Sunday 17 November 2013

Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG (Part 1)


Kami DatanG LaGi Ke Sini, MeLBouRne - In SpRinG

LCCT & Melbourne Airport - Musim Luruh ( Part 1 )
17 ;  18 November 2013 ( Ahad ; Isnin )

Pagi nie ( 17 November 2013; Ahad ) bersiap untuk ke lapangan terbang, meninggalkan anak-anak. Sekitar jam 8.45 pagi kami keluar dari rumah. Berkumpul di rumah mak dan kakak, kemudian sekitar jam 9.40 pagi kami bertolak ke lapangan terbang. Perjalanan kali ini, hanya saya dan suami manakala anak-anak tinggal dengan nenek dan atuk. Penerbangan kami ke Melbourne pada jam 1.20 petang. Kami tiba di Lapangan Terbang Melbourne pada jam 9 malam ( waktu Malaysia ), tetapi juruterbang memaklumkan kepada kami, penerbangan selamat mendarat pada jam 12 tengah malam dengan suhu 12 darjah celcius. Kami tiba awal 10 minit dari masa yang dijangkakan.

Kami tiada masalah dengan kastam. Kami melalui laluan yang selamat dan tidak perlu melalui laluan yang memerlukan beg kami dibuka dan diselonggar atau beg kami dihidu anjing pengesan. Alhamdulillah kami selamat tiba, sementara menunggu anak buah mengambil kereta sewa yang terletak berhampiran dengan kawasan lapangan terbang. Sementara menunggu kerata sewa tiba, kami menunggu di kawasan luar lapangan terbang dan seorang pemandu bas sering pakir bas untuk mengambil penumpang di situ. Ramahnyer pemandu bas nie, setiap kali berhenti dia akan menyapa kami. Ketika kami menanti di situ, rasanya lebih dari 8 kali bas tersebut singgah disitu. Perjalanan bas tersebut tidak memakan masa yang lama kerana kejap-kejap ader jer muka pemandu bas tu…hehehehee

Kereta sewa yang dinanti akhirnya tiba sekitar jam 1.35 pagi ( 18 November 2013 ). Kereta jenama Kia berwarna putih, cukup selesa untuk 6 orang penumpang. Sebelum menaiki kereta sewa sempat laa pulak bergambar di seberang jalan nie yang ada 3 patung.



Patung nie terletak di seberang jalan 'Melbourne Airport' , kami melalui kawasan ini untuk ke tempat kereta sewa.

Permulaan perjalanan kami pada pagi ini tenang dan selesa, kira-kira lebih kurang 15 minit pemanduan, kereta bergerak perlahan dan saya memerhati meter kereta bergerak 40kmj sahaja. Saya ingat memang sengaja dipandu sebegitu perlahan..heheehee rupa-rupanya kereta tu memang bermasalah. Kami berhenti di tepi higway yang ada telefon kecemasan. Menelefon orang-orang yang berkenaan untuk membantu kami. Sebelum tu, kami juga menghubungi agen kereta sewa tapi malangnya tidak berangkat pun telefonnya, biasa laa dah awal pagi orang pun dah balik dan tido. Kami menunggu dan menunggu pula kereta tunda yang dijanjikan akan datang untuk membawa kereta ke bengkel. Dikesejukkan pagi yang dingin, terasa sampai ketulang-tulang rasa gigilnya. Sejuk yang teramat sangat, untuk diriku nie. Disarung juga jaket tebal dan kain tuala diletakkan diatas kepala untuk menahan kesejukkan pagi. Setibanya kereta tunda, kami kena tunggu pula sebab pemandu kereta tunda tu kata perlu naik teksi untuk ke bengkel. Kereta tunda hanya boleh membawa 2 orang penumpang sahaja. Kami menunggu pula ketibaan teksi dan diwaktu itu terpaksa jua mengharungi keadaan cuaca yang sejuk.




Kereta yang ditunda ... : (



 Kesejukan di awal pagi : (


Apabila teksi telah tiba, kami pun bergerak menuju ke bengkel yang berdekatan. Kami ke stesen minyak di Kailor, Victoria.  Cuaca yang sejuk telah memaksa kami untuk menikmati kopi panas di kedai Hungry Jack's. Nikmatnyer menikmati minuman panas di kala sejuk mencengkam diriku …heheeehee



Kopi stesen minyak iaitu di kedai 'Hungry Jacks'


Kami menunggu lagi untuk ketibaan mekanik. Akhirnya kereta kami diuji dan dibaikpulih semula. Kami solat subuh di sekitar kawasan stesen minyak nie. Subuh telah masuk waktu sekitar jam 4. 20 pagi. Kami bergerak semula selesai menunaikan solat subuh. Alhamdulillah dapat jua kami meneruskan perjalanan pada pagi ini, walaupun pelbagai dugaan yang datang.



