Sunday 29 March 2015

Ikan-ikan Di KLCC

Hujung minggu nie pada 29 Mac 2015 (Ahad) bawa anak-anak nak menjenguk ikan-ikan kat KLCC : )
Kalau nak lihat maklumat serta harga untuk bayaran masuk ke AQUARIA KLCC klik jer kat sini   http://aquariaklcc.com/visitors-info/admission-fees



Bergambar didepan pintu masuk ke Aquaria KLCC


Ikan-ikan kat sini boleh sentuh. Tapi A'shadieeyah macam geli jer nak sentuh ikan-ikan tuu hihiii...


Banyaknya ikan, kat sini ada laluan eskalator mendatar. Santai dan tak perlu penat berjalan. Hanya nikmati pemandangan ikan kat atas kepala kita yer : )   A'shadieeyah seronok sangat dapat tengok ikan besar-besar kat sini.

Selepas puas melihat ikan-ikan kat sini, kami masuk pula ke kedai cenderahati. Macam-macam ader!!... Ahmadenijad dan A'shadieeyah macam biasa laa ader jer yang dicapai dek tangan mereka untuk membeli juga. Mereka berdua berkenan dengan pensil warna dan buku mewarna. Ummi pula pilih magnet peti sejuk dan keychain untuk diri sendiri jer.  

Selepas tu, kami buat pembayaran juga untuk gambar yang diambil seawal kami masuk ke Aquaria KLCC nie. Harga gambar RM85 untuk 2 keping gambar yang sama hanya berbeza latar belakangnya sahaja. Kalau rasa-rasa tak nak beli gambar kita yang mereka jual, jadi bila nak masuk ke sini jangan terima pelawaan pihak Aquaria untuk bergambar yer hihiiii... ; )



Lepas dah puas jalan-jalan dan beli cenderahati kat sana, masa untuk makan pula. Sebelum makan, kita bergambar dulu sebab banyak gambar menarik kat dinding-dinding sepanjang laluan untuk ke Aquaria. 


Penat berjalan, anak-anak pun macam biasa laa ader yang dahaga dan lapar. A'shadieeyah laa yang paling merengek-rengek kata haus sangat. Kami pun malas nak cari kedai makanan kat luar dari KLCC. Suami cadang kami makan jer kat KLCC nie, kawasan yang dekat dengan laluan ke Aquaria KLCC. Keputusannya makan kat 'Asian Delights' jer. 

Nasi Goreng Seafood


 Nasi Ayam Sambal Pedas


 Nie Nasi beriani, beli kat kedai lain. 

Sebahagian bil untuk makanan kami hari nie. Harga berpatutan dengan tempat yang bersih dan selesa. 


 
Ahmadenijad dengan muka berkerut-kerut nak habiskan nasi yang banyak : )

Inilah kedai tempat kami menjamu selera hari nie ; )




Friday 27 March 2015

Festival ~ Ahmadenijad dan Kuda

Malam nie 27 Mac 2015 (Jumaat), bawa anak-anak ke Festival Sanjungan Satria di UKM. Lihat jer aksi anak-anak melalui gambar nie, gembira sangat maklumlah baru jumpa dengan ummi yang seminggu berkursus.




 A'shadieeyah yang memang suka sangat makan aiskrim. Dibelakang A'shadieeyah tu ialah pentas karnival nie. 

Makan char kuew tiew jer yer : )


 Muka tak sabar nak naik kuda hihiii : )



 A'shadieeyah pula tak sabar nak buka buku yang dibelinya dengan abah.


Muka gembira dan takut jer bila naik kuda. 


 Kuda nie memang besar dan tinggi, mula-mula Ahmadenijad takut jer. Tapi lama-lama ok jugak laa dia hilang takutnya.

Seronok Ahmadenijad nie, lepas naik kuda kami sekeluarga naik kereta kuda pula. Pusing-pusing kat tempat letak kereta berulang-ulang kali hihii dan memang puas hati laa dengan kadar bayaran pun murah : )







Monday 23 March 2015

Lawatan Penanda Aras ~ SK Bandar Anggerik, Shah ALam

Minggu nie mula berkursus pada 23 Mac 2015 hingga 27 Mac 2015. Sepatutnya mendaftar dan melaporkan diri pada hari Ahad 22 Mac 2015, tapi masa tu masih kat Jepun lagi huhuuu... jadi minta tangguh untuk mula pergi kursus pada hari Isnin dan dibenarkan. Lagipun hari Ahad tuu hanya untuk pendaftaran, dapatkan kunci bilik dan sesi suaikenal jer.


 Hari Selasa (24 Mac 2015), kusyuk dengar ceramah yang disampaikan. 

Pada hari Rabu ( 25 Mac 2015 ) kami mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, Shah Alam. Sekolah ni merupakan Johan Pengurusan Pusat Sumber  Peringkat Daerah Petaling Perdana. Malahan, sekolah ini juga menerima pelbagai anugerah. Maka, memang sekolah nie cantik dan bersih serta sering menerima kunjungan para pelawat seperti kami nie hiihiii.



 Taman yang terdapat di sekolah nie : )



Gambar di atas ialah pemandangan di bilik seni. Terdapat pelbagai hasil karya seni anak murid di susun kemas dan cantik di bilik nie. 


 Tenang dan mendamaikan : )




Gambar sudut di Pusat sumber sekolah SK Bandar Anggerik.




