IKLAN

Tuesday, 6 April 2010

Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Berdekatan dengan pintu masuk ke 'Eagle Ranch Resort'... burung helanggg

Percutian ke Eagle Ranch Resort, Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan sangat menyeronokkan. Walaupun, kami hanya berada di sana untuk satu malam sahaja, bermula pada 13 Mac 2010 hingaa 14 Mac 2010. Menjejakkan kaki ke sini sajer dah rasa seronok dengan suasana Resort ini ala-ala koboi gitu. Seni bina bangunannya juga unik dan menarik serta persekitarannya yang sungguh menyegarkan dengan pelbagai jenis pokok-pokok yang meredupkan lagi pandangan. Malahan, terdapat juga pelbagai jenis pokok buah yang ditanam di sini, walaupun pada masa kami datang ke situ belum lagi berbuah...hahahaaa

Inilah tempat penginapan kami yang dikenali sebagai ' bandwagon', disini terdapat pelbagai jenis penginapan untuk anda sekeluarga atau perseorangan menginap, antaranya ialah, ' Kampung House, Long Cabin, Paddock Chalet, Bandwagon, Tepee, Long Dormitony, Paddock Dormitony & A Huts '. Harga jangan risau, memang berpatutan..hehee

Percutian di sini merupakan perjumpaan untuk SMKTAHAP yang diwakili oleh suami saya. Reunion tersebut diadakan disini dan telah diadakan pelbagai aktiviti menarik untuk bekas pelajar SMKTAHAP.

Setelah Check-in di bilik penginapan, kami pun berehat melepaskan kepenatan. Sambil mengambil gambar bilik penginapan kami, tiba-tiba bateri kamera menunjukkan sudah tahap ‘low’. Apa lagi saya pun charge laa bateri kamera. Aduhhh…tempat charge bateri lak buat masalah, tak boleh charge lak. Lampu pada charger tak bernyala. Kami pun bercadang nak cari tempat charge kamera nie kat kedai. Setelah hilang penat-lelah suami saya yang memandu, kami pun keluar untuk ‘Jalan-jalan Cari Makan’, perut dah berkeroncong mintak makanan…heheee

Sebelum mencari kedai makan, kami cari dahulu kedai yang menjual kabel untuk charge kamera suami. Sayang buah kepayang…dah banyak kedai kami cari dan dah berpusing-pusing kereta kami dengan ulang-alik…ulang-alik, kesian memang putus harapan dan kecewa. Tak der pun kedai yang menjualnya. Ohhhh…sedihnya terpaksa laaa guna kamera kat HP saya jer…tak best nyer : (

Ahmadenijad naik kuda... muka jer nampak ganas, tapi takuttt..heheee

Setelah itu, kami pun pergi laa ke Pantai Teluk Kemang untuk mencari makanan. Keadaan cuaca yang panas terik tidak terasa dek kepala kerana terdapatnya hembusan angin sepoi-sepoi bahasa ketika berada di sekitar Pantai Teluk Kemang tersebut. Pemandangan cukup berwarna-warni dengan bilangan pengunjung yang begitu ramai serta bilangan kedai yang berderetan dan juga gerai-gerai yang menjual berbagai-bagai aneka barangan. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk melihat jualan yang terdapat disetiap gerai. Sempat laa juga memilih topi besar..hahaaa…untuk melindungi kepala dari panas terik matahari. Manakala Ahmadenijad pula dibelikan pelampong untuk dia berenang di kolam renang di tempat penginapan kami nanti.

Pemandangan berhampiran dengan kolam renang di resort.

Selesai menjamu mata dan membeli sedikit barangan kami pun menuju ke gerai makan yang berdekatan. Saya hanya makan laksa penang sahaja…ermmmm best jugak laksa penang kat sini. Selesai mengisi perut dan menghilangkan dahaga dengan minuman sejuk yang cukup menyegarkan, kami pun berlalu dan pulang semula ke Resort kerana pada jam 2.30 petang diadakan perjumpaan untuk semua bekas pelajar SMKTAHAP. Sesi ini untuk beramah-tamah sesama bekas pelajar SMKTAHAP dan sesi berkenalan bersama ahli keluarga (bagi yang dah berkahwin laaa).

Memang meriah sungguh, Ahmadenijad pun gembira dan seronok dapat jumpa ramai rakan sebayanya. Tetamu yang hadir juga dijamukan dengan pelbagai hidangan kuih-muih dan minuman.

Ahmadenijad sempat lagi nak melukis, dengan kuih yang dimakannya diletakkan bersebelan tempat dia melukis.

Sebelah petangnya pula, diadakan sukaneka di kawasan rekreasi resort ini. Pelbagai acara sukaneka untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa telah diadakan antaranya ialah dukung anak kecil atas bahu (acara untuk bapa dan anak) sambil berlari. Memang kelakar acara nie, sebab tengok abah berlari sambil mendukung Ahmadenijad dibahunya. Saya pula mengikut acara lari dalam guni dan selipar gergasi.

Ahmadnijad dan abah dah sedia untuk berlumba...

Ummi berlari dalam guni...kecik lak guni nie...ker ummi yang terlebih besar...hahahaaa

Acara yang terakhir ialah tarik tali yang disemuanya diwakili oleh kaum bapa. Kelakarnyer laa tengok kaum bapa nie…bersungguh-sungguh menarik tali sampai jatuh-jatuh..heheeheee. Bagus tuu sebab semangat kesukanan yang cukup tinggi, walaupun hujan renyai-renyai tapi masih terus menarik tali…Majulah Sukan Untuk Negara.

