IKLAN

Thursday, 15 January 2009

PeNgLaMaN iNdAh - KeLaHiRaN AhMaDeNiJaD

Pada malamnya bertarikh 09.07.08, memang dah sakit terutamanya selepas saya balik dari klinik. Saya pi klinik kerana ‘bleeding’, tapi ‘start bleeding’ tu pun dah seminggu dari hari khamis (03.07.08). Memandangkan tarikh dijangka bersalin pada 10.07.08, jadi doktor memberikan surat menyatakan keadaan saya untuk dibawa ke hospital dengan bukaan rahim 1-2cm. Balik dari klinik, singgah kerumah mak di Bangi Perdana sambil makan roti canai. Balik dari rumah mak dalam jam hampir10 malam, sesampai di rumah, sakit perutnya makin kuat. Jam 11 malam sakit makin kuat setiap 8 minit, sempat juga saya melihat jam tangan untuk memastikan berapa minit sakit perut tersebut berulang. Sah, setiap 8 minit, sakit akan datang. Lama-kelamaan sakit tersebut makin kerap setiap 5 minit, tapi masih lagi saya berbaring untuk tidur. Malangnya memang tidur tak nyenyak kerana bila saya terlelap, sakit akan datang lagi setiap 5 minit. Jam 12 lebih pagi, saya memberitahu suami yang ketika itu menonton TV untuk bersiap sedia segala keperluan barang-barang bayi dan barang-barang saya untuk bergerak ke hospital. Sesampai dihospital, keadaan saya masih ok lagi, tak la sakit sangat, cuma sakit setiap 5 minit tu masih ada lagi laaa…

Pada jam 2 pagi lebih gitu la, doktor memberitahu dia akan pecahkan air ketuban. Setelah dipecahkan air ketuban, keadaan saya memang sakit laaa…jam 4 pagi gitu dibawa kebilik bersalin, disini saya ditemani oleh suami saya. Ketika di sini, hanya Allah SWT yang tahu betapa sakitnya, sakitnya bukan berpanjangan, tetapi selang setiap 4 ke 5 minit sakit tu akan datang dan sakitnya makin sakit sangat2…

Jururawat menyatakan sekiranya saya rasa nak ‘teran’ sangat-sangat, tekan butang loceng disitu. Jururawat juga menasihati saya supaya jangan menekan loceng sekiranya tidak rasa nak meneran sangat, takut nanti kena marah pulak. Bila dah diberi amaran sebegitu, jadi seram la pulak takut kena marah sesuka hati menekan loceng. Memandangkan ini pengalaman pertama melahirkan anak, saya kurang memahami arahan jururawat tersebut. Ketika sakit datang setiap 5 minit, sememangnya saya meneran kerana rasa sakit, bukan dibuat-buat tetapi semulajadi terpaksa meneran. Saya memangil jururawat melalui loceng tersebut, saya bertanya “ kalau nak meneran macam mana, saya perlu teran sahaja ker or ada cara lain”. “sekiranya rasa nak meneran, mengiring ke kiri, tarik nafas dan sedut oksigen yang diberikan” kata jururawat.

Apa pun yang dikatakan oleh jururawat tadi memang tak berkesan rasanya saya memang dah sakit dan meneran setiap kali sakit. Akhirnya Doktor sampai dan melihat saya, “dah sampai masa nie jadi awak kena tarik nafas panjang dan meneran yer” kata doktor.

Bermulalah episod meneran, doktor menyatakan cara saya meneran tidak betul. Sekiranya hendak meneran jangan berbunyi suara, teran dengan sekuat hati dan nafas mestilah panjang. Banyak kali saya cuba meneran tapi tidak berjaya, cara pernafasan saya untuk meneran adalah pendek. Saya hampir berputus asa, sakit sangat dah meneran, tekak saya dahaga dan kering sangat.

“Doktor saya dahaga sangat, bibir saya kering, boleh minum?” kata saya pada doktor. “ Puan boleh minum selepas lahirkan baby nanti, sekarang kena meneran lagi kalau tak takut nanti bayi puan lemas kerana dah berapa kali teran, kepala baby dah keluar dan masuk semula nie” kata doktor.

Saya cuba meneran apabila sakit tersebut datang semula, saya perlu mengambil nafas panjang dan cuba meneran, sayangnya nafas saya sekerat jalan, dan doktor menyuruh saya memegang kepala bayi yang dah keluar sikit itu sebagai semangat la kononnya…Doktor memberi saya 10 minit sahaja untuk proses meneran sekiranya saya masih gagal juga, dia akan memanggil 2 orang lagi untuk membantu bagi proses “forceps”, or “cavuum”. Bila dengar doktor kata sedemikian, saya jadi takut dan tak berdaya kerana dah habis rasanya tenaga saya.



Ahmadenijad pada petang hari dilahirkan, belum sampai 24 jam lagi.Pagi dilahirkan, petang jam 6.30 dah balik ke rumah.


