Showing posts with label PeRmAtA HaTiKu. Show all posts
Showing posts with label PeRmAtA HaTiKu. Show all posts

Thursday, 27 October 2016

Lebam Mukanya

Lebam di muka A'shadieeyah telah berubah warna menjadi kehijauan bercampur kemerahan tua. Muka A'shadieeyah lebam sebab terjatuh di 'Kem Kela Adventure' pada 22 Oktober 2016. Dia dan abangnya berlari-lari dikawasan sekitar dan terlanggar akar pokok. Tidak menyangka kesannya sampai macam nie jadi mukanya. 

Bila pergi sekolah tadika, cikgu siap telefon ummi bertanyakan muka A'shadieeyah. Khuatir agaknya cikgu melihat muka A'shadieeyah takut kena dera atau mungkin khuatir ibu bapa akan menyalahkan guru pulak yer.

Guru di sekolah A'shadieeyah telah dimaklumkan bahawa A'sha terjatuh. Ummi pun takut jugak bila cikgunya menelefon dan bertanya mengenai A'sha. Khuatir salah faham pula. A'shadieeyah nie, biasa laa bila ditanya mesti menangis. Cikgu telefon tuu sebab bila ditanya dengan A'sha, dia terus mengalirkan air mata huhuuu...  

Gambar pada 24 Oktober 2016, lebam pada mata dah semakin kurang.


Gambar pada 25 Oktober 2016, keadaan warna hijau dan kuning masih lagi ketara pada sekitar matanya.


Gambar pada 26 Oktober 2016 menunjukkan lebam disekitar matanya semakin berkurangan.










Sunday, 28 February 2016

SukaNya A'shadieeyah MeLuKis

19 Februari 2016

Kini A'shadieeyah berusia 4 tahun 7 bulan dan telah dihantar ke kelas Smart Reader Kids utk 5 tahun.
Dia nie suka sangat melukis. Hari nie 19 Februari 2016 (Jumaat), dia nak melukis patung beruang berwarna putih pemberian angah. Comel jer lukisan patung beruang yang A'shadieeyah lukis.


 Seronok dia dapat melukis mengikut seperti patung beruang putih.

Ada dua gambar beruang yang dilukis oleh A'shadieeyah.

 Aksi manja adik A'shadieeyah dengan patung dan gambar beruang putih.

Antara lukisan yang dilukis oleh A'shadieeyah, Boboiboy.

Minat yang mendalam dengan lukisan begitu ketara kelihatan pada A'shadieeyah. Biasa laa, dia mengikut apa kegemaran abangnya iaitu Ahmadenijad yang juga suka melukis. Hasil lukisan kereta dilukis oleh A'shadieeyah pada 27 Februari 2016 (Sabtu). Pelbagai jenis kereta yang dilukis oleh A'shadieeyah.


Bangga A'shadieeyah menunjukkan lukisan yang dilukisnya. Gambar sebelah kanan ialah pemandangan sebuah rumah dikelilingi oleh pokok. Masih lagi melukis rumah berbentuk hujung batang pensel atau bentuk kon. 





Sunday, 29 November 2015

BaSiKaL BaHaRu


Hari nie (28 November 2015, Sabtu) kami sekeluarga ke Seremban. Saja jalan-jalan dan singgah di rumah abang suami. Lewat petang kami ke kedai basikal di sana. Kami berkenan basikal dari Jepun yang boleh dilipat. Mula-mula kami hanya pilih sebuah sahaja basikal yang berwarna merah. Tapi, sebab ada sebuah lagi basikal pun menarik perhatian saya dan suami, maka kami pun memilih dan membeli 2 buah basikal.

Sebuah basikal boleh dinaiki oleh tiga orang. Ada 3 tempat duduk. Satu dihadapan  penunggang dan satu di belakang penunggang. Warna basikal nie merah, memang menarik perhatian : )

Basikal berwarna merah terletak di dalam kereta.

Manakala sebuah lagi basikal, hanya boleh dinaiki oleh 2 orang iaitu seorang penunggang dan seorang lagi membonceng di belakang. Basikal ini ada bakul besar di depannya. 

