Saturday 25 October 2014

Jazz House Buffet Steamboat & Grill


Hujung minggu nie ( 25 Oktober 2014 ~ Sabtu ) kami bermalam di Swiss Garden, Kuala Lumpur. Malamnya selepas waktu Maghrib kami pun Jalan-Jalan Cari Makan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Restoran yang menjadi pilihan kami ialah di Jazz House Buffet Steamboat. Memang berbaloi sangat makan kat sini. Harga berpatutan untuk satu kepala RM 35. Kami dapat harga murah sikit laa, memandangkan suami ada pertalian persaudaraan dengan tuan kedai.

Laluan untuk ke sini memang sempit dan dipenuhi kereta di bahu-bahu jalan. Tapi jangan risau kerana berhampiran dengan restoran ini terdapat lot tempat meletak kereta yang luas. 

Makan kat sini bertemakan steamboat & grill seperti nama kedainya. Sekepala RM 35, dan boleh makan seberapa banyak yang boleh. Tapi, kalau anda membazirkan makanan akan dikenakan bayaran pula yer. Oleh itu, jangan ambil makanan mengikut hawa nafsu, tapi lepas tu membazir pulak yer. Ambil makanan mengikut tahap kemampuan masing-masing. 

Terdapat pelbagai jenis makanan laut serta daging disediakan disini. Malahan, terdapat juga makanan laut dan daging yang telah diperapkan dengan bahan-bahan untuk dipanggang. Saya lebih berminat dengan daging kambing yang telah diperap dengan rempah, serta beberapa jenis makanan laut seperti udang dan sotong.

Selain itu juga, terdapat ABC (Air Batu Campur), pelbagai jenis lauk, gula-gula, air panas dan sejuk yang boleh dipilih oleh pengunjung yang datang ke sini. A'shadieeyah biasa laa bila tengok gula-gula, mashmallow dan pelbagai jenis gula-gula yang menjadi pilihan sampai rabun mata nak memilih : )

Untuk maklumat lanjut boleh la layari laman di sini   https://www.facebook.com/Jazzhousebuffet



  Tengok tuu gaya Ahmadenijad, dia sibuk nak memanggang udang : )



Nasi goreng pilihan suami. 


Kuah tom yam menjadi pilihan kami sekeluarga. Campak jer apa-apa lauk, mee dan sayuran kat dalam air rebusan tom yam tu. Kemudian pilih laa pelbagai jenis sos yang disediakan untuk dimakan dengan lauk yang telah panggang. 



Cantik sangat pemandangan yang berlatar belakang bangunan KLCC. 


A'shadieeyah makan ABC (Air Batu Campur), errmmm sedap sangat : )


Ahmadenijad dan A'shadieeyah di hadapan kedai ketika kami selesai menjamu selera dan nak balik semula ke hotel. 



Bingkai gambar yang terletak berhampiran dengan kaunter pembayaran. 


Sesiapa yang berkunjung ke sini pasti berpuas hati menikmati makanan di sini. Pelbagai aneka hidangan disediakan dan pasti berbaloi dengan bayaran yang berpatutan. Bagi saya, hidangan makanan  memang memuaskan. Macam-macam ada, harga lak memang murah. Ini pertama kali kami berkunjung ke sini. Pastinya kami akan ke sini lagi untuk menikmati hidangan yang lazat dan sedap. Rugi kalau tak datang sini, jom ramai-ramai gi sini ; )



