IKLAN

Sunday, 3 March 2013

MaKaN LaGiiii, MaC 2013

Memandangkan hari nie (2 Mac 2013 / Sabtu) tak memasak, apa lagi makan malam kami di Restoran Kembangan Paradise, Teras Jernang. Perjalanan dari rumah kami tak laa jauh mana pun, dekat jer. Masih lagi di kawasan Bandar Baru Bangi, memang tidak ada masalah dan malam tu kami mencari-cari tempat makan. Kebetulan terpandang restoran nie yang memang cukup menarik perhatian kami sekeluarga. Ini pertama kali kami makan di sini. Tapi kami cukup berpuas hati dan semestinya ingin datang lagi untuk menjamu selera menu yang lain pula.

Harga makanan di sini juga tidak la mahal. Harganya memang berpatutan dan berbaloi dengan makanan yang dihidangkan. Malahan, dekorasi kedai ini juga cukup menarik. Kemas, bersih dan sedap mata memandang hehee... Di bahagian dinding kedai ini pula terdapat beberapa bingkai gambar-gambar kenangan (gambar-gambar lama). Tengok bingkai gambar yang besar di dinding tu, terasa mengusik jiwa seakan-akan gambar yang kaku itu memberikan inspirasi kepada sesiapa yang memandang...wowww ayat power hahaaa.... betuiiii tak caya gi la makan kat sini, memang best. 


Makanan untuk anak-anak ummi, char kue teow (RM6.90) dan ayam goreng berempah (RM 6.90). Kue Teow tu memang banyak, tak terhabis 2 beradik nie makan. Ayam goreng berempah pun sedap...yummyyy


Ini pula nasi goreng kembangan special (RM8.90) yang abah Ahmadenijad punyer,  memang sedappp. Nasi goreng nie disertakan dengan kari ayam dan daging rendang. Harganya setimpal dengan makanannya yang memang sedap.



Makanan untuk ummi Ahmadenijad pula ialah set tom yam ayam (RM7.90). Tom yam kat sini memang sedap dan banyak lak tuu. Set nie disertakan dengan nasi, semangkuk besar tom yam dan sayur campur semangkuk kecil. 




Sekejap jer buat pesanan, air pun sampai. Malahan, kami juga tidak menunggu lama untuk menunggu makanan yang di pesan tiba. A'shadieeyah yang melihat air laici, jus oren dan teh o ais di atas meja. Tengah fikir agaknya nak yang mana satu heheee...


Dua beradik nie, suka buat aksi yang sama jer...yang adik nak ikut macam abang buat,  sampai terteleng kepalanyer hahahaaa....






3 comments:

Cho Zila said...

nama kedai dia cam kat seri kembangan jerkan... makan selagi boleh makankan... kalau BBBangi memang banyak kedai makankan smp tak tau nak pilih yang mana satu...
Ahmadenijad dah besarpun makin hensem... teringat gambar baby dia masa kat fotopages...

miesha said...

kat bangi memang banyak kedai makan..hehee
ada kalanya rindu jugak ngan fotopages. dulu masa ramai kawan-kawan aktif fotopages, seronok sangat. ramai kenalan di alam maya..hehee

miesha said...

kat bangi memang banyak kedai makan..hehee
ada kalanya rindu jugak ngan fotopages. dulu masa ramai kawan-kawan aktif fotopages, seronok sangat. ramai kenalan di alam maya..hehee