Monday 24 October 2016

Reunion Abah


Suami telah memaklumkan tentang reunion sekolahnya. Reunion nie hanya untuk bekas pelajar lelaki sahaja. Tidak menyangka suami akan membawa saya dan anak-anak. Segan nak pergi sebab reunion nie hanya melibatkan bekas pelajar lelaki sahaja. Tapi suami tanpa pengetahuan dah buat bayaran untuk saya dan anak-anak. Baby Afsheen pun ikut juga laa abah punya program 'adventure'.

Singgah makan nasi lemak kami untuk sarapan.

Pada 22 Oktober 2017 (Sabtu), kami bergerak untuk menuju ke Raub, Pahang. Destinasi kami ialah di Kela Adventure Camp, Ulu Sungai Raub. Tibanya di sini, suasana memang tenang jer, tapi tempat tinggal untuk malam nie memang 'adventure' : )
Tapi anak-anak memang suka sangat sebab suasana di sini memang nyaman dan tenang.

 Tengok laa gelagat dua beradik nie, posing bukan main lagi hihiiii

Penat angkat barang,  suami laa yang penat mengangkat barang-barang. Kami duduk bersantai di anjung rumah. Sambil berehat sempat juga la bergambar-gambar sementara menunggu rakan-rakan suami tiba di sini. Tiada penghawa dingin dan televisyen tetapi cukup menyenangkan kerana sebelah malamnya memang sejuk. 

 Baby Asheen pun senyum jer datang sini. Kakak A'shadieeyah pun suka juga dan berposing siap tunjuk ketiak pulak hisshhh hahaaa

Sekitar jam 3.15 petang kami menjamu selera di sini, dengan lauk yang sedap. A'shadieeyah dan Ahmadenijad berselera makan. Sekitar tempat nie terdapat banyak pokok buah-buahan dan rimbunan pokok bunga kantan yang hidup subur.


 Menjamu selera di sini dengan suasana tenang dan nyaman.


Ahmadenijad dan A'shadieeyah teruja sangat bermain di sini. Berlari-lari laa dua beradik nie dan tanpa diduga A'shadieeyah terlanggar akar pokok lalu terjatuh. Habis muka dan mata sebelah kirinya lebam dan bengkak. Menangis semestinya laa, tersedu-sedu dia. Kesian ummi tengok anak ummi nie. 

Petang nie tiada aktiviti lasak dilakukan, hanya geng suami berborak-borak. Maklum laa telah lama tidak berjumpa pasti banyak perkara yang ingin dibualkan. Saya pula seronok kerana ada kawan, sebelah tempat penginapan kami didiami oleh rakan suami dan isterinya. Hanya 2 buah keluarga sahaja manakala yang lain bujang tanpa membawa keluarga. Ada juga laa teman saya berborak-borak.

Wajah A'shadieeyah keesokannya akibat terjatuh. Mukanya sudah mulai membengkak. Pemandangan pohon kantan yang besar dan subur. Di pinggir pohon kantan terdapat sungai yang airnya tohor dan jernih serta sejuk sangat.


Hari Ahad (23 Oktober 2016), suami dan Ahmadenijad mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah diatur oleh pihak Kela Adventure Camp. Mereka berakit pada hari ini, memang menyeronokkan. Ahmadenijad pun sangat teruja untuk aktiviti berakit nie. 


Kelihatan belakang Ahmadenijad dan abah : ) yang sedang melakukan aktiviti berakit. Gambar rakit yang belakang sekali. 

Ahmadenijad berdiri di atas rakit sambil menggunakan batang buluh untuk menolak rakitnya dikawasan air sungai yang tohor.


Merarau pada hari akhir kami di sini. Selesai makan, kami berkemas-kemas untuk berangkat pulang.

Bergambar sebelum berangkat pulang.


Menunggu makanan yang dipesan. Baby Afsheen baring atas meja : )

Antara makanan yang dipesan di Kedai Lemang Tok' Ki


Ketika pulang kami sekeluarga singgah makan di kedai Lemang Tok' Ki di Bentong. Makan lemang dan serunding. Rendang semua dah habis, biasa laa kalau datang dah lewat petang memang tak jumpa laa. Selamat masih ada lemang kalau tidak melepas laa tak dapat rasa lemang Tok' Ki yang sedap nie.





No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...