Hari Rabu, pada malamnya saya call suami nak dengar suara Ahmadenijad. Memang saya mendengar suara Ahmadenijad cukup ceria, banyak jer cakapnyer tapi saya pun tak faham apa yang dibebelkan olehnya...
Tak sangka pulak rupanya pada masa tu, Ahmadenijad berada di pusat rawatan az-zahrah dan dah 1 malam bermalam di pusat rawatan tersebut.Bermaksud dia dah masuk ke Az-Zaharah pada selasa (24 Mac 2009). Saya sangat terkejut, kerana malam sebelumnya saya tak call coz saya ada beberapa assignment yang perlu disiapkan segera pada malam tersebut.
Saya terkejut sebab Ahmadenijad yang saya dengar suaranya ceria rupanya berada di pusat rawatan. Saya dimaklumkan oleh suami, Ahmadenijad pada siang selasa tersebut bermuka pucat dan kakak ipar terus bawa ke Az-Zahrah, tetapi disebabkan wad kanak-kanak telah penuh jadi terpaksa membawa anak saya ke Putrajaya. Di putrajaya, anak saya diberikan oksigen dan dibenarkan pulang. Tetapi keadaan Ahmadenijad masih seperti sebelumnya, seakan sukar bernafas kerana sebelum nie dia sering deman dan selsema. Jadi banyak lendir di hidung dan paru-paru yang menyukarkan pernafasannya.
Malam tersebut (Selasa), sekali lagi Ahmadenijad di bawa ke Az-Zaharah, dan dia dimasukkan ke wad. Untuk memudahkan Ahmadenijad bernafas, lendir terpaksa dibuang, jadi dimasukkan tiub di hidung dan mulut Ahmadenijad.
Semalam (Khamis - 26 Mac 2009), pada petangnya Ahmadenijad dibenarkan keluar dari pusat rawatan Az-Zaharah. Tetapi keadaan Ahmadenijad belum sihat lagi, selsema masih ada. Harapnya semoga Ahmadenijad sembuh sepenuhnya, tanpa ummi disisi Ahmadenijad.
2 comments:
salam, ejad da sihat cikit.... semlm ajik jumpe die... ejad melekat je ngan ajik... tata die kt umah mak tok, die geleng kepale x bg ajik blk... last2 bw blk umah... die tros x pandang mak... huhu
Kami doakan akan cepat kembali sembuh, amin.
Post a Comment