Monday 15 August 2011

KeSiAn MuKa A'sHaDiEyAh HaFtHaH


Perjalanan ke Johor semestinya menyeronokkan kerana sudah lama saya tak ke sini. Kami bertolak awal pagi dan perjalanan pagi ini berjalan lancar. Kami pergi pada hari Khamis (11 Ogos 2011) ia merupakan hari ke 43 saya di dalam pantang dan esok hari terakhir iaitu 44 hari. Saya dan anak-anak tak keluar pun dari bilik hotel memandangkan saya masih dalam pantang manakala suami pula melaksanakan kerja-kerja yang sepatutnya.

Ahmadenijad yang kebosanan di bilik hotel...heheheee

Hari pertama kami di sana, Ahmadenijad telah menunjukkan kreativitinya. Terbuka jer mata ummi, terkejut melihat Ahmadenijad bermain dengan telefon serta lakaran di dinding bilik penginapan kami. Ahmadenijad telah menconteng dinding-dinding bilik hotel dengan lukisan orang dan pelbagai lakaran.

Ummi rasa nak pengsan tengok lakaran yang banyak di dinding dan dalam pemikiran ummi "macam mana laaa nak bersihkan semua contengan ini". Bila di tanya kenapa Ahmadenijad menconteng dinding dan bermain telefon, Ahmadenijad menjawab "Ummi, kenapa tak boleh main telefon, abis tuu Niejad tak der mainan, Niejad nak main apa?" OOOOO.... terkedu seketika ummi, kesian Ahmadenijad, rupanya dia tak tahu nak main apa sebab dia sememangnya tiada membawa satu pun permainan. Apabila abah pulang pada petangnya, abah pun membawa Ahmadenijad ke kedai selepas waktu maghrib. Abah membelikan Ahmadenijad komputer kecil Ben10, buku Ben10 dan 2 ekor dinasour. AhhhAahhh... 2 ekor dinasour...hehee... hanyalah 2 ekor patung dinasour yang kecil jer, bukanlah dinasour yang besar.

Semasa pergi ke Johor mengikut suami 'outstation', kami membawa A'shadieeyah bersama. Keadaan kulit A'shadieeyah pada awalnya tiada masalah. Namun pada hari pertama kami di sana (Khamis : 11 Ogos 2011) pada sebelah petangnya ada tanda-tanda ruam merah atau kebiasaannya kita kenali sebagai 'kurap susu' atau 'ruam susu'. Keadaan muka A'shadieeyah semakin menjadi-jadi dengan keadaan suhu di bilik yang sejuk dek kerana penghawa dingin menyebabkan keadaan kulitnya semakin kering. Ini menyebabkan A'shadieeyah menggosok-gosok muka dengan tangannya yang bersarung tuuu.


Keadaan muka A'shadieeyah sebelum ke poliklinik pada 13 Ogos 2011 :Sabtu (Tarikh pada gambar tersebut ialah 13 Ogos bukan 11 Ogos).

Gambar di atas menunjukkan keadaan muka A'shadieeyah yang semakin teruk, kesian melihat keadaan mukanya. Selesai Abah A'shadieeyah menyiapkan kerjanya, kami check-out dari hotel di Sri Alam, Johor. Kami check-out awal, kira-kira jam 10 pagi kami bertolak ke Poliklinik ynag berdekatan dengan tempat penginapan kami untuk membawa A'shadieeyah berjumpa doktor.

Ahmadenijad di hadapan pintu masuk ke Poliklinik.

Tiada ubat diberikan oleh doktor untuk A'shadieeyah. Doktor hanya menyatakan keadaannya normal kerana ia hanyalah 'kurup susu' yang biasa terkena kepada bayi sebaya A'shadieeyah. Doktor menyarankan agar muka A'shadieeyah disapukan dengan 'baby oil' atau losyen untuk melembapkan mukanya yang kering. Rasa terkilan juga dengan doktor nie, muka A'shadieeyah semakin tiada kurangnya, mukanya makin merah macam udang kena bakar jer. errrmmm...

Keadaan muka A'shadieeyah pada 14 Ogos (Ahad), semakin teruk.

Selepas pulang dari poliklinik itu, kami menginap pula di 'The ZON Regency Hotel' yang terletak di bandar Johor Bahru. Saya amat risau melihat keadaan muka A'shadieeyah yang tiada beransur pulih. Tapi, suami menasihati supaya bersabar dan jangan risau kerana doktor telah menyatakan keadaan A'shadieeyah ok jer. Tapi hakikatnya pada pandangan saya tidak 'ok' pun. Muka A'shadieeyah semakin menjadi-jadi dan tangan A'shadieeyah terpaksa di bedung untuk mengelakkanya menggaru mukanya.

The ZON Regency Hotel

Perasaan saya semakin tidak tenteram melihat keadaan A'shadieeyah yang semakin teruk. Selamat laa A'shdieeyah tidak menangis disebabkan keadaan mukannya tu. Keadaannya biasa jer, cuma keadaan mukanya yang semakin merah disebabkan ruam yang semakin bertambah.

Pada hari Ahad (14 Ogos 2011), kami pulang ke Bangi. Kami ingin membawa A'shadieeyah berjumpa dengan doktor di Bangi pula. Sesampai dari Johor, kami berbuka puasa dahulu di TESCO di Kajang. Disebabkan terlalu ramai orang yang berbuka dan kelewatan kami sampai di sini menyebabkan kami terpaksa laa menunggu dahulu dalam kereta. Apabila semakin kurang pengunjung di food court, kami pun menjamu selera dan bersolat di sana. Kami terus membawa A'shadieeyah berjumpa doktor. Doktor memaklumkan bahawa keadaan A'shadieeyah teruk dan mukanya telah terkena jangkitan. Doktor pun memberikan krim khas untuk mengubati muka A'shadieeyah.

'Efficort - LIPOCREAM' keluaran GALDERMA yang diberikan oleh doktor untuk mengubati muka A'shadieeyah.

Muka A'shadieeyah semakin baik pada 15 Ogos 2011 (Isnin), kesan kemerahan semakin berkurangan dan ruam dimukanya semakin mengering.

Gambar di atas menunjukkan keadaan muka A'shadieeyah pada 15 Ogos 2011 (Isnin) yang semakin berkurangan. Walaupun tak sampai 24 jam, kesannya semakin ketara kepada perubahan yang semakin baik.

Pada 16 Ogos 2011 (Selasa), semakin ketara perubahan dimuka A'shadieeyah. Tiada lagi kesan kemerahan dimukanya dan ruam semakin berkurangan. Alhamdulillah, A'shadieeyah semakin sembuh.

Gambar yang diambil pada 16 Ogos 2011, pada jam 2.50 petang. Keadaan mukanya semakin ketara perubahannya.

A'shadieeyah semakin ceria kerana mukanya kini dah semakin pulih walaupun masih lagi ada kesan di pipinya .

Gambar diambil pada 19 Ogos 2011 (Jumaat), keadaan A'shadieeyah semakin pulih.
Alhamdulillah



PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...