Tuesday, 28 May 2013

NeGaRa KaNggaRu ...toing..toinggg ( PaRt 1 ) - Musim Sejuk

28 Mei 2013 (Selasa)



Perjalanan dari rumah menuju ke LCCT untuk penerbangan kami pada jam 1.45 petang. Kami bertolak dari rumah pada jam 7.45 pagi ke rumah mak kerana anak buah yang akan menghantar kami ke LCCT.    Namun, setelah sampai di rumah mak barulah tersedar bahawa baju sejuk A'shadieeyah tertinggal di rumah. Ini menyebabkan anak saudara membawa kami pulang ke rumah untuk mengambil baju sejuk A'shadieeyah. Seterusnya, perjalanan lancar sehingga ke LCCT. Setibanya kami di LCCT, kami menjamu selera dahulu sebelum berkumpul di sekitar MC Donalds. Seperti yang dijanjikan, kumpulan yang ingin berangkat akan berkumpul di MC D sebelum pendaftaran masuk. Selesai menjamu selera, kami pun berkumpul seperti yang telah ditetapkan dan bergerak menuju ke kaunter pendaftaran masuk.




Urusan timbangan berat bagasi dan pendaftaran masuk telah selesai, kami pun masuk ke ruang menunggu . Sementara menunggu, kami pun apa lagi menggunakan kerusi urut untuk melegakan otot-otot  badan. Ruang menunggu sementara menaiki pesawat, kami dimaklumkan bahawa bahan cecair dan air tidak dibenarkan sama sekali. Ramai juga laa penumpang yang terpaksa minum serta membiarkan air mereka di tempat pemeriksaan. Bagi saya dan keluarga mempunyai alasan kerana air digunakan untuk membuat susu anak. Sampai masanya kami pun menaiki pesawat D7 0212 ke Melbourne, Australia iaitu negara yang digelar Negara Kanggaru ...toing..toingg... kanggaru melompat...heheee



Ahmadenijad (kiri), duduk pun kelakar jer...sebab kerusi  urut  saiz orang dewasa, tapi dia nak jugak guna. Seronoknyer duduk urut badan menggunakan kerusi ni...hehheehee

Semasa menaiki pesawat kami dimaklumkan oleh agen pelancongan kami bahawa makanan yang ditempah sebelum ini tiada dan wang kami dikembalikan, oleh itu kami perlu membeli sendiri makanan di dalam pesawat. Kami anak-beranak memesan  4 bungkus makanan iaitu Pak Nasser's Nasi Lemak. Kami dihidangkan makanan pada pukul 3.00 petang. Anak-anak pulak tido maka ummi dan abah yang makan dulu...heheee, Alhamdulillah kenyang : )


Pak Nasser's Nasi Lemak, menu untuk makan tengah hari kami sekeluarga.



Nasi Lemak nie memang sedap  : )


Perjalanan yang mengambil masa selama 8 jam sememangnya membosankan. Melayan karenah anak-anak yang duduk lama kebosanan di dalam penerbangan. Kami membawa ipad mini untuk kedua-dua anak dan juga buku serta warna pensel untuk aktiviti mereka di dalam pesawat.



Aktiviti mewarna yang dilakukan bersama ... hehehee


A'shadieeyah sedang khusyuk menonton kartun upin dan ipin dalam pesawat.




Akhirnya sampai jua ke destinasi yang dituju, pesawat mendarat seperti brek kecemasan. Agak terkejut jugak kami di dalam pesawat...heheee. Kami dimaklumkan oleh juruterbang bahawa penerbangan ini telah sampai awal 10 minit dari masa yang ditetapkan serta suhu di Melbourne ialah 9 darjah celcius. Waktu Malaysia, jam menunjukkan 9.35 malam. Tetapi di Melbourne, masanya 2 jam awal. Ini bermakna kami sampai di sana pada jam 11.35 malam. Sebelum sampai ke bagasi, sempat laa jugak kami berposing-posing bergambar di dalam airport nie. Sebelum sampai ke bagasi juga, kami perlu mengesahkan barang-barang yang dibawa. Seorang pemuda bertanya kepada kami sekiranya ada membawa barang-barang yang perlu dikuarantin dan sebagainya. Kami hanya mengesahkan bahawa kami hanya membawa ubat-ubatan untuk anak, susu serta rokok sahaja. Selesai sudah, kami pun ke imigresen. Kekecohan disini apabila kami tidak tahu nama hotel untuk penginapan kami. Muka imigresen dah bengis jer...heheee tapi kami sabar, sabar, sabar... 



