Thursday 22 January 2009
Thursday 15 January 2009
PeNgLaMaN iNdAh - KeLaHiRaN AhMaDeNiJaD
Pada malamnya bertarikh 09.07.08, memang dah sakit terutamanya selepas saya balik dari klinik. Saya pi klinik kerana ‘bleeding’, tapi ‘start bleeding’ tu pun dah seminggu dari hari khamis (03.07.08). Memandangkan tarikh dijangka bersalin pada 10.07.08, jadi doktor memberikan
Pada jam 2 pagi lebih gitu la, doktor memberitahu dia akan pecahkan air ketuban. Setelah dipecahkan air ketuban, keadaan saya memang sakit laaa…jam 4 pagi gitu dibawa kebilik bersalin, disini saya ditemani oleh suami saya. Ketika di sini, hanya Allah SWT yang tahu betapa sakitnya, sakitnya bukan berpanjangan, tetapi selang setiap 4 ke 5 minit sakit tu akan datang dan sakitnya makin sakit sangat2…
Jururawat menyatakan sekiranya saya rasa nak ‘teran’ sangat-sangat, tekan butang loceng disitu. Jururawat juga menasihati saya supaya jangan menekan loceng sekiranya tidak rasa nak meneran sangat, takut nanti kena marah pulak. Bila dah diberi amaran sebegitu, jadi seram la pulak takut kena marah sesuka hati menekan loceng. Memandangkan ini pengalaman pertama melahirkan anak, saya kurang memahami arahan jururawat tersebut. Ketika sakit datang setiap 5 minit, sememangnya saya meneran kerana rasa sakit, bukan dibuat-buat tetapi semulajadi terpaksa meneran. Saya memangil jururawat melalui loceng tersebut, saya bertanya “ kalau nak meneran macam mana, saya perlu teran sahaja ker or ada cara lain”. “sekiranya rasa nak meneran, mengiring ke kiri, tarik nafas dan sedut oksigen yang diberikan” kata jururawat.
Apa pun yang dikatakan oleh jururawat tadi memang tak berkesan rasanya saya memang dah sakit dan meneran setiap kali sakit. Akhirnya Doktor sampai dan melihat saya, “dah sampai masa nie jadi awak kena tarik nafas panjang dan meneran yer” kata doktor.
Bermulalah episod meneran, doktor menyatakan cara saya meneran tidak betul. Sekiranya hendak meneran jangan berbunyi suara, teran dengan sekuat hati dan nafas mestilah panjang. Banyak kali saya
“Doktor saya dahaga sangat, bibir saya kering, boleh minum?” kata saya pada doktor. “ Puan boleh minum selepas lahirkan baby nanti, sekarang kena meneran lagi kalau tak takut nanti bayi puan lemas kerana dah berapa kali teran, kepala baby dah keluar dan masuk semula nie” kata doktor.
Saya cuba meneran apabila sakit tersebut datang semula, saya perlu mengambil nafas panjang dan cuba meneran, sayangnya nafas saya sekerat jalan, dan doktor menyuruh saya memegang kepala bayi yang dah keluar sikit itu sebagai semangat la kononnya…Doktor memberi saya 10 minit sahaja untuk proses meneran sekiranya saya masih gagal juga, dia akan memanggil 2 orang lagi untuk membantu bagi proses “forceps”, or “cavuum”. Bila dengar doktor kata sedemikian, saya jadi takut dan tak berdaya kerana dah habis rasanya tenaga saya.
Ahmadenijad pada petang hari dilahirkan, belum sampai 24 jam lagi.Pagi dilahirkan, petang jam 6.30 dah balik ke rumah.
Akhirnya suami saya bagi semangat kepada saya, katanya “ok sayang, ini yang last yer, ok last cubaan”. Sememangnya percubaan yang akhir itu adalah yang terakhir bagi saya kerana baby berjaya dikeluarkan. Ahmadenijad dilahirkan di Selangor pada 10 Julai 2008 hari Khamis pada jam 5.13 pagi dengan berat 3.4 kg. Alhamdulillah selamat semuanya, doktor meletakan bayi di atas dada saya, perasaan terharu menghantui saya setelah melihat baby tersebut.
Setelah semuanya selesai, akhirnya saya diberi minuman, hilang rasa dahaga saya…
Semasa didalam pantang Ahmadenijad tidak diserang penyakit kuning…Alhamdulillah. Ketika umurnya 2 bulan lebih iaitu 5 hari lagi nak 3 bulan (5.10.09), tarikh yang sama ketika kami berpindah kerumah baru di Bangi, Ahmadenijad sudah pandai meniarap. Ketika usia 3 bulan sudah mahir la meniarap dan berguling-guling. Usia 4 bulan hampir ke 5 bulan, ketika di Sarawak, Ahmadenijad sudah pandai merangkak….dikala usia 5 bulan itu juga dia sudah pandai berdiri dengan adanya sokongan seperti meja, kerusi dan seumpamanya.
