Saturday 17 September 2011

Zoo TaiPaiNg & NiGhT SaFaRi, 2011





Pada hari ke dua percutian kami di Damai Laut, kami bercadang ingin ke Zoo Taiping & Night Safari. Rindunya pada bandar Taiping, dah lama tak berkunjung ke sini. Justeru itu, pada hari ke dua di sini, awal-awal pagi kami dah bawa Ahmadenijad bermain pasir dan mandi air laut. Sememangnya Ahmadenijad begitu seronok bermain pasir dengan alatan yang di beli semalam di kedai-kedai di Lumut. Ahmadenijad sedikit takut untuk mandi air laut kerana berombak-ombak, dia hanya bermain pasir sahaja bersama abah membina istana pasir. Tapi istana pasirnya tak jadi pun, bila abah dah siapkan istana pasir tuu...Ahmadenijad lak merobohkannya...errmmm gerammnya.





A'shadieeyah yang menemani abg Ahmadenijad bermain pasir, A' shadieeyah yang berusia 2 bulan 17 hari.

Kami bertolak agak lewat dari Lumut, sebab memberi ruang untuk Ahmadenijad bermain pasir dan mandi-manda di air laut. Kira-kira jam 11 lebih pagi kami bertolak ke Taiping. Keadaan cuaca cukup baik dan menyenangkan kami untuk pergi ke Zoo Taiping.

Ahmadenijad yang kelihatan agak keletihan dan berpeluh-peluh. Ahmadenijad seronok dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di sini.

Kami sampai di Taiping lebih kurang pada jam 1.30 petang dan kami pergi menjamu selera dahulu. Selesai menjamu selera kami ke Zoo Taiping. Ramainya pengunjung, tempat pakir juga kebanyakkannya penuh dan yang tinggal tempat pakir yang jauh dari kawasan zoo. Tak mengapalah kami pun pakir di situ dengan bayaran sebanyak RM3 sekali masuk. Kami pun pergi membeli tiket untuk masuk ke zoo yang berharga RM 8 untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak, manakala A'shadieeyah tidak berbayar.

Setelah penat berjalan-jalan kami pun berhenti dan minum air serta makan jagung. Cuaca sedikit panas dan terasa penat juga berjalan tapi seronok. A'shadieeyah pula tak banyak ragam, diam jer dan tak menangis pun, senang ummi dan abah tak payah dukung A'shadieeyah.

Terdapat beberapa kawasan di sini sedang dibaik pulih untuk penambahbaikan kepada zoo ini. Haiwan-haiwan disini senang nak lihat sebab kedudukannya begitu hampir dengan pengunjung. Walaupun zoo ini tak sebesar Zoo Negara tetapi ia mempunyai keunikkan, keindahannya serta kelebihannya tersendiri dan kami begitu seronok berkunjung ke sini. Di sini terdapat banyak pokok-pokok dan ketika kita berjalan disini tak laaa terasa panas dek matahari.

Muka Ahmadenijad yang dah tak larat...tapi masih boleh posing dan senyum lagi. Tu pun kena paksa dengan ummi..heheee

Susahnyer laaa nak ajak Ahmadenijad bergambar, sebab dia dah kepenatan sangat-sangat. Kami bercadang untuk naik tren yang disediakan di sini selepas kami pusing-pusing kawasan zoo nie. Tapi selepas dah habis kawasan kami jalan, kami lihat ramainya laaa orang beratur nak naik tren, terus kami batalkan niat kami sebab dah rasa tak larat nak beratur panjang dengan keadaan badan yang dah berpeluh-peluh dan berhimpit-himpit lagi beratur untuk menunggu giliran menaiki tren. Kami pun bercadang untuk pulang sahaja. Semasa perjalanan pulang nie, Ahmadenijad dah tak tahan lagi..." ummi niejad penat, nak dukung", kata Ahmadenijad. Alahai, tak laratnyer laaa nak dukung, akhirnya tempat stroller adik pun telah bertukar orang, Ahmadenijad dah duduk dalam stroller A'shadieeyah. Ummi lak dukung A'shadieeyah dan sempat laaa kami posing sikit di pintu masuk ke Zoo Taiping.

Ketika hendak pulang, bergambar seketika di hadapan pintu masuk Zoo Taiping bersama A'shadieeyah.

Sebelum pulang ke Lumut, kami pusing-pusing sikit sekitar kawasan Taiping. Kami juga nak singgah ke kedai yang ada jual rojak dan laksa tapi dah tutup pulak kedai nyer. Laksa dan rojak kat kedai tu memang best. Lalu kami singgah di kedai mamak yang jual cendol, memandangkan A'shadieeyah tido maka kami beli dan makan di dalam kereta sahaja. Kami pakir betul-betul depan gerai cendol dan menikmatinya dalam kereta. Semakin ramai pula pengunjung yang menikmati cendol kat sini dan terdapat beberapa buah kereta yang penumpangnya juga menikmati cendol dan makan dalam kereta juga..hahaaa. Sebab tempat duduk kat gerai tu terhad sangat dan pengunjungnya pulak semakin ramai.




No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...