Menariknya basikal nie boleh dilipat. Basikal sebegini yang menjadi idaman kami. Lama mencari jenis yang boleh dilipat, akhirnya berjumpa jua di Seremban. 




Antara gambar-gambar A'shadieeyah yang seronok kerana dapat duduk dekat basikal baharu ummi : )


Selepas membeli basikal, kami singgah dahulu di rumah abang suami. Selepas maghrib, kami mencuba untuk mengayuh basikal di sini. Sempat laa saya membawa anak untuk mencuba basikal baharu nie. Pusing-pusing di sekitar kawasan perumahan. Pusing-pusing pun tak jauh, setakat di dikawasan perumahan tu jer.

Bila pulang ker rumah sendiri, sayangnya basikal dok jer kat  luar rumah, lama tak bawa pun basikal nie jalan-jalan. Sentiasa sibuk dengan pelbagai hal dunia sehingga nak naik basikal pun tidak berkesempatan hihiii... Semoga ada masa dan ruang waktu terluang untuk menunggang basikal bersama anak-anak.





Thursday, 12 November 2015

JalaN-JalaN MembeLi-BeLah SambiL Makan

Cuti Deepavali nie (10112015) kami bercadang nak ke IOI City Mall, Putrajaya. Tercapai juga, sebab suami nak bawa kami hoorayyy... : )

Ahmadenijad dan A'shadieeyah pula dah bersiap-siap nak gi berjalan raya Deepavali di IOI City Mall. Sebelum tu, singgah sarapan di kedai mamak yang berhampiran rumah.

Aksi A'shadieeyah dengan baju lawoo  : )  
Gembiranya diaa...

Berada di IOI City Mall, bergambar dengan penguin.

Melintasi Restoran Seoul Garden, terasa teringin nak menikmati makanan di sini. Disebabkan ramai pelanggan menikmati makanan di sini, kami disarankan supaya meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada kekosongan tempat. Jadi, kami sekeluarga pun hanya berlegar-legar di kawasan sekitar sahaja. 

Sekitar 15 minit kemudian, pihak restoren menghubungi suami memaklumkan sudah ada kekosongan tempat. Seterusnya, aktiviti menjamu selera pula yer hihiii..


Berselera Ahmadenijad dan A'shadieeyah. 

A'shadieeyah berusia 4 tahun 3 bulan dan Ahmadenijad berusia 7 tahun 3 bulan ( darjah satu).

Suka A'shadieeyah dan Ahmadenijad makan agar-agar hijau nie.

Setelah kenyang, kita jalan-jalan membeli-belah pula yer : )


Thursday, 15 October 2015

Jatuh Pokok~Ahmadenijad

Majlis persaraan Penolong Kanan Kokurikulum diadakan di sekolah pada hari nie 12 Oktober 2015 (Isnin). Petangnya jam 2.20 petang diadakan pula majlis minum petang untuk meraikan persaraan beliau.  Majlis diadakan di Horizontel Garden, Bangi.










Panggilan tidak berjawab sekitar jam 3.09 petang dengan nombor panggilan yang tidak diketahui. Disebabkan keadaan suasana yang bising persembahan yang diadakan ketika itu menyebabkan saya tidak mendengar nada dering telefon. Sekitar jam 3.14 petang, suami menghubungi saya dan memaklumkan bahawa Ahmadenijad jatuh daripada pokok. Berderau rasa jantung dengar berita tu. Semasa suami memaklumkan berita kejadian Ahmadenijad yang jatuh, waktu tu saya sedang menjamah makanan. Hilang selera makan saya, nak balik masa tu juga. Tapi apakan daya, sewaktu datang ke sini, saya menumpang rakan kerana khuatir tiada ruang pakir kereta. Jadi bila nak balik tu, kena laa pula tunggu rakan. Lagipun, majlis belum selesai dan baru jer mula nak makan.