Ahmadenijad AL-Harits yang tiba di Melbourne Airport.



Ketika berada di laluan untuk menuju ke imigresen dan bagasi.

Selesai urusan di imigresen, kami perlu mengambil bagasi dan kami dimaklumkan perlu melalui pula laluan di nombor 1. Di situ terdapat banyak lorong-lorong. Kenapa pulak laaa kami masuk di lorong 1, kakak-kakak ipar pula melalui lorong nombor 2. Lorong nombor 1 nie pulak punyalah jauhnyer, rasa cuak pun ader jugak. Rupanya, bila kami ader mengesahkan barang-barang seperti rokok, susu dan ubat-ubatan maka kami perlu melalui lorong ini. Di sini, terdapat ramai lagi kakitangan yang akan memeriksa beg. Orang di hadapan kami, ada yang mengeluarkan pelbagai jenis makanan kering yang di bawa dari Malaysia untuk pemeriksaan. Seorang pemuda yang tinggi lampai telah menyapa kami dan menyatakan apa barangan yang kami bawa serta kuantitinyer. Pemuda itu berkata "ok", dan kami melepasi pemeriksaan. Beg kami tidak di buka pun mungkin kerana percaya kepada kami. Syukur, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Keluar saja dari lorong nombor 1 ini, tiada lagi pemeriksaan yang dilakukan. Kami sekeluarga berjumpa semula dengan kumpulan kami dan meneruskan perjalanan menuju ke bas persiaran. Cuaca di luar lapangan terbang sangat sejuk namun udaranya sangat segar, terasa indahnya ciptaan Allah SWT, syukur Alhamdulillah kami menjejakkan kami di bumi Melbourne, Australia.



Memunggah barang-barang untuk menaiki bas menuju ke Grand Mercure Hotel



Setibanya di dalam bas, jam menunjukkan sudah pukul 12.15 pagi. Kami bergerak menuju ke Mercure Hotel (The Swanston Hotel, Grand Mercure) yang terletak ditengah-tengah bandar Melbourne. Sepanjang perjalanan, laluan jalan rayanya senyap sunyi jer, tidak banyak kenderaan. Malahan, di pusat bandarnya juga sunyi jer hanya diterangi oleh cahaya lampu yang menyinari malam membuatkan suasanana malamnya begitu indah dan bercahaya. Setibanya kami di Mercue Hotel, seperti biasa acara memunggah barang-barang dalam keadaan cuaca yang sejuk dan menyamankan. Setibanya di lobi hotel, kami diberikan kunci bilik. Bilik kami 437. Lif hotel nie pulak hanya satu yang beroperasi kerana yang lain sedang dibaiki. Jenuh laa menunggu, sambil tu sempat laa kami bergambar-gambar dan posing-posing sikit..heeheeheee



Ruang untuk penggunaan komputer (internet) terletak berhampiran dengan laluan ke ruang lif. Ahmadenijad dan adik, apa lagi beraksi laaa...hehee


Sampai bilik apa lagi, anak-anak terus mandi tika jam menunjukkan 1.35 pagi waktu Melbourne. Bagus jugak anak-anak mandi awal pagi supaya bila nak bangun sarapan pagi esok tak perlulah mereka mandi lagi. Semasa di lobi, kami dimaklumkan perlu bersarapan pada jam 6.30 pagi kerana jam 7 pagi @ 7.30 pagi perlu bertolak ke ladang. 