Thursday 23 October 2014

CholeQ ~ Okt 2014 ~

Dengar perkataan coleq, kat fikiran macam makan buah mangga yang di coleq.  Pertama kali datang ke kedai makan ( 19 Oktober 2014 ) di Restoran CholeQ kami rasa teruja nak makan kat sini. Tak pasti aper menu istimewa di sini, yang tertera di kain rentang ialah maggie ketam dan Nasi Kak Wook. Hari nie kami datang pada waktu tengah hari. Kami dimaklumkan menu yang ader ialah Nasi Kak Wook. Manakala kalau nak makanan ala carte ( order ) hanya ada pada waktu petang-petang dan malam. Jadi menu kami untuk tengah hari nie ialah Nasi kak wook. Nasi kak wook nie dihidangkan dalam bungkusan. Nasi nie ada sambal yang berwarna hijau, ayam goreng, kuah kari dan macam ader pajeri nenas. Apa yang ada dalam bungkusan nasi tu hanya pandangan saya, tapi adakah betul kuah kari atau pajeri nenas tu tak pasti laa, tekak saya rasa macam tu hiihiii... : )   Secara jujurnya, nasi kak wook memang sedap dan terbaik serta harga pun murah dan berpatutan sangat.

Gambar yang terdapat dalam kedai di Restoran CholeQ : )





Minta maaf laa yer, gambar nasi kak wook tu terlupa lak nak ambik. Tak sabar punya nak makan dengan aroma baunya memang sedap. Hanya ambil gambar anak-anak yang tak sabar minum air dalam cawan yang memang besar. Sangat berbaloi minum kat sini dengan harga yang murah dan dalam gelas yang besaq lak tuu ; )



Sesiapa yang berminat nak pergi makan Maggi ketam, boleh laa datang ke alamat seperti dalam gambar di atas. Restoran nie terletak sebaris dengan Econsave di Jalan Reko di hujung kedai yang berhampiran dengan stesen minyak Petronas.



Pada 23 Oktober 2014 (Khamis), sebelah malamnya kami datang sekali lagi ke kedai nie untuk menikmati maggi ketam.  Abah Ahmadenijad pesan 2 mangguk maggi ketam dan 2 jenis choleq. Terkejut jugak bila sampai jer pesanan, tengok maggi ketam tu ... banyaknyer : )  Semangguk maggi ketam tu ada 2 ekor ketam yang bersaiz besar.  Kenyang sangat dah kami nie, sebelum sampai maggi ketam tu, kami pesan 2 jenis choleq. Selesai menikmati choleq tuu, pesan lak maggi ketam. Kami pun sememangnya teramat-amat laa kenyangnyer... Alhamdulillah 



Ahmadenijad bersama 2 mangguk maggi ketam.



Nie pula adalah menu choleq. 



 Nie choleq yang saya pesan. Isinya ader ayam, cucur, sayur tauge, keropok  dan pelbagai lagi serta sos . Isi tu bergantung laa jenis choleq yang di pilih. Ada pelbagai jenis choleq yang boleh di pilih, pilih jer mana yang berkenan : )


 Selesai dah kami makan, tinggal kuah jer : )
Maggi Ketam nie memang sedap dan harga pun berpatutan, semangkuk besar dengan 2 ekor ketam berharga RM 20 sahaja ; )







Wednesday 22 October 2014

Baju Baru Deepavali 2014


Hari Sabtu ( 18 Oktober 2014 ) jalan-jalan ke Kamdar di Prima Saujana. Niat nak cari baju baru hihiii... untuk anak-anak jer sempena perayaan Deepavali. Bila nak dekat perayaan nie mesti ada 'sale' untuk baju budak-budak. Beli baju macam nie boleh laa kalau nak masuk pertandingan ' Pakaian Beragam' dan 'Fesyen Show' hihiii...


Ahmadenijad bergaya dengan baju baru. Sampai rumah jer terus cuba baju nie. Murah sangat baju nie, dapat potongan harga 50% lagi.



Amboiii bukan main lagi Ahmadneijad ! Baju Ahmadenijad dan A'shadieeyah : )



Gaya aper nie Ahmadenijad. Guna cermin mata hitam dok tolak kening lak hihiiii ; )



A'shadieeyah ala-ala model Bollywood la pulak yer.... terperasan lak hahaha 
Baju nie pulak harga asal dalam RM 80 lebih dan dapat diskaun 10%.



