Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009. Cepatnya masa berlalu dah masuk tahun baru pula. Semoga kita mempunyai azam yang kuat untuk meneruskan kehidupan dimuka bumi Allah SWT ini. Segala cita-cita serta azam yang tidak kesampaian pada tahun berikutnya dijadikan penyambung kepada tahun yang baru menjelma ini.
Bersyukur la kita pada tahun baru ini kita hidup di negara yang aman dan damai, tiada persengketaan, peperangan, serta kekacauan berlaku seperti mana di Palestin. Marilah juga kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan bagi penduduk Palestin, semoga Allah SWT menurunkan bala ke atas orang-orang Israel yang menzalimi masyarakat Palestin.
Bergambar bersama Bienda, artis jemputan pada malam tersebut.Bersyukur la kita pada tahun baru ini kita hidup di negara yang aman dan damai, tiada persengketaan, peperangan, serta kekacauan berlaku seperti mana di Palestin. Marilah juga kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan bagi penduduk Palestin, semoga Allah SWT menurunkan bala ke atas orang-orang Israel yang menzalimi masyarakat Palestin.
Pada 31 Disember 2008 yang lalu, saya dan suami menghadiri jamuan 'Dinner' di Hotel De Palma, Ampang. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam. Memandangkan kebiasaanya jalan akan sesak, jadi kami merancang keluar dari rumah pada pukul 5.30 petang. Tetapi disebabkan perancangan yang terlajak dengan karenah Ahmadenijad, kami lambat pula bertolak dari rumah iaitu pada jam 6 petang baru la bertolak dari Bangi. Jalan seperti biasa jer, tapi bila dah sampai di kawasan Pandan Indah, jalan sudah sesak. Daripada kawasan tersebut sampai ke Ampang jer ambil masa dalam 45 minit. Sampai juga la di Hotel De Palma, Ampang pada jam hampir 8 malam. Saya dan suami pergi menunaikan solat maghrib dahulu di tingkat 3 hotel tersebut. Akhirnya sampai juga ke majlis makan malam...
Pada malam tersebut, artis jemputan yang dijemput untuk menyanyikan lagu ialah Bienda yang menyanyikan 4 buah lagu, antaranya ialah 'Penantian'.
Pada malam tersebut, artis jemputan yang dijemput untuk menyanyikan lagu ialah Bienda yang menyanyikan 4 buah lagu, antaranya ialah 'Penantian'.
Ahmadenijad pun sibuk nak makan, dia suka makan nasi kosong, so bagi sikit-sikit kat dia
Semasa tengah makan nie la Ahmadenijad mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Bienda. Terus dia memusingkan kepalanya ke arah pentas dan tak toleh-toleh lagi dah ke tempat lain hanya pada Bienda sahaja tumpuannya. Kelakar pulak tengok Ahmadenijad nie, suka dia dengan nyanyian Bienda.
Semasa tengah makan nie la Ahmadenijad mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Bienda. Terus dia memusingkan kepalanya ke arah pentas dan tak toleh-toleh lagi dah ke tempat lain hanya pada Bienda sahaja tumpuannya. Kelakar pulak tengok Ahmadenijad nie, suka dia dengan nyanyian Bienda.
Menu yang menjadi pilihan saya pada malam tersebut.
Disebabkan terlalu banyak menu makanan pada malam tersebut, saya hanya memilih menu yang seperti gambar di atas sahaja. Jaga badan tuuu....
Latar belakang tu adalah bunga yang ditaburkan di atas meja. Gambar kami sekeluarga.
Nasib menyebelahi saya pada malam tersebut kerana, saya mendapat cabutan bertuah. Hadiah yang diperolehi ialah 'hamper'. Besar juga hampar yang kami dapat pada malam tersebut. Tengoklah gambar di bawah, abah dan Ahmadenijad sibuk membuka hadiah, Ahmadenijad laaa lagi penyibuk, umur baru 5 bulan lebih tapi merangkak dah laju dan dah boleh berdiri dengan adanya sokongan.
No comments:
Post a Comment