Ahmadenijad bersebelahan dengan katilnyer.




Keesokkannya, seawal jam 6. 35 pagi, kami telah keluar dari bilik hotel untuk bersarapan. Hanya menikmati makanan seperti gambar di bawah : )






Berseleranyer menikmati sarapan pagi  : )

Sambung 'Part 2'...




Saturday, 25 May 2013

RoAsTeD ChiKeN with Rice

Pada  hari Sabtu, 25 Mei 2013, teringin pulak nak makan nasi Arab. Apa lagi, kami ke Restoran Nasi Arab yang biasa kami kunjungi di Kajang Putra. Makanan Arab kat sini memang berbaloi dan rasanya sedap.


Sajer buat muka macam nie dan suruh ummi ambik gambar dia yang sedang menunggu makanan yang dipesan tiba.



A'shadieeyah yang menunjukkan "muka hantu" katanya...heheeheee



Makanan untuk ummi yang dipesan telah tiba.




Abah kepada Ahmadenijad memesan makanan Roasted Chiken with Rice



Saturday, 11 May 2013

AyAm di ALaMaNda


Hari nie (11 Mei 2013) Sabtu, ummi belanja makan kat Nando's di Alamanda, Putrajaya. Jalan-jalan bawak anak sambil ummi nak cari kasut. Kami bertolak pagi Sabtu untuk ke Alamanda. Sampai di  Alamanda, singgah ke kedai-kedai kasut. Lepas tu apa lagi, acara untuk makan tengah hari di Nando's. 



Peri Peri...



Tak sabar Ahmadenijad nie, baru sampai air yang di pesan. Dia dah siap dengan pinggan serta sudu dan garpu ditangannya. 


Hidangan makanan kami sekeluarga.



Ayam


 Salad 



 Menikmati aiskrim Baskin Robin



Gaya adik dan abang yang menggayakan baju gambar upin dan ipin.



Ahmadenijad Al-Harits dan A'shadieeyah Hafthah bergaya dengan cermin mata yang baru di beli.





Tuesday, 5 March 2013

A'shAdieeyAh MaTa BenGkak ...Mac 2013

A'shadieeyah jatuh lagi. Pada 5 Mac 2013 (Selasa), A'shadieeyah telah dimaklumkan jatuh dari kerusi oleh Pusat Jagaannya. Bila melihat keadaan matanya yang bengkak dan terdapat luka di matanya juga, hati menjadi sayu. Hari sebelumnya pula (4 Mac 2013), saya dimaklumkan ada budak yang menggigit lengan A'shadieeyah. Gigitan telah meninggal kesan luka di tangan A'shadieeyah. Tidak terlahir dan terluah kata-kata hanya lihat jer gambar A'shadieeyah dan abangnya Ahmadenijad.




Mata A'shadieeyah yang luka dan bengkak, serta di lengan kirinya yang berbekas kerana gigitan teman sepermainan.


















Sunday, 3 March 2013

MaKaN LaGiiii, MaC 2013

Memandangkan hari nie (2 Mac 2013 / Sabtu) tak memasak, apa lagi makan malam kami di Restoran Kembangan Paradise, Teras Jernang. Perjalanan dari rumah kami tak laa jauh mana pun, dekat jer. Masih lagi di kawasan Bandar Baru Bangi, memang tidak ada masalah dan malam tu kami mencari-cari tempat makan. Kebetulan terpandang restoran nie yang memang cukup menarik perhatian kami sekeluarga. Ini pertama kali kami makan di sini. Tapi kami cukup berpuas hati dan semestinya ingin datang lagi untuk menjamu selera menu yang lain pula.