Beratnya hati nak duduk lama-lama, macam cacing kepanasan lak huhuuuu... keadaan hari hujan yang lebat sangat seolah-olah memahami hati yang menangis di dalam. Dentuman guruh yang kuat mengejukkan diriku dari lamunan. Ligat jari menekan punat telefon mendail kepada kakak ipar memohon untuk mengambil Ahmadenijad. Walaupun suami pulang dari tempat kerja namun perjalanan yang jauh akan mengambil masa juga. Kakak ipar mengatakan bahawa dia akan pergi mengambil Ahmadenijad di sekolah.


 Keadaan Ahmadenijad di rumah mak tok. Setibanya di rumah mak mertua, melihat keadaan kepalanya sudah berbalut.

Selesai majlis persaraan tamat, rakan yang duduk semeja dengan saya membantu dan menghantar saya ke sekolah. Keadaan hujan masih renyai-renyai, kereta dipandu laju untuk pulang. Saya menelefon kak ipar dan dia memaklumkan bahawa Ahmadenijad telah dibawa ke klinik dan sekarang di rumah mak tok nya.

Saya tiba di rumah mak mertua, dan melihat kepala Ahmadenijad telah berbalut. Walaupun hati saya berasa gelisah namun lega rasanya apabila melihat Ahmadenijad ceria dan gembira bermain bersama sepupunya.


 Ketika di klinik, doktor melihat kesan luka dan terpaksa mencukur sedikit rambut dibahagian yang luka untuk memudahkan pemeriksaan.


Rupa-rupanya suami telah meminta bantuan daripada adiknya untuk mengambil Ahmadenijad di sekolah lalu dibawa berjumpa dengan doktor di Klinik Huda. Ubat juga telah diberikan kepada Ahmadenijad untuk dimakan. Syukur, Alhamdulillah kerana segalanya dipermudahkan olehNya. Di klinik, Ahmadenijad dikenakan 4 jahitan dibelakang kepalanya.



 Selesai dijahit dan dibalut oleh doktor, Ahmadenijad duduk berehat dan menunggu untuk mengambil ubat sahaja.

 Kesan luka Ahmadenijad yang dijahit.

Adik A'shadieeyah yang menunjukkan lukisan rumahnya manakala Ahmadenijad yang berehat sebelum dibawa oleh Abah ke kedai gunting rambut.


 Ahmadenijad yang dah botak, supaya lebih selesa sebab rambut dia lebat sangat.

 Tarik telinga sendiri...
Ahmadenijad yang berusia 7 tahun 3 bulan (Tahun 1 kelas 1C5)

Ummi pun mula laa merisik-risik Ahmadenijad tentang apa yang telah berlaku di sekolah. Ummi membayangkan Ahmadenijad jatuh macam nangka dari pokok yang tinggi. Rupanya pokok yang Ahmadenijad panjat tidak laa besar. Badan Ahmadenijad yang berat memanjat pokok yang tidak seimbang dengan badannya, menyebabkan pokok tu melentur dan patah. Apabila dahan pokok yang kecil itu patah makanya Ahmadenijad pun terjatuh dan kepalanya luka.


Malamnya, guru kelas Ahmadenijad menelefon saya. Tahulah saya bahawa pokok yang dipanjat oleh Ahmadenijad terletak bersebelahan kelasnya jer. Berdepan juga dengan pakir kereta. Memang pokok nie tak besar tapi cikgu memaklumkan pokok tu memang menjadi kegemaran budak-budak bergayut hihiii....

Muka sedih.

Ahmadenijad juga memaklumkan bahawa hanya dia jer yang memanjat, bila dah jatuh ramai juga rakan yang membantu dan memberitahu kepada Ahmadenijad bahawa banyak darah yang mengalir keluar. Rakan-rakan Ahmadenijad membantunya membawa ke bilik guru. Seorang ustazah membantu membalut luka Ahmadenijad. Terima kasih kepada guru-guru, rakan-rakan Ahmadenijad dan saudara-mara yang banyak membantu Ahmadenijad.

Semoga luka di kepala Ahmadenijad cepat sembuh kerana lima hari lepas jahit perlu dibawa ke klinik jumpa doktor untuk buka jahitan.

Gambar bertarikh 14 Oktober 2017, Ahmadenijad ceria dan lukanya semakin sembuh.





PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...