 Papan tanda yang berhampiran dengan stesen minyak tempat kami berhenti seketika.



Inilah teksi yang hantar kami kat stesen minyak tempat kami membaiki kereta. Pemandu teksi nie seorang muslim.

Perjalanan diteruskan, kami menikmati udara yang segar dan pemandangan yang sangat indah di sini. Bersyukur kehadratNya kami diberikan peluang untuk ke sini.


Pemandangan yang cukup indah, di kala bumi diselaputi oleh kabus yang memutih. Gambar di ambil dari dalam kereta.



Berhenti di sini, hanya nak ambil gambar jer. Semasa melalui kawasan nie, kami melihat banyak arnab liar yang berkeliaran dan berlari melalui jalan raya nie.



 Di satu persimpangan jalan mati, kami berhenti seketika. Entah laa GPS tu, tunjuk jalan mati lak, ker kami yang tersalah alur..heheehe. Pemandangan yang sangat indah di saat matahari terbit dengan keadaan yang berkabus menyelimuti ruang permukaan bumi.



Penghabisan jalan hehheee... keadaan cuaca yang berkabus, dan sejukkk.
Berhenti seketika dan ambil gambar laaa … hehehe


Perjalanan kami pagi ini di duga lagi, apabila dipertengahan jalan kami singgah di satu tempat yang menyediakan tandas. Berhenti di situ seketika untuk melepaskan apa-apa hajat heheehee...



 Inilah tempat kami berhenti untuk ke tandas, kelihatan kereta putih yang di sewa di pakir di sebelah kanan gambar.



Di seberang jalan, kelihatan sebuah rumah yang dipenuhi dengan bunga yang mekar dan cantik sekali.



Di sinilah kami terpaksa berpatah balik semula untuk mencari dan menjejaki telefon yang hilang …huhuuu

Selesai saja, kami meneruskan perjalanan, tiba-tiba suami memaklumkan ketiadaan telefonnya. Masa tu jauh juga laaa perjalanan kami. Kami berhenti seketika dan mencari di kerusi belakang dan tempat meletak barang, puas mencari tapi tiada. Akhirnya keputusan di buat kami terpaksa berpatah balik semula ke tempat kami berhenti yang menyediakan tandas tu.... waduuhhhh jauh juga laaa kena patah balik sebab nak tengok mana laaa tau ada tercicir kat situ. Apa lagi... patah balik laaaa…

Malangnya, setiba di sana tiada jejak pun iphone tuu... tiada rezeki. Kami meneruskan perjalanan ke Port Campbell ... mood sedihhhh hilang iphone5

... Sambung ke Part 2 - Port Campbell






6 comments:

dilabangiWORLD said...

ai suka baca perjalanan ini
terima kasih kerana sharing the story
belum pernah jejak kebumi aussy
doakan moga satu hari nanti akan sampai ke sini jua....

miesha said...

Tq @dilabangi kerana sudi membaca catatan nie : )
Semoga sampai ke sana jua...amin

Jari Manis said...

kalau baca tajuk tu cam dah beberapa kali ke sana kan...JM baru ada peluang nak baca ni..lg pun belum pernah jejak kaki ke Melbourne..baca citer kwn2 cam best je

Loh...tension kan kalau kereta sewa lak buat hal..pastu awal pagi yg sejuk lak tu..booking dan company mana tu..mana tahu next time JM nk ke sana tak nk booking through company ni :-)

Loh..mcm2 hal kan..iphone lak hilang...sambung2..nak baca lagi

mysha said...

Cantek sungguh pemandangan.... Tgk pun dah rasa aura sejuk2 tu hik2

Lor cian iphone ilang.. Gadjet nih mmg, klo lepa sket mmg takde harapan nak dapat balik.. huhuhu sabar yer..

Cepat sambung citer taw..

miesha said...

JM utk tahun nie 2 kali ke sana, sekali tu musim winter dan yg nie musim luruh lak.
Company mana tak tau lak kereta sewa tu, anak buah yg tempah tapi tempat nyer berhadapan dengan aiport.
Iphone tu kan...hehehee memang tension betuiii suami

miesha said...

mysha; Subhanallah pemandangan memang cantik sangat : )
Ada kisahnyer iphone tu...hehehe baca2 jgn tak baca kisah seterusnyer hehehe

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...