 Majlis penyampaian sijil setelah tamat kursus : )


Pada 27 Mac 2015 (Jumaat), hari yang ditunggu-tunggu. Hari nie tamat laa kursus saya, dan boleh balik rumah yahooo : )






Saturday 7 March 2015

JaLan-Jalan TAR

Hujung minggu (3 Julai 2015~Sabtu) adalah  minggu yang terakhir untuk persiapan sebelum pergi bercuti nanti. Jadi memujuk si suami untuk ke SOGO membeli-belah. Sebelum ke SOGO, kami jalan-jalan di kedai-kedai berhadapan dengan SOGO untuk meninjau barang kali ada kasut yang berkenan di hati : )


 Deretan kedai berdepan dengan SOGO


 Bergaya jer budak nie walaupun tengah meneguk air kotak. Siap pegang leher macam cerita "Upin Ipin" iaitu "Geng Pengembaraan", yang monyet sedang membonceng motosikal dengan tuannya dan monyet tu sedang minum air kelapa sambil memegang lehernya macam aksi A'shadieeyah kat gambar tu. 





Gelagat anak-anak ummi nie yang mencuit hati : ) 


Dapat belon-belon daripada Busking Clown yang berada dekat dengan tangga SOGO. 





Inilah hasil tangkapan di SOGO, persediaan untuk pergi bercuti masa cuti sekolah nanti hihiiii.... : )

Malamnya tengok berita, rupanya ada demonstari jalanan di Jalan TAR. Patut laa kat SOGO tak sesak seperti biasa sedangkan ada sale yang memang murah sangat. Nak buat bayaran pun tak perlu beratur panjang dan tak perlu juga bersesak-sesak memilih barang. Orang ramai tak nak bertembung dengan demonstrasi. Lagi pun kami pulang sekitar jam 1 petang dan keadaan seperti biasa dan jalan raya pun tidak laa sesak walaupun kenderaan tetap banyak. 




Tuesday 3 March 2015

RuMaH NaDa ALaM ~ 2015

Pada 14 Februari 2015 (Sabtu), kami sekeluarga ke Bandar Senawang, Seremban kerana abang ipar menjemput untuk jamuan. Sebelum ke rumah abang ipar, kami singgah di pasaraya GIANT. Ada satu pameran rumah yang menarik, sebab ada rumah setingkat.


 Bergambar dengan Upin sebelum bertolak ke Seremban.


 Rumah banglo setingkat yang menarik sangat rekabentuknya. Rumah nie dah siap untuk diduduki. Malahan, sebelah jer rumah nie adalah sekolah. Kami dah berkenan yang ni dan dah bayar deposit tempahan. 


 Ini pula semi-D setingkat pun menarik jugak : )

Halaman rumah contoh semi-D setingkat nie memang luas dan menarik.



 Rumah contoh semi-D setingkat nie memang cantik.


Sekali lagi pada 20 Februari 2015 (Jumaat) jalan-jalan tengok rumah mana yang berkenan untuk dibeli. Kami melihat rumah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Rumah dua tingkat dikedudukan lot tepi. Rumah nie rumah lama, tapi telah dimake up menjadi nampak baru sikit laaa. Tepek bedak-bedak sana sini nampak cantik luaran tapi dalam saya kurang berkenan. Jadi kami hanya tengok jer laa tak berminat sangat. Kawan yang duduk disekitar nie pun kata dulu mereka beli hanya RM180k sahaja, sekarang dah jadi RM 500k lebih. Memang untung laa beli dulu, itu pun kawan bukan beli atas orang, harga asal lagi murah. Jadi tak rugi berbelanja untuk membeli rumah sebagai pelaburan di masa depan. Tapi sekarang rumah memang harga terlajak laa tingginya. Kalau yang baru berkahwin nak beli rumah apartment pun kat Bangi nie dah nak mencecah sehingga RM300k.

Pada 27 Februari 2015 (Jumaat), saya mengikut suami yang ingin survey melihat kilang untuk disewa atau dibeli. Sambil-sambil tu kami pun melihat juga ada beberapa iklan dan pameran perumahan di kawasan Nada Alam, Pajam nie. Kami dah terjebak ke sini pulak : )

Entah macam mana dah berkenan pulak laa rumah kat sini. Kami pun buat bayaran tempahan sebanyak RM2 k. 






 Model rumah di Nada Alam yang menawan hati saya dan suami. Lot tepi ini menjadi pilihan kami. Alhamdulillah syukur : )

Pada  1 Mac 2015 ( Ahad ), kami pergi ke perasmian untuk rumah di Nada ALam, Pajam. Pelbagai aktiviti diadakan serta dihidangkan juga dengan pelbagai jenis menu makanan yang sedap. Ada juga cabutan bertuah, kami mendapat RM500. Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan tunai tetapi dimasukkan di dalam pembayaran tempahan rumah.

Beli rumah kat Nada Alam nie sebelum hari perasmian nie murah laa sikit. Tu yang kami terus buat bayaran tempahan pada hari Jumaat pada pertama kali datang ke sini. Semoga dipermudahkan olehNya segala urusan pembelian rumah di sini. 




 Seronok A'shadieeyah dan Ahmadenijad : )

Abang dan adik berpegangan tangan bergambar bersama di 'NADA ALAM' di Pajam.







PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...