Monday 16 August 2021

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

Melecet terjadi disebabkan oleh geseran pada kulit. Pembentukan gelembung kecil yang berisi cecair di permukaan kulit akan terhasil akibat kekerapan geseran yang berlaku misalnya di antara pemakaian sukan seperti stokin atau kasut dengan lapisan epidemis kulit.

Sekiranya geseran terus berlaku, ianya mengakibatkan gelembung itu pecah dan menghasilkan luka.

Lecur atau luka bakar merupakan sejenis kecederaan yang berlaku pada daging atau kulit disebabkan terkena kepada haba, elektrik, bahan kimia, cahaya, sinaran atau geseran. Kebanyakkan kejadian lecur hanya memberi kesan kepada kulit (tisu epidermis). Lecur mungkin boleh dirawat dengan pertolongan cemas dan dalam kes yang teruk, seseorang itu mungkin terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Terdapat beberapa punca melecur dan melecet serta cara pencegahannya telah diterangkan di dalam video ini.

PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=ktfv-tpnPA0

LINK CHANNEL :

https://www.youtube.com/c/CikguRahimie


PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 11 | PENJAGAAN & KESELAMATAN DIRI | TOPIK | PERHUBUNGAN | SUBTOPIK | PERSAHABATAN YANG SIHAT OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 11 | PENJAGAAN & KESELAMATAN DIRI | TOPIK | PERHUBUNGAN | SUBTOPIK | PERSAHABATAN YANG SIHAT OLEH CIKGU RAHIMIE


* Terdapat ralat di video, topik video adalah PERHUBUNGAN dan bukan Kekeluargaan. Maaf atas ralat tersebut.

Sahabat (rakan, kawan) ialah seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah. Persahabatan ialah perhubungan yang terjalin dengan seseorang yang dianggap seperti adik-beradik atau ahli keluarga sendiri. Sahabat adalah orang yang memahami dan sanggup berkorban untuk rakannya dalam menghadapi kesukaran atau kesenangan dalam kehidupan.

Terdapat enam ciri-ciri persahabatan yang sihat. Antaranya ialah sentiasa ikhlas membantu rakan yang dalam kesusahan, berbudi pekerti dalam tingkah laku dan bersopan dalam percakapan serta menghormati hak dan barang kepunyaan rakan. Selain itu, dalam sebuah persahabatan yang sihat kita haruslah bersangka baik dengan rakan, setia dalam persahabatan dan tidak mengkhianati rakan serta sentiasa menyokong tindakan yang baik yang dilakukan oleh rakan.


PAUTAN VIDEO :

https://www.youtube.com/watch?v=AFlUAaBkeHU

LINK CHANNEL :

https://www.youtube.com/c/CikguRahimie


PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...