Sunday, 31 October 2010

PuSaT SaiNs NeGaRa

Ahmadenijad bersama burung kakak tua di Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Perjalanan pada pagi ini (30 Oktober 2010 - Sabtu) lancar dengan keadaan cuaca yang baik. Kenderaan di sekitar perjalanan menuju ke Stadium Bukit Jalil agak sesak tetapi perjalanan masih lagi lancar. Kebanyakkan kenderaan ini, menuju ke Stadium kerana pada malam ini merupakan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia diantara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan.

Kami pakirkan kereta di belakang bangunan KWSP untuk ke Jalan TAR. Tujuan ke sini nak membeli manik-manik untuk menjahit baju tempahan daripada adik rakan saya. Sebelum membeli-belah..heheehee...kami sarapan dulu di kedai ' Ibrahimsha Nasi Kandar'.


Ahmadenijad bersama sepupu Abg Ajim bergambar bersama burung kakak tua. Jelas kelihatan di air muka Ahmadenijad yang ketakutan..hahaahaa... Sekali bergambar dikenakan bayaran RM10 dan diberikan sekeping gambar ini.

Selesai menjamu selera kami pun menuju ke kedai manik ' Klim Craft' yang berhampiran dengan kedai kain JAKEL. Selesai memilih manik, saya pun menemani Ahmadenijad dan Ajim ke khemah yang menempatkan pelbagai spesis burung kakak tua, iguana dan ular sawa. Khemah jualan ini terletak berhadapan dengan Bank MAYBANK. Sesiapa yang nak bergambar di sini dikenakan bayaran sebanyak RM10 sahaja dan akan bergambar dengan haiwan tersebut. Ahmadenijad dan Ajim bergambar dengan burung kakak tua sahaja.

Selesai membeli-belah di Jalan TAR, Kl , kami sekeluarga menuju pula ke Pusat Sains Negara (PSN) yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.PSN terletak di kaki bukit Bukit Damansara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti. Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 29hb November 1996.

PSN merupakan mercu tanda kebangsaan yang mempunyai rekabentuk bangunan yang unik iaitu menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Sebagai sebuah institusi pembelajaran tidak formal, pusat ini berharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman orang ramai terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah rakyat Malaysia.

Ikan kat sini boleh di sentuh...

Terowong akuarium yang begitu menarik dengan pelbagai spesis ikan dari yang kecil sehingga yang besar. Terdapat juga satu sudut sebelum pintu masuk ke PSN ini yang disediakan tempat untuk pengunjung menyentuh sendiri ikan-ikan yang berenang.


Terokai dan fahami prinsip-prinsip asas sains dan mengembara merentasi dunia makro dan mikro dalam bidang biologi, fizik, kimia dan astronomi.

Di ruang bilik 'Cahaya dan Muzik', memang menarik sekali. Masuk ke bilik ini memang seronok sebab setiap langkah kita akan menghasilkan irama muzik.


Kesian Ahmadenijad...tak cukup tinggi untuk meletakkan kepalanya di baju angkasawan...hahaahaha


' Kids Discovery Place ' merupakan satu ruangan untuk kanak-kanak bermain sambil belajar.

Hasil lukisan yang cukup menarik seolah-olah di kelilingi oleh ikan yang berenang-renang.


"Comeiii laa ummi... " kata Ahmadenijad bila melihat gambar nie... perasan lebih lak Ahmadenijad nie.


Ahmadenijad suka sangat tengok 2 ekor dinosaur nie. Siap nak naik atas badan dinosaur lak..hehee

Pusat ini menyediakan berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi. Bahan pameran ini ditempatkan di galeri yang berbagai tema di mana galeri-galeri tersebut dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu Sains Asas dan Teknologi. Konsep keseluruhan Pusat ini adalah untuk menghubungkan sains dengan nilai-nilai agama dan alam sekitar, seterusnya mengaitkan sains dengan semua aspek kehidupan, pengetahuan dan penggunaannya di dalam kehidupan seharian.

Ahmadenijad suka sangat bermain di sini, di tempat permainan untuk kanak-kanak.

Oleh itu, datang laa beramai-ramai ke PSN untuk mengalami sendiri dunia sains dan teknologi. Bayaran tiket hanya RM6 ( 13 tahun ke atas ) dan RM 3 untuk kanak-kanak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun serta untuk warga tua ( 55 tahun ke atas ).


1 comment:

Maz Omar The Amateur Writer said...

kemain nama -Ahmadinejad...
Sempena nama Presiden Iran ke? Saya pun suka gak dgn nama tu. Well, nama tu sesuai dgn bdk comel tu...

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...