Thursday 27 November 2014

EconSave LAGI ...


Sekali lagi kami menjamu selera kat sini iaitu di Econsave, Jalan Reko, Kajang pada 27 November 2015 ( Khamis ). Tengok gambar jer yee... hihiii ; )







Ahmadenijad makan makanan adiknya iaitu laksa penang.



Menu pilihan ummi, nasi ayam penyek.



Menu pilihan abah, mee sizzling.



Ahmadenijad pula pesan makanan ' Lamb Chop'. 


Sunday 23 November 2014

Graduation Day Ahmadenijad AL-Harits ~ 2014 ~


Hari Graduation Day Ahmadenijad diadakan pada 23 November 2014 ( Ahad ). Sebelum tiba hari graduation nie, setiap hari Ahmadenijad berlatih untuk persembahan dia. Teks yang perlu dihafal punya laa panjang, berhelai-helai muka surat. Hebat betul cikgu-cikgu yang mengajar anak-anak di Tadika nie kerana berjaya mendidik mereka sehingga hafal teks tersebut.


Surat Jemputan untuk ke Konsert Graduation 2014, yang diadakan di Auditorium Kementerian Pendidikan Parcell-E. Manakala ibu bapa pula dikehendaki memakai persalinan kemelayuan 60an, 70an dan 80an.

Kami bawa Ahmadenijad awal ke Putrajaya untuk sesi latihan. Ibu bapa telah dimaklumkan untuk membawa anak-anak awal ke Dewan untuk berlatih pada hari tersebut. Sepatutnya latihan diadakan pada hari lain sebelum graduation, tetapi ada berlaku masalah teknikal dengan dewan tersebut maka latihan diadakan pada sebelah pagi dan hari graduation diadakan sebelah petangnya. 

Selepas menghantar Ahmadenijad pergi berlatih, kami 3 beranak pun pergi laa jalan-jalan di Putrajaya beli makanan dan air.


Tentatif untuk Majlis Graduasi dan Konsert, turut diberikan juga 'door gift' kepada setiap ibu bapa. Berdasarkan tentatif, persembahan Ahmadenijad akan diadakan pada pukul 3.30 petang. Persembahan yang akan dipersembahkan ialah Bicara Berirama.




Di luar dewan terdapat pentas yang dihias cantik khas untuk bergambar. Tema untuk hari graduasi nie ialah bertemakan Persalinan Kemelayuan Era 60an 70 an dan 80 an. A'shadieeyah bukan main lagi berposing kat situ hihii : )




Ahmadenijad dan rakan-rakan sebaya yang segak menggayakan jubah khas untuk hari Graduasinya. Ibu bapa diberi peluang untuk mengambil anak yang menggayakan jubah nie. Selepas tu, mereka ni ada lagi persembahan akhir.




Bukan main lagi A'shadieeyah peluk abang bila bergambar. A'shadieeyah nangis-nangis nak naik jugak atas pentas bergambar dengan abang kesayangannya nie hihiii : )


Ahmadenijad yang masih menggayakan baju yang digunakan semasa persembahan Bicara Berirama. Macam Pak Pandir jer pakai songkok macam tu Ahmadenijad...huhuuu kalau Ahmadenijad baca blog ummi nie mesti merajuk dia hahahaa...



Adik A'shadieeyah yang sibuk nak berpossing dengan abangnya Ahmadenijad. Semua murid dikehendaki pakai baju dan seluar hitam macam nie ketika datang ke auditorium untuk hari graduasi nie.



Gambar anak patung beruang yang menjadi kenangan. Selepas ambil gambar nie, ummi dan A'shadieeyah turun ke pentas untuk ambil gambar Ahmadenijad. Balik semula ke tempat duduk nie, anak patung dah hilang. Tak per laa, tak der rezeki untuk kenang-kenangan Ahmadenijad. Cukuplah sekadar gambar nie ditatapi sebagai kenangan di kala Ahmadenijad dewasa kelak. 

Gambar sebelah kanan pula adalah sijil Ahmadenijad dan gambar dia. Dah tamat zaman pra-sekolah / tadika maka bermulalah pula untuk zaman sekolah rendah pula pada tahun 2015 nanti. Semoga Ahmadenijad menjadi anak soleh yang dapat membanggakan ummi dan abah dengan pendidikan dunia dan akhirat. 
 
 
Gambar Ahmadenijad bersama rakan-rakan dan guru-guru yang berada di Kelas 6 Swarovski pada tahun 2014.




Saturday 22 November 2014

Tengok UPIN & IPIN ~ Nov 2014 ~


Ahmadenijad asyik sebut nak tengok Karnival UPIN & IPIN di PICC Putrajaya. Tahu pulak tuu Ahmadenijad di mana berlangsungnya karnival tu. Abah pun berjanji laa dengan Ahmadenijad, kalau Ahmadenijad baik makanya jadi laa kami ke karnival tersebut. Apa lagi, sememangnya Ahmadenijad pun berkelakuan baik dan rajin tolong ummi. Apa yang ummi minta bantuan cepat jer dapat. 

