Sunday, 5 April 2009

Pendidikan Luar (Simulasi)

Pendidikan Luar (Simulasi) bagi pelajar Pendidikan Jasmani diadakan pada 1 April 2009 (Rabu) sehingga 3 April 2009 (Jumaat) bertempat di Kem Pueh, Lundu, Sarawak. Simulasi merujuk kepada latihan, ini bermakna, pendidikan luar ini adalah latihan kepada pendidikan luar yang sebenarnya pada bulan Mei akan datang.
Pagi rabu kami mula berkumpul pada jam 6.00 pagi di Dewan TAZA. Mengikut jadual, pada jam 6.30 kami mula bertolak dari TAZA ke Kem Pueh, tetapi disebabkan masalah teknikal yang dihadapi oleh pengangkutan, terpaksalah kami bertolak lewat sedikit iaitu 7.30 pagi.

Bergambar kenangan di Pekan Lundu, gambar di bawah, duduk ialah Mazlan, dari kanan yang berdiri ialah saya, Dolly, Jeana, Jerry, Hassanel dan Handrison. (Pembetulan untuk tarikh pada 1 April 2009 ialah hari Rabu bukan Isnin)

Kami sampai di Lundu pada jam 9 pagi dan bersarapan disana, jam 9.30 pagi kami bertolak semula untuk menuju ke Kem Pueh. Pada jam 10 pagi kami tiba di Kem Pueh, dan terus mengangkat barang-barang keperluan untuk kegunaan sepanjang perkhemahan kami. Selesai mengangkat dan menyusun barang-barang, acara perasmian pun bermula.

Gambar-gambar setibanya di Kem Pueh, Lundu dan gambar di dalam bas.

Memandangkan makanan kami belum siap lagi, maka jadual makan kami yang sepatutnya jam 12.30 tengah hari tertunda sehingga jam 1.30 petang. Kami diarahkan untuk membuat khemah kumpulan dan khemah pusat. Selesai membuat khemah kami pun menjamu selera di dewan.
Selesai makan, kami berehat sementara dan menunaikan solat. Acara seterusnya ialah pada jam 2.30 petang iaitu aktiviti ‘Team Building’. Acara ini memang cukup menarik dan mencabar serta memerlukan kerjasama berpasukan iaitu ‘spider web’ dan ‘butterfly crossing’.


Aktiviti selepas ‘Team Building’ ialah memasak untuk makan malam. Aktivit memasak nie memang best jugak, kami bekerjasama untuk memasak. Lelaki perempuan turun padang untuk saling bantu membantu. Selesai memasak, apa lagi makan laaa...


Malam ini kami ada aktiviti ‘ice breaking’, terdapat 2 kumpulan yang telah dibahagikan sebelum kami datang ke Kem Pueh iaitu Kumpulan Pelangi dan Kumpulan Mata. Tugasan yang diberikan ialah “Rasional setiap kumpulan memilih nama kumpulan, Motto, & Melukis Logo”. Selesai aktiviti kami pun apa lagi melelapkan mata laaa...ngantuk sangat, tapi jangan lupa bangun untuk sentri yer. Saya kena sentri pada jam 4.30 pagi sehingga 5.30 pagi, untuk malam esoknya kena sentri jam 12.30 sehingga 1.30 pagi.


Aktivit pada awal pagi hari Khamis (2 April 2009) ialah senaman pagi, kemudian sarapan. Selepas sarapan, kami pun berangkat la untuk aktiviti kayak pula. Kami berkayak di air laut yang masin, tapi memang menyeronokkan. Sebelum berkayak, kami disuruh berenang (guna jaket keselamatan) untuk ‘water confident’. Berenang-renang la kami di air laut dan memang seronok sangat. Setelah itu, kami disuruh pula melakukan aktiviti menyelamatkan kayak sekiranya kayak terbalik. Wah! Ini lagi mencabar... yang paling susah saya rasa ialah untuk naik ke atas kayak kita semula, sememangnya memerlukan kekuatan tangan dan lambungan badan agar dapat naik semula ke atas kayak. Selesai aktiviti kayak, hari pun hujan, sememangnya sebelum kami bertolak tadi keadaan cuaca macam nak hujan. Selamat tak hujan semasa berkayak kalau tak susah la...


'Abseiling' - masa nie, bila dah sampai di tengah-tengah kena sebut 'falling' dan kita akan tergantung-gantung macam nie la, siap disuruh nyanyi lagu lak tu... lagu nasyid lak, saya pun tak ingat lagu nasyid, saya nyanyi jer lagu 'maal hijrah'. Habis lupa lirik...


Petangnya ada aktiviti ‘abseiling’, aktiviti ni pun mencabar juga, siapa yang gayat tu memang kecut perut laaa.....


Sebelum memulakan acara ‘abseiling’ kami diuji dahulu dengan pelbagai soalan berkaitan abseiling termasuk alatan yang digunakan, kalau tak dapat jawab soalan tak boleh la lepas untuk melakukan aktiviti ini.
Malamnya ada aktviti refleksi sahaja, selesai refleksi saya perlu melaksanakan tugas saya untuk sentri pada jam12.30 hingga jam 1.30 pagi.


Keesokkannya adalah hari terakhir kami di Kem Pueh, Lundu. Seperti biasa, aktiviti senaman pagi dan diikuti oleh aktivit permainan memijak belon yang berada di kaki pihak lawan. Belon tersebut diikat pada pergelangan kaki dan pihak lawan perlu memijak belon tersebut sehingga pecah. Selesai sahaja aktiviti tersebut, kami melakukan pula aktiviti ‘orienteering’.


Sebelum pulang, kami mengemas barang-barang keperluan dapur, khemah induk dan khemah kumpulan. Kami berkumpul dan menyanyikan lagu ‘Sayonara’, kemudian kami disuruh membuat bulatan dan ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bulatan yang kecil sahaja dan kami disuruh meniup wisel sekuat hati... sakitnya! Sakitnya telinga saya dengar bunyi wisel tu... tetapi seronok dapat tiup wisel tu sepuas hati kami.


Tibalah waktu berangkat pulang, kami menaiki bas dan bas pun bertolak laaa.............


Kesiannyer, rupa-rupanya kami tertinggal seorang rakan kami iaitu Jusine, kesian dia memangil-mangil bas...
Bas pun mengundur dan Jusine berjaya jua akhirnya menaiki bas bersama kami. Tamat lah sudah cerita di Kem Pueh, Lundu. Kita tunggu cerita untuk Pendidikan Luar yang sebenarnya pada bulan Mei akan datang....Tungguuuu.....

*Lebih banyak gambar yang menarik semasa Pendidikan Luar (Simulasi) sila lihat di fotopages saya http://missmisya.fotopages.com/


No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...