Harga makanan di sini juga tidak la mahal. Harganya memang berpatutan dan berbaloi dengan makanan yang dihidangkan. Malahan, dekorasi kedai ini juga cukup menarik. Kemas, bersih dan sedap mata memandang hehee... Di bahagian dinding kedai ini pula terdapat beberapa bingkai gambar-gambar kenangan (gambar-gambar lama). Tengok bingkai gambar yang besar di dinding tu, terasa mengusik jiwa seakan-akan gambar yang kaku itu memberikan inspirasi kepada sesiapa yang memandang...wowww ayat power hahaaa.... betuiiii tak caya gi la makan kat sini, memang best. 


Makanan untuk anak-anak ummi, char kue teow (RM6.90) dan ayam goreng berempah (RM 6.90). Kue Teow tu memang banyak, tak terhabis 2 beradik nie makan. Ayam goreng berempah pun sedap...yummyyy


Ini pula nasi goreng kembangan special (RM8.90) yang abah Ahmadenijad punyer,  memang sedappp. Nasi goreng nie disertakan dengan kari ayam dan daging rendang. Harganya setimpal dengan makanannya yang memang sedap.



Makanan untuk ummi Ahmadenijad pula ialah set tom yam ayam (RM7.90). Tom yam kat sini memang sedap dan banyak lak tuu. Set nie disertakan dengan nasi, semangkuk besar tom yam dan sayur campur semangkuk kecil. 




Sekejap jer buat pesanan, air pun sampai. Malahan, kami juga tidak menunggu lama untuk menunggu makanan yang di pesan tiba. A'shadieeyah yang melihat air laici, jus oren dan teh o ais di atas meja. Tengah fikir agaknya nak yang mana satu heheee...


Dua beradik nie, suka buat aksi yang sama jer...yang adik nak ikut macam abang buat,  sampai terteleng kepalanyer hahahaaa....






Saturday, 23 February 2013

IsLamiC KitCheN... FeB 2013

Pertama kali makan di Restoran Wadihana (Islamic Kitchen), di Bandar Baru Bangi sememangnya tidak mengecewakan. Pada 23 Februari 2013, pagi Sabtunya saya kena pergi ke Mesyuarat PIBG di sekolah. Selesai segalanya, bergegas ke rumah dan kami pergi ke Restoran nie untuk makan tengah hari. 



A'shadieeyah dan Ahmadenijad dalam kereta untuk pergi makan tengah hari ... perut sudah lapar kerana jam sudah hampir pukul 2.37 petang.



Amboiii...jelingan manja tuuu dari A'shadieeyah.



Ahmadenijad macam biasa laaa, air kegemaran dia teh o ais sama ngan abah.



Menu tengah hari kami sekeluarga.



Spagetti dan kentang goreng makanan untuk Ahmadenijad.




Inilah kedainya, bersih, cantik dan makanan pun sedap : )




Wah, sedapnyer! memang sedap set makanan abah Ahmadenijad nie. 




Daging nie memang sedap dan di makan dengan roti.



Ini pula set makanan ummi Ahmadenijad, sos nyer memang 'best', cukup rasa dan dagingnya lembut.


Selesai kami menjamu selera, saya pergi ke sinki untuk membasuh tangan A'shadieeyah manakala abah mengambil angin di hadapan restoran nie yang menemani Ahmadenijad bermain di situ. Selesai membasuh tangan A'shadieeyah, saya pun terus menuju ke kereta kerana abah dan Ahmadenijad juga berhampiran di situ. Masuk dalam kereta dan enjin dihidupkan, terlintas di hati untuk bertanya harga makanan. Ummi pun bertanya kepada abah Ahmadenijad berapa jumlah bil tadi. Suami menjawab "eh...tak tau, tadi tak gi bayar  ker". Hahahaaa....suami ingat saya menuju ke belakang tu untuk buat pembayaran tapi sebenarnya hanya basuh tangan A'shadieeyah jer. Selamat laaa, tak jalan lagi. Suami pun keluar untuk buat pembayaran. Mesti hairan pekerja restoran tu, orang nie lepas makan tak bayar...hahahaa. Apa-apa pun, alhamdulillah kami sempat juga bayar bil sebelum kereta meluncur laju di jalan raya : )


PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...