Saturday, 29 May 2010

SaMbUtAn HaRi GuRu 2010 & HaRi UsAhAwAn MuDA

Guru-guru berarak dari pintu masuk sekolah dan disambut oleh murid-murid di kiri dan kanan jalan.

Sambutan hari guru diadakan pada 21 Mei 2010 (Jumaat). Hari tersebut sekolah satu sesi iaitu sebelah pagi sahaja. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan membuat kuih tradisional dan puding/agar-agar. Pelajar juga turut membuat persembahan pada hari tersebut dan pertukaran hadiah antara guru-guru juga diadakan.

Guru-guru juga mendapat banyak hadiah daripada anak murid. TERIMA KASIH yang tidak terhingga di atas pemberian hadiah tersebut.

Hadiah pemberian ikhlas dari anak murid...

Manakala, pada 22 Mei 2010 (Sabtu) pula diadakan 'dinner' di Dewan Cempaka, PKNS yang bertemakan pakaian berwarna merah, hitam dan putih. Wah! pada malam tersebut, cikgu-cikgu berpakaian cukup cantik dan menarik.


Suasana di dalam dewan yang penuh dengan warna-warni...


Mari bergambar beramai-ramai dengan tema hitam, merah dan putih...wouuu...

Acara cabutan bertuah juga turut menyerikan dan mendebarkan pada malam tersebut. Alhamdulillah, dapat jugak saya hadiah cabutan bertuah tersebut yang berupa set cawan. Malahan pengumuman queen, princess dan prince of the night juga turut menyerikan acara 'dinner' pada malam tersebut. Tahniah untuk pemenang.

Inilah lah gerai kami...ketika disebelah paginya.

Pada 31 Julai 2010 (Sabtu) , diadakan Hari Usahawan Muda disekolah. Meriah sungguh, inilah kali pertama saya mengikuti aktiviti ini. Walaupun penat bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk jualan, tetapi perasaan seronok itu telah menghilangkan segala kepenatan.


Persembahan silat yang dipertunjukkan pada acara pembukaan Hari Karnival Usahawan Muda, selain persembahan silat diadakan juga tarian dan nyanyian oleh murid-murid sekolah.

Saya digerai yang menjual makanan seperti mee hoon dan mee sup, mee kari, laksa penang, mee hoon dan maggie goreng, soto, nasi impit dan kuah kacang dan pelbagai menu kuih-muih, muffin, kek dan pelbagai lagi.Wah, banyaknya menu untuk gerai kami! Memang hebat... : ), terutamanya kepada chef dan pembantu-pembantu chef kami..heheee


Inilah sup yang dimasak oleh chef kami...menggelodak kepanasan...jatuh kat dalam tuu..fuhhh memang jadi bahan campuran untuk sup laaa..hehee

Jualan pada hari ini hanyalah menggunakan kopun dan kopun boleh dibeli dengan nilai RM10.00. Seronoknyer ialah, dengan pembelian kopun tersebut, kita akan beroleh nombor dan cabutan bertuah. Tapi tidak bertuah untuk saya kerana tidak memiliki nombor-nombor bertuah tersebut. Hadiah memang menarik, dari kecil hingga ke besar...macam-macam ader...heheee

Ahmadenijad dan abah di Karnival Usahawan Muda pada waktu pagi. Seronok Ahmadenijad tengok kakak dan abang menari ketika membuat persembahan pada hari tersebut. Gambar tersebut menunjukkan dikala Ahmadenijad dah boring dan ajak abah balik...Sebelah petangnya pun Ahmadenijad datang juga...

No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...