Bukan main lagi gaya A'shadieeyah dan abang Ahmadenijad nie : )
Baju A'shadieeyah nie harga asal Rm 100 tapi dapat kurang RM 90 manakala baju Ahmadenijad dalam lingkungan harga RM 70++ 



Nie pulak gambar pada 22 Oktober 2014 ( Rabu ). Ahmadenijad dan A'shadieeyah menggayakan baju  Bollywood. Dua beradik nie nak jalan beraya kat rumah jiran sebelah rumah. Sibuk nak jalan beraya kat rumah aunty yang sambut Deepavali. Ahmadenijad dan A'shadieeyah jalan kejap jer sebab kami nak keluar pergi rumah mak tok laak. 




Monday 20 October 2014

Nasi Ayam yang SeDaP ~ 2014 ~


Sekolah saya cuti pada 20, 21 dan 22 Oktober 2014 sempena perayaan Deepavali. Tapi suami kejaa la yer, pada 20 Oktober 2014 (Isnin) bawa anak-anak ke Econsave di Jalan Reko. Pagi tu, saya bawa anak-anak makan di sana. Sebelum nie pun pernah juga makan kat sini, memang sedap. Sebab tu la, saya datang lagi untuk makan di sini dengan menu lain pula. 




Baru jer order air, ehhh...kejap jer dah sampai air kami.  Tengok laa aksi A'shadieeyah bila berdepan dengan kamera. Ahmadenijad pula nampaknya sangat laa haus hihiii ; )



Gaya A'sha yang menggoda hahaaa : )



Menu yang dipilih oleh A'shadieeyah dan Ahmadenijad memang berbaloi dengan ayam yang banyak.


Gambar kat atas tu bertarikh 21 Oktober 2014, tapi yang sebenarnya 20 Oktober. Biasa laa tersalah taip hihiii... Gambar A'shadieeyah kat atas tu sedang menikmati menu yang di pesan iaitu 'Nasi Ayam'. Tengok laa nasi ayam nie, sangat berbaloi dan harga murah sungguh. Rasa lak memang sedap, sangat laa berbaloi. Suka sangat sup ayam tu, sebab sememangnya sup dari stok ayam yang direbus. Biasanya ada orang yang buat sup nie hanya rebus air yang dimasukkan kiub atau pati ayam jer. 



Ahmadenijad sedang menikmati nasi ayam dan air sirap ais.



Nie pula adalah 'Char Kue Tiew Kerang' .  Punyer laa banyaknya dan rasa memang terbaik laaa dan sesuai dengan selera dan tekak saya hihiii : )





BeReBut UdanG Lak...




Malam nie ( 20 Oktober 2014 ) kami mencuba pula makanan di 'Restoran Tepian Bangi' , yang terletak di Seksyen 4 Tambahan. Ramai juga pengunjung yang datang makan di sini.  Gambar kat atas tu, Ahmadenijad yang setia menunggu makanan yang dipesan. Tersipu-sipu malu lak bila ummi ambik gambar dia ; )


Pesanan air kami pun dah sampai, air untuk abah, Ahmadenijad dan A'shadieeyah ialah teh o ais. Kat mana-mana pun mesti air tu jer yang menjadi pilihan. Ummi lak suka air jus oren yer ; )



Nasi goreng kampung yang sungguh menyelerakan : )



Ini pula menu yang menjadi kegemaran Ahmadenijad  iaitu Mee goreng.



Nasi Goreng Belacan yang abah pesan dah pun sampai. Sedapnyer : )



A'shadieeyah yang mengada-ngada, merajuk sebab nak makan udang banyak-banyak. Udang tu lak ada sikit jer dalam mee goreng yang Ahmadenijad pesan. Berebut pulak dua beradik nie nak makan udang, walaupun abang Ahmadenijad dah banyak beralah dan bagi udang pada adik A'sha.



 Akhirnya, abah pun buat laa pesanan lagi untuk udang goreng tepung. Tu laa dia gambar kat atas yang menunjukkan gambar udang yang bersalut tepung. Beria-ria laa A'shadieeyah makan. 

Siap menjamu selera, perut dah kenyang dan mata pun dah ngantuk. Apa lagi kita balik la yer anak-anak tersayang : )






PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...