IKLAN

Saturday, 22 December 2012

KuALA LuMpUr ... DiS 2012

A'shadieeyah Hafthah

Sebelum meneruskan percutian kami di Kuala Lumpur, kami menjamu selera dulu di kedai mamak di Bangi. Sekadar menjamu mee hoon dan air bali, manakala abah pula makan nasi kandar. Ahmadenijad pula hanya makan paha ayam ...heheee. A'shadieeyah pula tidak bermaya dan hanya menjamah sedikit makanan sahaja. Lihat laa gambar di sebelah kanan, keadaannya lemah dan tidak bermaya. Gambar A'shadieeyah Hafthah di atas tu pula, hanya tersenyum tika ummi mengambil gambarnya sahaja. Lepas tuu... dalam keadaan tidak bermaya. Ummi belum habiskan makanan, A'shadieeyah dah merengek-rengek  kerana keadaannya yang kurang sihat.

Percutian kami untuk akhir tahun nie hanya bermalam di 'Swiss Garden Hotel' di Kuala Lumpur untuk semalam iaitu pada 22 Disember 2012 (Sabtu). Kami bertolak awal dari umah untuk ke Kuala Lumpur City Center (KLCC). Tak berjalan merata pun di KLCC hanya pergi ke Maxis untuk menyelesaikan masalah iphone 5. Malahan, A'shadieeyah Hafthah pula kurang sihat. Balik saja dari Sarawak pada pagi 16 Disember 2012, keadaannya batuk dan demam yang berlarutan dan hingga kini  (22 Dis 2012) belum sembuh lagi. Keadaannya makin tidak bermaya jer ketika kami di KLCC. Hanya berdukung sahaja dengan ummi dan badannya panas. Kami pun mencari farmasi untuk menbeli ubat. Selesai saja membeli ubat, kami pun ke tempat pakir dan memasukkan ubat melalui punggungnya untuk mempercepatkan suhu badannya yang panas turun.

Di KLCC


Ahmadenijad Al-Harits bergaya dekat pokok Krismas di KLCC. Pokok Krismas nie berada di kawasan Maxis.

Kami segera untuk check-in hotel di Kuala Lumpur. A'shadieeyah masih tidak bermaya, walaupun matanya masih terbuka tetapi dia hanya mampu terbaring dan tidak selincah seperti kebiasaannya. Petang ini, kami hanya di bilik hotel sambil menonton televisyen sahaja. Malahan, untuk keluar makan pun rasa malas sebab keadaan A'shadieeyah yang kurang sihat. Kami hanya memesan makanan di hotel berkenaan iaitu Pasta Seafood Aglio Olio dan pizza jer untuk makan tengah hari.



Setibanya di hotel, A'shadieeyah hanya terbaring sahaja walaupun dia terjaga.



Ahmadenijad lak ligat...terlompat-lompat dekat adik yang sedang baring tu...kesian adik.



Kesian A'shadieeyah yang terbaring jer kerana demam.



Pasta Seafood Aglio Olio



pizza


Memandangkan keadaan A'shadieeyah yang masih kurang sihat, kami pun bercadang untuk membawanya pergi berubat. Melihat keadaan A'shadieeyah yang tidak sihat begini, abah telah memaklumkan bahawa sekiranya A'shadieeyah tidak sembuh juga maka percutian kami ke Port Dickson esok akan dibatalkan. Selepas maghrib, kami sekeluarga pun keluar dari bilik hotel dan menuju ke destinasi. Selesai urusan berubat, kami singgah di kedai makan di Keramat. Melihat keadaan A'shadieeyah Hafthah semakin beransur pulih sedikit. Dia sudah mula bermain dan berjoget-joget bersama abangnya di kedai makan. Berbeza dengan keadaannya dari pagi tadi yang jelas tidak bermaya untuk aktivti sedemikian.  Pada 23 Disember 2012, kami telah check-out dan akan bergerak pula ke Port Dickson  kerana keadaan A'shadieeyah yang sudah beransur sembuh. 



Memesan makanan di kedai makan. Ketika sedang menunggu makanan dan minuman tiba, Ahmadenijad dan adiknya sudah bermain bersama. Keadaan A'shadieeyah semakin pulih dan dapat bergerak aktif... Alhamdulillah.



Pagi 23 Disember 2012, kami sudah check-out dari hotel. A'shadieeyah yang sedang duduk di sofa menunggu abahnya.





2 comments:

azieazah said...

Salam Miesha, Kak Azie masuk membalas kunjungan. Terimakasih.

Cuma sedikit terganggu nak baca tulisan di entri, kerana latar belakang berbunga-bunga dan bergerak-gerak.

Ruangan follow sepatutnya di bahagian atas, susah nak cari.

Dan ruang komen, elok elakkan Word Verification, susah nak lepas komen. Semoga terus menjadi blogger yang cemerlang.

miesha said...

wsalam kak azie. terima kasih berkunjung ke sini. Terima kasih banyak kerana memberikan tips yg berguna utk saya. saya akan cuba perbaiki. terima kasih sekali lagi : )