam mata jer.


Abang pun menceritakan pada ummi bahawa adik telah menyapukan rambut abang Ahamdenijad dengan minyak Vicks. Vicks yang selalu digunakan untuk melegakan pernafasan anak-anak bila demam dan selsema. Malah digunakan juga jika anak ada masalah lelah macam A'shadieeyah. 


Minyak vicks yang baru di beli tinggal sisa jer ; )

Vicks botol besar yang baru dibeli pada 2 September 2014 ( Selasa ) adalah untuk A'shadieeyah. A'shadieeyah demam pada hari Ahad ( 31 Ogos 2014 ), dan tengah malamnya iaitu pada jam sekitar 12.15 tengah malam ( 1 Sept 2014 ) kami membawanya ke Klinik Zalfah ( Bangi ). Maklumlah badannya panas dan dia pun lemah jer dah tak lalu nak makan.


Muka sedih jer A'shadieeyah ketika di rumah. Lemah kerana demam : (



A'shadieeyah yang baring atas pangkuan di paha abangnya ... kesian Asha. Abang Ahmadenijad lak muka tu sebenarnya nak menguap...yer laaa dah awal pagi iaitu dalam jam 1 pagi memang ngantuk laaa. Masa nie dah berjumpa dengan doktor cuma nak tunggu ubat jer.




Gambar A'shadieeyah dan abang Ahmadenijad bermain di laman rumah. Paginya sihat jer, petang tu dah mula badan panas dan keadaan A'shadieeyah makin demam sebelah malamnya.


Pada 3 September 2014 ( Rabu ) kami membawa A'shadieeyah sekali lagi ke klinik memandangkan keadaan badannya masih lagi panas walaupun sudah diberi ubat. Malamnya sekitar jam 8.30 malam kami ke Klinik Mesra (Bangi) Pusat Pakar Mata. Ketika A'shadieeyah di bawa ke klinik pun keadaannya lemah dan suhu badannya masih panas. 




A'shadieeyah bergambar dengan patung upin ipin nyer. Muka sayu jer sebab tak sihat. Tapi bila sihat jer aniaya abang Ahmadenijad  : )

Sambung cerita pada hari Jumaat ( 5 September ) 2014, setelah Ahmadenijad sedar yang adiknya telah menyapukan vick pada rambutnya. Apa lagi Ahmadenijad bukan main laa jeritan dan tangisannya. Adik A'shadieeyah pula macam ketakutan sebab takut dimarahi. Bila ummi lihat keadaan rambut abang Ahmadenijad memang terukkk. Banyaknyer laaa minyak vicks yang telah disapukan pada rambut Ahmadenijad. 

Ummi cuba buang dengan menggunakan tisu tapi tiada jalan penyelesaian yang baik. Ummi arahkan Ahmadenijad untuk mandi dan shampoo rambutnya. Ummi membantu Ahmadenijad untuk mencuci rambutnya. Memang payah nyer laa nak hilangkan vicks dari rambut tu. Berulang-ulang kali di sapu rambut Ahmadenijad dengan shampoo tetapi kesan minyak vicks tu tidak juga hilang.  Lebih dari 10 kali letak shampoo dan rasanya dah lebih 20 kali kot, keadaan berminyak tidak hilang. Ummi pun ambil sabun buku dalam laci dan diberikan pada Ahmadenijad untuk digosokkan pada rambutnya. Yer laaa... kalau tak abis laa shampooo ummi nanti hahahaaa... yer laa kan dah letak shampoo pun tak hilang jugak. Tapi sama jer... gosok rambut dengan sabun buku pun masalah rambut berminyak vicks tidak hilang jugak... hahahhaaaa

Nak gelak pun ader jugak, kesian pun yer jugak kat Ahmadenijad. Paling sedih dengar bila abang Ahmadenijad kata " ummi, kenapa laaa adik buat abang macam nie" . Terharu ummi dengar abang cakap macam tu huhuuuu...

Ummi biarkan abang Ahmadenijad mandi dan tengok pula keadaan adik A'shadieeyah. Puteri hatiku nie sengeh jer... ummi pun tak marah sangat dia sebab kan dia demam. Demam demam pun dia boleh buat aniaya kat abang Ahmadenijad : )

Ummi lihat badan A'shadieeyah pun berminyak-minyak kerana disapu vicks. Habis muka, leher rambut  dan tangannya serta kaki telah disapu dengan vicks. Tapi tak laa banyak macam yang telah disapukan pada abang Ahmadenijad. Ummi pun lap muka dan dada serta bahagian badan  A'shadieeyah yang berminyak. Dia dengan muka selamba jer macam orang tak bersalah. Apa lagi ummi pun ambil laa gambar dia masa tu.


 Ini muka Asha selepas ummi dah lap ngan tisu... abis muka, leher, dada dan bhgn tangan serta kaki disapu dgn vicks... muka org yg mcm tak bersalah jer yg telah menganiaya abg ......Huhuhuuu

Selesai abang Ahmadenijad mandi dan setelah rambutnya kering, keadaan rambutnya seperti disapu dengan minyak. Kesian dengan rambut abg Ahmadenijad. Kesan dari vicks tu memang susah nak hilang. Rambut Ahmadenijad seperti diletak minyak. Rambutnya memang dah tak boleh disyampu untuk dibaik pulih. 

Jadi pada hari Ahad bersamaan dengan 7 September 2014, abah bawa Ahmadenijad untuk gunting rambut. 

Hari nie 8 September 2014, semasa ummi menulis di entry nie keadaan rambut Ahmadenijad telah kembali asal dan tidak lagi berminyak. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNya.






PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...