Tuesday, 31 August 2010

KeMeRDeKaaN YaNg Ke-53

Bergambar bersama pemimpin-pemimpin negara yang banyak berjasa kepada negara : )
Gambar diambil di PWTC pada tahun September 2007.

Pemimpin kesayanganku...

Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana negara kita 'MALAYSIA' menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. Pejam celik dah 53 tahun negara kita merdeka... dan ia bukanlah merupakan angka yang sudah terlalu tua...hehee..masih baru lagi...masih ada yang pernah hidup di zaman kesusahan iaitu sebelum kemerdekaan. Tapi kita generasi baru cepat lupa apa erti kemerdekaan, malah mungkin tidak merasai dan menjiwai apa itu kemerdekaan.

Gambar 'Bapa Kemerdekaan'

Walaupun kita telah merdeka selama 53 tahun, tapi pemikiran kita kini masih lagi dijajah. Kita sentiasa memikirkan apa yang datang dari Barat itu baik dan apa yang kita ada mundur. Adab sopan kita dikatakan mundur oleh anak muda dan bersosial itu merupakan kemodenan yang menjadi ukuran...merdeka kah pemikiran kita ini. Bukan saja anak muda...orang-orang tua pun sama jer macam anak muda jugak kalau terpesong akidahnya.

Kehidupan yang terlalu sosial atau moden seperti yang diuar-uarkan kini menjadi racun pada anak muda dengan pelbagai kes pembuangan bayi, khalwat, bersekedudukan, makan pelbagai jenis pil yang mengkhayalkan dan pelbagai lagi masalah sosial.

Nampaknya pemikiran kita kini dijajah oleh Barat untuk melupakan agama dan bangsa kita. Semasa pemerintahan mereka dulu pun mereka cuba untuk melenyapkan agama dan bangsa kita, serta hasil bumi kita diambil tapi kini penjajahan mereka berbeza.

Gambar kenangan semasa Hari Kemerdekaan yang ke 50 (Tahun 2007), gambar diambil ketika sesi raptai dijalankan. Seronok dapat melihat raptai nie kerana berkesempatan juga untuk melihat walaupun bukan pada hari sebenar. Ini merupakan raptai yang sebenar sebelum keesokkan harinya adalah hari kemuncak untuk sambutan tersebut.

Kini, sudah 53 tahun kita merdeka...
Kita maju dengan pelbagai pembangunan serta teknologi yang kian pesat membangun dan menjadi kebanggaan setiap rakyat. Saya juga bangga dengan pembangunan yang pesat dan berterima kasih kepada pemimpin kita yang berjaya membawa kemajuan ini. Oleh itu, sama-samalah kita hayati erti kemerdekaan ini dan merdekalah juga pemikiran serta tingkah laku kita dari dijajah oleh apa-apa bangsa lain di dunia ini.

Gambar kenangan semasa Hari Kemerdekaan yang ke 50 (Tahun 2007), gambar diambil ketika sesi raptai dijalankan. Semasa nie sempat laaa juga saya melihat acara yang gilang-gemilang untuk 50 tahun merdeka yang dihadiri oleh PM kita masa tu iaitu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan menteri-menteri yang lain.




Di sekolah juga diadakan pelbagai aktiviti sempena Hari Kemerdekaan, agar generasi muda mengerti dan mengingati Hari Kemerdekaan yang sebenar.



No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...