Sunday, 19 April 2009

BiNa InSaN GuRu (BIG), KeM ALApOnG, 2009

Bina Insan Guru (BIG) bagi guru pelatih sesi ke II diadakan pada 15 April sehingga 18 April 2009 di Kem Alapong, Lundu, Sarawak. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan, saya berada di kumpulan satu dan nama kumpulan kami ialah 'peweeitt'. Pagi Rabu (15 April 2009), kami berkumpul di TAZA pada jam 6.45 pagi. Kami bertolak pada jam 7.30 pagi dan berhenti di Lundu untuk sarapan pada jam 9.30 pagi.


Bergambar di hadapan Dewan TAZA, sebelum bertolak ke Kem Alapong, Lundu.

Sesampai di Lundu pada jam hampir 10 pagi dan kami menuju ke tapak perkhemahan. Selepas itu, kami diberi taklimat berkenaan dengan peraturan-peraturan yang harus kami patuhi sepanjang kami mengikuti BIG di Kem Alapong, Lundu.Selesai taklimat, kami ke tapak perkhemahan semula dan memulakan aktiviti memasang khemah dan membuat gajet. Pada jam 1.30 petang, kami 'merarau' (makan) la yer. Seronoknyer memasang khemah untuk kegunaan dibahagian dapur, kami buat macam untuk majlis kenduri kahwin tuu... besar betul khemah nyer...

Ahli kumpulan saya tengah menyiapkan gajet dan khemah.

Petang, kami membuat rakit daripada batang paip PVC, canggih la kan sekarang nie dan juga menjaga alam sekitar la kerana tidak menggunakan buluh, so selamat la pokok buluh daripada di tebang. Pengalaman yang menarik sekali, kerana inilah kali pertama saya membuat rakit daripada batang paip PVC. Wah! rasa tak sabar jer nak berakit nanti...


Inilah batang paip PVC yang digunakan untuk membuat rakit, ikatan untuk membuat rakit ini perlulah kukuh dan ada beberapa jenis ikatan yang digunakan yer bukan sebarang ikat jer...


Selesai sahaja kami membuat rakit, aktiviti seterusnya ialah 'water confident'. Acara ini memang saya tunggu-tunggu sangat, kerana saya nak mandi air laut dengan menggunakan 'life jacket'. Memang seronok sangat bila dapat mandi air laut nie, kerana air lautnya sangat cantik, tetapi sayangnya la kenapa la saya tak ambil gambar pemandangan kawasan pantai dan air laut yang cantik tuuu...

Selesai aktiviti mandi-mandi, kami ada satu lagi aktiviti yang cukup menarik di kawasan pantai di Kem Alapong. Aktiviti berkawat dalam keadaan baring dan aktiviti permainan lipan.

Pada petangnya, kami kena menyediakan makan malam sendiri. Malam ini (15 April 2009 - Rabu), kami di beri tajuk 'Ciri-ciri guru yang disukai dan yang tidak disukai'. Selesai pembentangan kami ada permainan iaitu mengenali rakan melalui foto yang diberikan oleh Cikgu Azhar. Setiap individu akan mendapat foto guru pelatih yang lain dan setiap individu tersebut perlu mengetahui 3 perkara mengenai peribadi guru pelatih tersebut. Aktiviti yang menyeronokkan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kami untuk mengenali rakan-rakan yang mengikuti BIG. Setelah itu, kami belajar menyanyi sebuah lagu yang cukup menarik, kemudian kami dibacakan cerita mengenai seorang pelajar bernama Sunan bersama dengan beruknya dan seorang guru yang bernama Cikgu Ilias. Cerita yang menyentuh perasaan, dan kami diberi tugasan untuk mencari siapa guru diantara ketiga-tiga watak tersebut.


Selesai penceritaan tersebut kami diberi lagi tugasan iaitu mereka cipta logo dan melukiskan serta mewarnakan bendera pada kain putih dan melekatkan gambar setiap ahli kumpulan di dalam sehelai kad manila. Kami selesai mewarnakan bendera pada jam 2 pagi, suatu aktiviti yang cukup menguji ketahanan mental dan fizikal serta kekreatifan di dalam mencipta bendera...


