Tuesday 1 September 2009

CuTi SeKoLaH BuLaN Ogos & BuLaN RaMaDhAn

Tibanya musim cuti sekolah memang menyeronokkan bagi pelajar dan juga guru-gurunya...heheee. Cuti sekolah pertengahan semester II bermula pada 22 Ogos 09 (Sabtu) sehingga 31 Ogos 09 (Isnin). Dikesempatan itu, saya balik bercuti di Bangi pada 21 Ogos 09 (Jumaat) dan berjumpa dengan Ahmadenijad Al-Harits...anak kesayanganku yang ditinggalkan bersama abahnya kerana ummi belajaq lagiii...


Ahmadenijad dah ada 5 batang gigi di usia 13 Bulan 18 hari (1 tahun 1 bulan 18 hari)...sikitnyer gigi dia...heheee


Aksi-aksi Ahmadenijad AL-Harits

Paling menyeronokkan ialah pada 22 Ogos 09 (Sabtu) merupakan hari yang paling membawa erti kepada seluruh umat Islam di dunia kerana ketibaan bulan Ramadhan yang mulia. Hari ini saya rasa bersyukur kerana dapat sama-sama berpuasa dengan keluarga. Pada 25 Ogos 09, puasa yang keempat, kami sekeluarga pergi ke undangan rakan untuk berbuka puasa dirumahnya di Putrajaya, Presint 11. Pelbagai menu dihidangkan dengan pelbagai hidangan kuih dan buah-buahan. Ahmadenijad pula seronok dapat bermain dengan ramai kawan-kawan.


Ahmadenijad bersama teman barunya...

Balik dari jamuan berbuka, berhenti seketika untuk bergambar disekitar kawasan Putrajaya iaitu berhampiran dengan Masjid Putrajaya.


Ahmadenijad suka sangat menari apabila mendengar muzik...tengah leka dia menari, ummi pun ambil laaa gambar Ahmadenijad niee...kelakarnyer tarian apa pulak nie..heheee

Joget...ewaaa..ewaa..

Ahmadenijad dapat basikal baru...

"Lubang hidung mu tetap menjadi pujaan hatiku" antara ayat yang dituturkan dalam filem P.Ramlee...yang sentiasa menjadi pujaan ramai.

Ini pertama kali Ahmadenijad dibelikan buku lukisan dan warna untuk dia conteng-menconteng...suka sangat dia dapat menulis. Sebelum nie pun ummi ada belikan pelbagai buku untuk Ahmadenijad, memang suka juga dia tengok gambar-gambar kat dalam buku tuu. Sebuah buku yang saya belikan tuu mempunyai gambar anggota badan manusia, yang paling Ahmadenijad nie suka ialah bahagian lidah...dia akan jelirkan lidah dia macam kat dalam buku tuu.. setiap kali membuka buku dan melihat bahagian lidah...secara spontan dia akan jelirkan lidah...heehee...


Pada 31 Ogos 09 balik semula ke Kuching, cepatnya masa berlalu...

No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...