Ketika usia genap 6 bulan pada 10 Januari 2009
Ceria di usia 6 bulan...
Kini Ahmadenijad Al-Harits genap 6 bulan pada 10 Januari 2009. Diusia 6 bulan nie, Ahmadenijad suka berdiri dan melepaskan tangannya ketika berpaut pada sokongan menyebabkan jatuh dan ada la juga benjolnya. Ketika umur 5 bulan, Ahmadenijad kena suntik 2 kali, selang 2 minggu saja dari suntikan yang pertama. Suntikan yang kedua pada usia 5 bulan, Ahmadenijad tidak menangis pun (Ahmadenijad juga tidak menangis ketika disuntik pada usia 3 bulan). Tapi pada keesokkan harinya, paha yang dicucuk tersebut telah bengkak. Kesian Niejad, keadaannya kurang sihat, hidungnya berhingus sedikit. Semalam (14.01.2009), kami membawanya ke Klinik untuk pemeriksaan. Dr. menyatakan demamnya tak kuat sangat. Ahmadenijad diberi 3 jenis ubat iaitu ubat demam, selsema dan lender/kahak. Ahamdenijad akan dicucuk semula pada usianya setahun nanti.
Wednesday 7 January 2009
PALESTIN
Bila saya melihat muka depan akhbar pada pagi ini, hati saya rasa teramat sayu dan sedih melihat kanak-kanak yang tidak berdosa ini mati ditangan tentera yang kejam dan tidak berhati perut langsung. Mereka (Yahudi) langsung tidak menunjukkan belas kasihan terhadap sesama manusia. Menyerang orang awam, wanita dan kanak-kanak sesuka hati, memusnahkan tempat kediaman dan pelbagai lagi kedukaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. Malahan, telah membuat sekatan keatas bantuan ubat-ubatan, air bersih dan makanan, ia turut menambahkan lagi kesengsaraan penduduk Palestin.
Kadang kala saya malas nak baca surat khabar kerana saya tak sanggup melihat dan membaca cerita mengenai Palestin dan kesengsaraan kehidupan mereka yang berpanjangan. Teramat pedih rasanya mata ini memandang kesengsaraan mereka, tetapi berat lagi bahu rakyat Palestin memikulnya. Bersamalah kita berdoa semoga mereka selamat dan terlepas dari kesengsaraan yang ditanggung tersebut.
Oleh itu, sama-samalah kita memboikot produk-produk milik / penyokong Yahudi. Senarai barangan tersebut boleh dilihat melalui laman "Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)" http://www.muslimconsumer.org.com
Tuesday 6 January 2009
Majlis "Dinner" di Hotel De Palma, Ampang
Bersyukur la kita pada tahun baru ini kita hidup di negara yang aman dan damai, tiada persengketaan, peperangan, serta kekacauan berlaku seperti mana di Palestin. Marilah juga kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan bagi penduduk Palestin, semoga Allah SWT menurunkan bala ke atas orang-orang Israel yang menzalimi masyarakat Palestin.
Pada malam tersebut, artis jemputan yang dijemput untuk menyanyikan lagu ialah Bienda yang menyanyikan 4 buah lagu, antaranya ialah 'Penantian'.
Semasa tengah makan nie la Ahmadenijad mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Bienda. Terus dia memusingkan kepalanya ke arah pentas dan tak toleh-toleh lagi dah ke tempat lain hanya pada Bienda sahaja tumpuannya. Kelakar pulak tengok Ahmadenijad nie, suka dia dengan nyanyian Bienda.
Friday 2 January 2009
Jalan-jalan di Menara Berkembar PETRONAS / Kuala Lumpur City Centre
Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik & pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong, kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.
Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000.00. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta.
Sky Bridge (jambatan angkasa) mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama juga dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat. Bagi yang nak mengambil pas tu, memang kena beratur awal pagi laaa, kalau tak tiket habissss.... masuk free jerr... Kalau sesiapa suka tengok filem Hindi pasti tahu filem "DON" lakonan Shah Rukh Khan yang berlatarkan lokasi di KLCC dan juga ada adengan yang dibuat di sky birdge nie. Memang sangat cantik sangat pemandangan KLCC di dalam filem tersebut.
PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE
PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...
-
Di pagi 1 Syawal 1429, bangi perdana Tahun 2008 kami sekeluarga beraya di bangi perdana, Bandar Baru Bangi. Raya tahun ini meriah kerana say...
-
Ro Ti Li LiT Pelajar bersama 'ROTI LILIT' yang telah sedia dimasak, tunggu nak dimakan jer lagi... Pergerakan Puteri Islam Malaysi...
-
Sabtu nie (23 Mei 2015), sekolah Ahmadenijad ada mengadakan Hari Sukan Tahunan. Malahan. sekolah saya pun ada Hari Sukan Tahunan yang diada...