Akhirnya suami saya bagi semangat kepada saya, katanya “ok sayang, ini yang last yer, ok last cubaan”. Sememangnya percubaan yang akhir itu adalah yang terakhir bagi saya kerana baby berjaya dikeluarkan. Ahmadenijad dilahirkan di Selangor pada 10 Julai 2008 hari Khamis pada jam 5.13 pagi dengan berat 3.4 kg. Alhamdulillah selamat semuanya, doktor meletakan bayi di atas dada saya, perasaan terharu menghantui saya setelah melihat baby tersebut.

Setelah semuanya selesai, akhirnya saya diberi minuman, hilang rasa dahaga saya…


Berusia 9 hari...gambar selepas balik dari Pusat Rawatan Al-Zaharah, Bangi.

Semasa didalam pantang Ahmadenijad tidak diserang penyakit kuning…Alhamdulillah. Ketika umurnya 2 bulan lebih iaitu 5 hari lagi nak 3 bulan (5.10.09), tarikh yang sama ketika kami berpindah kerumah baru di Bangi, Ahmadenijad sudah pandai meniarap. Ketika usia 3 bulan sudah mahir la meniarap dan berguling-guling. Usia 4 bulan hampir ke 5 bulan, ketika di Sarawak, Ahmadenijad sudah pandai merangkak….dikala usia 5 bulan itu juga dia sudah pandai berdiri dengan adanya sokongan seperti meja, kerusi dan seumpamanya.



Ketika usia genap 6 bulan pada 10 Januari 2009


Ceria di usia 6 bulan...


Kini Ahmadenijad Al-Harits genap 6 bulan pada 10 Januari 2009. Diusia 6 bulan nie, Ahmadenijad suka berdiri dan melepaskan tangannya ketika berpaut pada sokongan menyebabkan jatuh dan ada la juga benjolnya. Ketika umur 5 bulan, Ahmadenijad kena suntik 2 kali, selang 2 minggu saja dari suntikan yang pertama. Suntikan yang kedua pada usia 5 bulan, Ahmadenijad tidak menangis pun (Ahmadenijad juga tidak menangis ketika disuntik pada usia 3 bulan). Tapi pada keesokkan harinya, paha yang dicucuk tersebut telah bengkak. Kesian Niejad, keadaannya kurang sihat, hidungnya berhingus sedikit. Semalam (14.01.2009), kami membawanya ke Klinik untuk pemeriksaan. Dr. menyatakan demamnya tak kuat sangat. Ahmadenijad diberi 3 jenis ubat iaitu ubat demam, selsema dan lender/kahak. Ahamdenijad akan dicucuk semula pada usianya setahun nanti.


Kini Ahmadenijad dah makan biskut, mulut tu comot makan biskut laaa. Kalau bagi makan bubur, akan disemburnya bubur tu. Ahmadenijad nie tak suka makan benda-benda lembut macam bubur dan yang seangkatan dengannya. Dia suka makan benda-benda yang boleh dikunyah, macam nasi dan biskut, memang dia suka sangat.

Lihat la aksinya tu....memanjat jer kerjanya.

10 comments:

farahdanial said...

salam perkenalan Miesha, comelnye Ahmadenijad.
re: Aliff tu umur dia dua thn lebih, akak babysit dia sbb mak ayah dia dua2 tgh study.

Mummy HS said...

salam miesha,
unik nama anak tu..
budak laki mmg lasak semulajadi kut..
duduk swak ke bangi ye?

shahrose76 said...

Miesha memang berasal dari Sarawak ke?

gee-mama imran said...

miesha gee dh baca pglmn miesha melahirkn ahmadenijad..biasa lah first baby..serba serbi xtau kan..insyallah masok anak ke2 nnt cpt n senang dr yg pertama..ke3 lagi lah..xsabor2 nak kuar..hehehe
comel sungguh ahmadenijad masa baby...:)

reen said...

pipi dia kan buat nk gigit,,....:)

ok tq yea sbb ajar...nnt bile reen ader masa lapang reen nk cuba buat k....(lgpun xder gmbr baru r)

mama kyra ~ yul ~ said...

comeinye bb.. geram nengok pipi dia tu.. geboOOoOOoO..

~SyaFini Rosli~ said...

Salam,

Dengar khabar dh dpt KPLI ye? Tahniah. Rezeki Nijad :)dpt mama dia jd cikgu.

cho zila said...

salam kenal.. niler ahmadenijad kat fotopages tangkap gambar depan istana negara.. yer tak? sebab namanya memang unik..

Cho Zila said...

salam.. thnks singgah blog kiter.. de masa singgah2ler lagi.. blog leh,fotopages pun leh.. lebih kurangjer cuma blog ni lebih banyakleh cite..

sofeaann said...

salam perkenalan miesha...thanx singgah blog ...
comeeeeiiiiiii nyer !!!!