Seperti yang dijanjikan, pada sabtu yang lepas 22 November 2014 kami pun bergerak laa ke PICC. Sememangnya dijangka jalan mengalami kesesakkan yang teruk. Tempat letak kereta lagi laa payah nak dapat. Kami pakir kereta di kawasan perumahan pangsapuri. Ramai juga yang pakir di sini walaupun jauh. Kami terpaksa meredah bukit-bukit yang mencerun tuuu... waduuuhhh waduuuhhhh... demi anak-anak nak tengok upin ipin dan ultraman terpaksa juga digagahi kaki ini untuk melangkah... peluh dah bercucuran dan kaki rasa beratnya nak melangkah terutamanya menaik bukit yang mencerun  tinggi tuuu... huhuuuu 

Ini kali ke dua kami pergi ke karnival upin ipin. Pertama kali kami pergi ke karnival nie yang pertama kali di buat di SACC Shah Alam, boleh baca di link nie  http://miesha-jept.blogspot.com/search?q=KARNIVAL+UPIN  Masa nie Ahmadenijad baru berusia 2 Tahun lebih. Sekarang Ahmadenijad dah besar dan berusia 6 Tahun 4 bulan. 



Laluan kami masuk jer jumpa ramainya orang, ingatkan mereka pun tengok upin ipin rupanya bukan. Mereka sedang konvo rupanya hihiii... Kami pulak tersalah laluan, kami naik ke tingkat atas guna eskulator nie. Kemudian kami turun semulaa laa, dan cari di mana letaknya karnival upin ipin nie ; ) dan akhirnya jumpa jua, berseronok la yer anak-anak.



 Di booth pameran animasi kartun 'Pada Zaman Dahulu', seronok sangat dua beradik nie dapat pergi ke sini. Walaupun disedari oleh mereka manusia yang begitu ramai datang ke sini, dewan yang luas terasa kecilnya dan udara yang berhawa dingin terasa panasnya huhuuu : )





Ahmadenijad dan A'shadieeyah yang mengikuti aktiviti mewarna. Warna pensel dibekalkan oleh pihak penganjur. Selesai mewarna akan diberikan pemadam dan pengasah pensel. A'shadieeyah bukan mewarna sebaliknya dia melukis di belakang kertas lukisan yang diberikan. Bila ummi tegur, marah pulak A'shadieeyah. Biasa laa, dah mengantuk waktu petang-petang jam 1 lebih niee : )




A'shadieeyah dengan Upin Ipin dan Ahmadenijad dengan Sang Kancil.

Sebelum mengikuti aktiviti melukis tu, sempat laa jugak tengok aksi ultraman. Tapi memang kena julang Ahmadenijad kat bahu abah dan A'shadieeyah lak ummi dukung kat atas bahu juga. Rasa nak pitam dan berpinar bijik mata masa A'sha dok atas bahu dengan ramainya pengunjung yang bersesak-sesak. Dengan pengunjung yang semuanya berdiri, yang dok kat depan pentas pun berdiri jugak... memang orang belakang nie tak nampak aper laa.. Ummi pun tak nampak ultraman tuu huhuuuu



Selesai acara Ultraman tu, orang ramai pun berganjak dari pentas. Kami lak ambik tempat dekat ngan pentas. Kami anak-beranak pun duduk laa situ nak tunggu persembahan Upin Ipin dan rakan-rakannya. Persembahan nyanyian 'chiken dance', Ahmadenijad dan A'shadieeyah apa lagi syokk dan layan sungguh hihiii : )





Seronok sangat A'shadieeyah dan Ahmadenijad dapat tengok Upin Ipin dan rakan-rakannya menari dan menyanyi. Habis jer nyanyian tu, kami pun ambil keputusan untuk pulang. Dah tak larat rasanya dengan keadaan yang bersesak-sesak. 


Gambar Ahmadenijad yang menuruni cerun bukit. Ramai pengunjung yang menggunakan jalan pintas nie nak ker tempat pakir kereta selepas mengunjungi Karnival Upin Ipin tu.



Sempat lagi posing kat laluan pintas niee...hihiii. Masa nak turun bukit nie ok laa. Masa nak naik tuu fuhhh letih kepala lutut hihiii : )




Kami melalui cerun yang berbukit nie untuk turun ke bawah di tempat letak kereta kami yang jauh nun di kawasan perumahan.





Ahmadenijad sempat posing-posing lagi kat taman bunga yang cantik nie. Anak-anak puas hati dapat tengok Upin Ipin. Tapi Ahmadenijad kata, tak seronok sebab tak dapat tengok puas-puas Ultraman dan raksasa. Tak per laa Ahmadenijad... Lain tahun kita gi awal sikit cop tempat duduk kat depan pentas hahahaaa.






Sunday 16 November 2014

Anugerah KHAS

Hari Ahad 16 November 2014, Badan Kebajikan Guru di sekolah saya telah menganjurkan perlawanan bowling di Metro Point, Kajang. Seronok pulak bila dah bermain bowling bersama kawan-kawan. Walaupun, pada hari tu saya nie sakit sangat kepala. Tapi digagahi jugak laa bermain.



Ini dia hadiah yang disediakan pada hari perlawanan bowling, banyaknyer hadiah mesti syookkk punyer kalau menang ; )



 Ahmadenijad yang main I-Pad Mini kerana kebosanan menunggu ummi bermain. Penat dia bermain mini ipad, minta duit pula kat ummi nak gi urut. Amboiii sedap betuiii dia gi urut lak kat kerusi urut di belakang tuu : ) Ummi lak layan jer laa kehendaknya. Berapa kali mintak duit nak gi urut... aduhhh Ahmadenijad, cukup-cukup laa... dah tak der duit RM 1 ummi nie ; (


Bukan main lagi gaya Ahmadenijad angkat bola bowling. Berat katanya hihiii...



Ini antara para peserta yang mengikuti perlawanan bowling pada hari nie... hebat-hebat belaka semua ni hiihiii... Saya lak paling hebat laa asyik masuk longkang yer hahahaaa


Bersyukur jugak laa yer dapat jugak hadiah bowling untuk " ANUGERAH KHAS ( WANITA ) '        ~ 2014 ~

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...