Wednesday 10 June 2015

Makanan KOREA ... Ke Korea Kita

Hari kedua menginap di Berjaya Times Square (10 Jun 2015 ~ Rabu), kami menjamu selera di Dubu-Dubu untuk makan tengah hari. Sebuah restoran yang menghidangkan makanan Korea. Teringin sangat nak makan makanan Korea, walaupun belum pernah pergi ke Korea hihiii.

Inilah set yang dipilih untuk menu hari nie yer : )
Berbaloi laa dengan harga dan menu yang kami makan, memang penuh meja hihii


Antara menu-menu yang boleh dipilih oleh pelanggan.



Nasi yang ditabur dengan bijan, dan semangkuk sup. Sedap nasi nie, lembut jer butir nasinya : )



Ahmadenijad yang melihat lauk-pauk yang dihidangkan. Air yang diminum oleh Ahmadenijad ialah 'Roasted Barley Tea', yang dihidangkan dengan set menu yang telah dipilih. Air nie tawar sikit, jadi kami campurkan sedikit dengan gula merah yang boleh minta dengan pekerja yang bertugas di restoran. Biasa laa, kami sekeluarga nie suka minum air yang manis heheeehee...



Ini pula Soondubu Jigae, mungkin ada pengunjung / pelanggan yang suka. Tapi saya kurang sikit laa, anak-anak pun kurang berminat dengan menu nie.



Ini manisan, tak pasti nama menu nie. Lembutnya isi yang putih tu macam kita makan Tau Fu Fa, dan kuah tu pula manis dan ada rasa macam kulit lemon. Memang sedap, tapi sayang kerana sikit sangat la pulak manisan nie hihii



Ini pula adalah 'Korean Honey Wings'. Ayam goreng yang bersalut madu nie rasanya manis. Anak-anak tak minat sangat sebab rasa manis madu tuu.



Menu nie pun sedap, 'Honey Garlic Bulgogi (Beef)'.
Sayur taugeh dan kimchi. Sayur memang kegemaran saya dan menu nie memang sedap : )



Pemandangan restoran yang diambil dari dalam lif.


















1 comment:

Mummy Julia said...

alahai comey2 je bowl dia.. hehehe

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...