Tengok laaa abah Ahmadenijad...terangkat kaki tuu lepas tuuu tersungkur lak jatuhhh..heheee

Malamnya pula acara makan malam diadakan, memandangkan hujun turun dengan lebatnya telah menyebabkan kami keluar ke tempat jamuan sedikit lambat begitu juga dengan rakan-rakan yang lain kerana ramai yang mempunyai anak kecil dan ini amat menyusahkan untuk membawa anak-anak kerana khuatir demam lak nanti terkena air hujan. Jadi kena laa tunggu hujan beransur reda sedikit. Menu malam nie memang menarik, dengan pelbagai jenis hidangan dan banyak jenis lak tuu makanannya. Sambil makan kami ditunjukkan dengan slide gambar-gambar kenangan semasa di sekolah serta gambar-gambar terkini yang diambil siang tadi.

Makan malam saya... : )

Acara penyampaian hadiah juga diadakan untuk kanak-kanak yang memasuki pertandingan sukaneka pada petang tadi. Ahmadenijad pun dapat hadiah jugak..heheee. Malahan, setiap daripada bekas pelajar SMKTAHAP juga menerima cenderahati berupa kain tuala dan abah Ahmadenijad juga menang untuk 'Cabutan Bertuah', dapat kain tuala besar berwarna unggu yang cantik, terima kasih di atas pemberian kesemua hadiah nie.

Selesai jamuan, kami pun pulang. Tapi abah Ahmadenijad pergi semula berjumpa dengan rakan-rakan lama dan berborak-borak sambil minum. Keadaan cuaca pada malam itu masih lagi renyai ditambah dengan kedingingan malam, cukup lena dibuai mimpi...zzzzzzzzzz

Keesokkannya kami bersarapan pagi dan sebelum tuu sempat laa juga bergambar di kawasan sekitar resort nie.

Ahmadenijad bergaya jer ...

Tengok laaa gaya si kecik nie yang bernama Ahmadenijad...dia berlari-lari ke arah kedai yang menjual cenderamata. Tak ader apa yang menarik dan tak beli apa-apa cenderamata pun.

Menuju ke tempat untuk bersarapan pagi...menarik pemandangannya dan seni bina tempat nie...

Ahmadenijad terpesona melihat lampu-lampu yang terdapat disekitar tempat kami bersarapan pagi nie.

Selesai sahaja kami bersarapan, kami pun menaiki kereta kuda dengan bayaran RM25. Seronok juga menaiki kereta kuda. Paling seronok bila nak menaiki bukit, kerana kuda ini akan berlari dan laju laaa jugak berbanding sekiranya ditempat mendatar...kuda nie bergerak sangat laaa lambat...tapi bagus laaa kerana boleh tengok lebih lama pemandangan disekitar kawasan resort nie.

Ahmadenijad seronok sangat...sambil berkata kepada ummi... "ummi...horse", sambil menunjuk jari ke arah kuda...heheee. Selesai naik kereta kuda, kami pun membawa Ahmadenijad untuk mandi di kolam renang. Pada mulanya Ahmadenijad sangat takut untuk mandi di kolam renang nie. Tapi ramai abang dan kakak yang mandi dan mengajak Ahmadenijad akhirnya terpujuk juga laa dia. Ahmadenijad pun mandi dengan seronoknyer dan pandai menggunakan pelampong serta boleh berenang sendiri. Ummi pulak terleka dan membiarkan Ahmadenijad bergerak sendirian menggunakan pelampong tersebut sehingga di tengah-tengah kolam, tiba-tiba............. Ahmadenijad terbalik dari pelampongnya kerana ketika itu dia mencari ummi dan menoleh ke arah belakang. Dia terbalik dan tenggelam ke dalam kolam, ummi menjerit ketakutan dan dengan pantas ummi pun bergerak dan menyelamatkan Ahmadenijad. Alhamdulillah, Ahmadenijad selamat dan dia tidak fobia sebaliknya nak lagi mandi. Tetapi ummi dah takut perkara yang tak diingini berlaku lagi dan kami pun pulang semula ke bilik dan berkemas-kemas untuk pulang.

Sebelum check-out, kami bergambar beramai-ramai dihadapan pintu gerbang resort tersebut. Setelah itu, kami bertolak untuk makan tengah hari bersama-sama di sebuah kedai kepunyaan PEMADAM di Port Dickson.

Inilah pengalaman yang menyeronokkan bersama-sama dengan bekas pelajar SMKTAHAP. Semoga tahun hadapan kami akan berjumpa lagi. Sesiapa yang berminat hendak bermalam di resort ini boleh laa melawat ke laman web resort nie seperti yang tertera http://www.eagleranch.com.my/

3 comments:

Anonymous said...

For instance, they may select a type of lettuce that has purple coloring in it as well as green.

When you're preparing your planting area, just mix the soil with about three inches of organic compost. Organic gardening teaches kids about the value of hard work and its rewards.

Here is my web blog grievance

Anonymous said...

One of her most popular products are her organic vegetable seedlings, especially the tomatoes,
which are cool-weather varieties that do well on California's foggy Central Coast. As much as you may want to grow radishes and lentils in your kitchen you don't
want to blemish your frugal reputation. Grab a few bags of organic potting soil and lean them up against the sunny side
of your garage or a brick wall of your home.



Also visit my site ... pebbly

Anonymous said...

There are so many ways to use brick, block, slabs, rocks,
gravel and other stone formations. If you have lower defence
you can survive as well, but it won't be as easy. Gold is a platinum widely adorned and also highly valued globally.

my blog mining