Antara ahli kumpulan 'Peweeit' bersama bendera yang kami lukis dan warnakan. Dibelakang kami yang terdapat kad manila yang ditampal dengan gambar setiap ahli mengikut kumpulan.


16 April 2009 (Khamis)
Pagi ini, ada taklimat dan sambungan kepada penceritaan cerita Sunan dan beruknya. Kemudian kami memulakan ekspedisi berakit pada jam 9.30 pagi. Kami mengayuh rakit ke laut dan kemudian melakukan aksi jatuh ke laut dan perlu menaiki semula rakit dengan teknik yang betul. Kemudian kami berakit sehingga ke pantai dan memulakan aktiviti memasak untuk makan tengah harinya. Pembahagian tugas dilakukan dengan saksama, ada yang memasak dan ada yang melakukan abseiling. Abseiling yang mencabar kerana kami terpaksa menuruni cerun semulajadi yang berbatu-batu dan curam. Selesai aktiviti abseiling dan ‘merarau’, kami pun berangkat pulang ke Kem Alapong.

Petang ini, kami melakukan aktiviti yang mencabar iaitu aktiviti ‘Tongkat Sakti’. Setiap kumpulan diberikan kayu yang panjang dan kayu tersebut perlu dipegang oleh setiap ahli dan melalui pelbagai halangan untuk sampai ke garisan penamat.
Malamnya, kami ada aktiviti berkumpulan dan hasil perbincangan dibentangkan.

17 April 2009 (Jumaat)
Pagi ini, kumpulan kami melakukan aktiviti merentas rimba. Aktiviti ini sememangnya mencabar, kerana laluan kami lalui itu licin dan bercerun.


Aktiviti memasak juga menyeronokkan kerana, setiap kumpulan yang melakukan aktiviti merentas rimba hanya dibenarkan membawa periuk sahaja untuk memasak.


Aktiviti memasak di dalam hutan, kami menggunakan aluminium foil untuk memasak ikan, hanya bungkus dan bakar jer

Pemandangan air sungai yang menyejukkan mata memandang...air disinilah kami gunakan untuk memasak.

Selesai memasak, kami ada aktiviti berkumpulan dan selesai aktiviti tersebut tibalah masa untuk makan... Balik dari aktiviti kembara, kami perlu pula membuat persiapan untuk pertandingan memasak pada petangnya. Bahan-bahan kering dan basah diberikan oleh pihak pengurusan Kem Alapong, dan kami bebas memasak apa jua menu untuk malamnya. Para juri mengadili makanan pada jam 8.15 petang dan disusuli oleh acara makan malam la...


Acara seterusnya ialah "MALAM PERDANA BIG, 2009" yang bermula pada jam hampir 9.30 malam. Pada malam ini, persembahan yang kami buat ialah menyanyikan sebuah lagu yang digubah dari lagu "MALAM" menjadi lagu 'BIG'. Selesai acara malam perdana, kami dikehendaki membuka semua gadjet yang telah dibuat, serta mengemas segala peralatan dapur yang telah dipinjamkan. Lewat juga la saya tidur malam tersebut, lebih kurang jam 4 pagi baru tidur sebab borak-borak la pulak, tu yang tidur lambat.

Antara menu kumpulan 'Peweeit' pada malam pertandingan memasak.


MALAM PERDANA BIG 2009

Pada 18 April 2009, acara penghujungnya ialah Majlis Penutupan BIG, Siri II, 2009. Majlis penyampaian hadiah juga diadakan pada majlis tersebut, dan kami memenangi tempat pertama untuk khemah dan gadjet, manakala kami juga memenangi tempat kedua untuk acara persembahan pada Malam Perdana BIG.

2 comments:

~SyaFini Rosli~ said...

Salam,

Cakap pasal mlm persembahan BIG, kumpulan Fini paling kelakar. Pensyarah siap ckp, tak kan boleh lupakan pasukan tarian yang paling kelakar abad ini. Malu pula bila ingat semula. :) Punya la nak menepati tema Kebudayaan, ada 3 tarian tp kelakar la. Org yg x pernah menari, disuruh menari.

sha said...

Bestnyer imie... rasa cam nak join sama... hehehe

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...