Saturday, 19 September 2009

Berhari Raya Aidilfitri di Kampung Halaman, Sarawak

Tahun ini (2009), kami sekeluarga beraya di kampung di Sarawak. Suami dan anak saya (Ahmadenijad) tiba di aiport Kuching pada hari Jumaat (18 Sept 2009) jam 10 pagi. Saya dan adik saya (NOr) telah menunggu di airport menanti ketibaan suami dan anak saya. Hari Jumaat (18 Sept 09) telah bermula untuk cuti hari raya Aidilfitri dan hari ini tidak perlu ke sekolah....horeyyy dan saya juga telah tamat untuk tempoh praktikum di SKMJDI.


Kenangan bersama pelajar-pelajar tahun lima (bukan kelas saya mengajar), di SKMJDI.


Bersama pelajar 3 Bestari, SKMJDI Kuching. Kelas dihiasi dengan bendera sempena 'Pertandingan Kelas Paling Patriotik'.

Selepas ambil suami dan anak di airport, kami terus meneruskan perjalanan ke kampung dengan menaiki kereta adik saya. Seronoknyer nak balik beraya tahun nie sebab tahun lepas beraya di Bangi. Dalam perjalanan memang banyak juga kenderaan, seperti biasa ada laa sebuah kereta putih niee yang jenis tak sabar-sabar asyik-asyik nak memotong kenderaan dihadapannyer ajer. Ditempat yang tidak sepatutnyer memotong pun nak potong jugak. Sehingga laaa bayang kereta putih tersebut hilang dari pandangan kereta kami. Jauh juga perjalanan akhirnya kami menemui semula kereta putih tersebut tetapi dalam keadaan berbeza...
Saya masih ingat rupa kenderaan putih tersebut kerana ada bendera dihadapan keretanya...

apa yang berlaku pada kereta tersebut


..akhirnya terbabas masuk longkang besar... tuuu laa bawak kereta laju sangat dan tak berhati-hati dan tidak bertimbang-rasa pada pemandu lain.

Alhamdulillah, kami selamat tiba kedestinasi kami kampung..

Pemandangan air sungai sedang pasang begitu menarik perhatian Ahmadenijad Al-Harits...


Hari Sabtu merupakan hari melihat anak bulan...dan malamnya diumumkan bahawa Raya Aidilfitri jatuh pada esok hari bersamaan dengan 20 September 09. Seronoknyer...esok raya yea..yeaa...esok raya....


Seronoknyer zaman kanak-kanak...bila dapat tau esoknyer raya...memang happy sangat-sangat.

Seronoknyer Ahmadenijad nie... tersenyum riang jer...

Tahun 2009 kami sekeluarga bertemakan baju berwarna unggu...

Tibanya Raya Aidilfitri...pagi ini kami membuat persiapan untuk 'menjamu' tetamu dengan pelbagai hidangan. Pagi semalam sebelum raya ayah ngan mak dan nor ke pasar membeli barang-barang untuk jamuan pada 20 Sept 09. Kesiannyer ayam dah kehabisan dan nak buat rendang untuk raya tak ader. Tapi jangan risau...sempat pesan kat penjual ayam dibekalkan untuk pagi raya. Kesibukan pagi raya dengan membuat juadah sememangnya memenatkan. Raya pertama di Sarawak, kebiasaannya penduduk kampung disini membuat jamuan makan-makan dan menjemput jiran-jiran untuk datang bertandang menjamu selera dirumah. Majlis kami pada pukul 3 petang, sebelum tuu..suami, ayah dan kim mie memang dah kekenyangan makan kat rumah jiran-jiran yang membuat majlis doa selamat dan menu utama sememangnya nasi dengan pelbagai lauk-pauk. Sampai suami kata " kenyangnyer dah tak larat nak gi umah yang lain", itu baru 3 buah rumah dan ada lagi yang sedang menunggu...


Kelupis...diperbuat daripada beras pulut dan dibungkus dengan daun palas dalam keadaan memanjang.

Antara beberapa menu untuk hidangan para tetamu...pada hari raya kedua jam 3 petang.

Gelagat Ahmadenijad bila disuruh bergambar...dia pasti akan telengkan kepala atau senggetkan kepalanya sama ada disebelah kiri atau kanan.



Inilah 2 orang adik perempuan saya...

No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...