IKLAN

Tuesday, 11 November 2008

Perkahwinan

Mak Mertua pakaikan gelang tangan

Tema hantaran warna biru & kuning

Tengah dipakaikan dengan rantai...

Pada 24.12.2005, hari bersejarah dalam hidup saya dan jept sebagai pasangan suami isteri, akad nikah diadakan pada hari tersebut bersamaan dengan hari Sabtu di rumah pengantin perempuan di Sarawak. Akad nikah diadakan selepas solat Asar di rumah pengantin perempuan. Tema hantaran biru & kuning, biru bagi pihak perempuan dan kuning bagi pihak lelaki. Pihak lelaki memberi hantaran 11 dulang, dan perempuan 13 dulang.

Bersama anak-anak sepupu, lepas jer bergambar nie terus bekalan elektrik terputus lak..., budak-budak tu apa lagi menjerit laaa

Tema warna pelamin lak putih dan merun... mak andam kata "banyak nyer warna yang aku nak guna". Tak per la kan, harmoni sikit banyak colour nie. Malam 24.12.2005 diadakan majlis berinai dan majlis cukur rambut anak buah saya. Saya ada 2 orang anak buah, anak adik saya. Malam nie pada jam lingkungan 10 malam, hari hujan lebat sangat dan bekalan elektrik terputus la pulak. Lama juga bekalan elektrik terputus, saya pun tak sedar pukul berapa sebab dah tidur.

Di hadapan rumah, selepas majlis bersanding

Majlis bersanding diadakan pada pukul 12 tengah hari. Majlis tetamu hadir bertandang ke rumah saya bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 2.30 petang. Kebanyakkan majlis perkahwinan di tempat saya dibuat awal pagi dan berakhir sebelah petang. Berlainan di Semenanjung majlis bermula tengah hari sehingga lewat petang.

Suami di Holiday Inn Resort Damai Beach berlatar belakang pemandangan resort

Pada 30.12.2005 saya dan suami bertolak ke Kuching untuk ke Holiday Inn Resort Damai Beach. Dari Kuching ke resort tersebut mengambil masa dalam 45 minit dan tambang teksi RM30 sahaja. Sekiranya hendak ke Kuching dari resort tersebut bolehlah naik van resort yang telah disediakan dengan bayaran RM10 seorang. Jika hendak pergi makan sebelah malam nyer di luar kawasan resort, boleh la naik van resort tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Makanan di restaurant resort ini juga memang best. Kalau lunch or dinner kat sini memang best laaa, tapi mahal sikit la bayaran untuk 1 kepala.

Pemandangan yang cukup menarik di Holiday Inn Resort Damai Beach

Kami menyambut Tahun Baru 2006 di resort ini, meriah juga. Ingatkan sunyi sepi, tapi bunyi bunga api memecah kesunyian malam tepat jam 12 tengah malam. Kami pun memang tengah berada di pantai nak tengok bunga api.

No comments: