Thursday 4 December 2014

~ChikenPox~ Ahmadenijad 2014


Cuti sekolah nie kami balik kampung. Penerbangan di KLIA pada 29 November 2014. Abah tak ikut serta, biasa laa sibuk dan tak boleh cuti lama-lama. Saya anak anak-anak jer balik, selama 2 minggu lebih. Tengok jer laa aksi anak-anak kat KLIA : )



A'shadieeyah bila beraksi posing nyer bukan main lagi : ) hahaaa...



 Abang Ahmadenijad segak bergaya hihiii... 

Tapi kesian kat Ahmadenijad pada 3 Disember 2014 ( Rabu ), sebelah petangnya ummi tengok macam ruam di bahagian badannya. Tapi tak ketara sangat merahnya. Tergerak juga dalam hati 'campak' ker nie. Cuma saya letak bedak berubat jer kat badan dia, yer laa. Esok paginya (4 Dis 2014), keadaan badannya berbintik merah makin ketara dan seperti berair. Namun, cuma kecik jer bintik merah tu dan tumbuhnya jarang-jarang. Gambar di bawah menunjukkan keadaan Ahmadenijad tak teruk lagi bintik merah tu.


4 Disember 2014, keadaan Ahmadenijad hari pertama kena 'chikenpox'.



Ini pula keadaan dia pada 5 Disember 2014, semakin banyak lak tumbuh kat badan dia dan muka.
Sepanjang tempoh kena penyakit nie, memang ummi bagi pantang habis kat Ahmadenijad. Ayam dan makanan yang boleh menyebabkan gatal memang tak disentuh. Hanya makan sup ikan jer dan nasi. Sampai Ahmadenijad kata kat Ummi " Hari-hari makan makanan yang sama ker ummi? " hahhahaa... kesian dia. Ummi kata Niejad kena bersabar kalau nak cepat baik dan tiada parut di badan dan wajah tu : ) 


6 Disember 2014, semakin banyak keluarnya dari badan dan makin teruk kat bahagian dahi. 
Semakin tumbuh di celah-celah badan dia. 


 ~ 6 Disember 2014 ~ Alhamdulillah chikenpox tu keluar banyak tapi jenis kecik-kecik jer, jadi parutnya kurang laa. Ahmadenijad pun tak demam, keadaan badannya normal jer dan sihat. Sekali jer bagi dia makan ubat, lepas tu tak der dah makan ubat. Hanya ubat sapu dibadan tu kerap kali ummi buat, kalau tak dia akan rasa tak selesa kalau tak sapu ubat. Bila disapu ubat pada seluruh badan dia akan mengurangkan rasa gatal.


Adik A'shadieeyah yang sudah suka buat kerja sekolah hahahaha... dah pandai mewarna dengan baik.
Alhamdulillah A'shadieeyah tak terkena jangkitan penyakit nie dari abang dia : )



~7 Disember 2014~ Sebelum tido, ummi ambik gambar dia nie.


 
~8 Disember 2014~ Keadaan dah semakin baik dan hanya tinggal parut dan bintik-bintik merah.
Bila kami dah pulang semula ke Semenanjung ( 17 Disember 2014 ), keadaan mukanya dah semakin baik dan tiada parut, alhamdulillah syurkur ke hadrat ALLAH SWT.



~ 13 Disember 2014 / SABTU ~ Keadaan Ahmadenijad dah semakin ok. Tinggal kat dahi tu lagi yang masih belum baik.






No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...