Monday, 20 December 2010

Dinosaur 2010

Dinosaur spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rex dan Apatosaurus yang akan dilihat oleh pengunjung setibanya di pintu masuk pameran.

Dinosaur dalam bahasa Greek bermaksud 'cicak yang dahsyat'. Haiwan ini termasuk dalam kategori reptilia dan mempunyai ketinggian melebihi 20 meter. Haiwan ini mengalami kepupusan secara perlahan-lahan disebabkan oleh perubahan cuaca global dan juga graviti bumi. Menurut penyelidik sainstis, mereka mendapati penyumbang utama kepada evolusi kepupusan dinosaur ialah perubahan biologi alam sekitar. Ia dibuktikan menerusi penemuan fosil-fosil pelbagai spesies dinosaur di banyak benua di seluruh dunia. Disebabkan itu, generasi hari ini hanya dapat mengenali haiwan tersebut menerusi bahan-bahan bacaan dan paparan video serta filem, maka Pusat Sains Negara (PSN) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengambil inisiatif menganjurkan pameran Dinos Alive.

Perasmian pembinaan Pusat Sains Negara yang dirasmikan oleh YAB Encik Abdul Ghafar Bin Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 27 Februari 1992).

Pameran ini untuk membawa masyarakat terutamanya golongan muda mendekati dan meneroka dunia kehidupan dinosaur. Pameran berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini merupakan usahasama antara PSN dengan syarikat Total Sports Sdn. Bhd. serta mendapat sokongan daripada MOSTI.

Ahmadenijad berpeluk dan berdukung dengan abah sebab takut melihat dinosaur yang besar...

Sememangnya pameran ini begitu menarik sekali dengan bilangan dinasour sejumlah 32 ekor yang seolah-olah 'hidup' kerana digerak menggunakan kaedah robotik. Ngauman ngeri spesis Tyrannosaurus Rex atau T-Rex misalnya boleh didengar hingga ke luar pusat pameran.

Kesemua dinosaur ini dibina berdasarkan saiz dan struktur badan yang menyerupai haiwan itu yang sebenar. Malahan, kami juga teruja dengan eleman nilai tambah yang dilengkapkan pada setiap dinosaur seperti pergerakan mekatronik dan kesan suara serta semburan asap. Justeru itu, kesemua dinosaur yang dipamerkan kelihatan seolah-olah hidup dan bernyawa.

Ahmadenijad bermain dan memegang ikan yang dipamerkan di hadapan pintu masuk berdekatan dengan kaunter pembayaran masuk ke PSN inie.

Ketika kami tiba di pintu masuk pameran dinosaur tersebut, Ahmadenijad menerpa berlari ke arah ruang pameran, namun berpatah balik semula ke arah pintu masuk dan menyatakan ketakukannya. Ummi dan Abah Ahmadenijad tersenyum melihat gelagat Ahmadenijad yang terkejut melihat dinasour T-Rex dan Apatosaurus. T-Rex tersebut mempunyai ketinggian lima meter iaitu menyamai ketinggian dua ekor gajah Sumatera yang disusun secara bertingkat. Sementara saiz Apatosaurus pula sepanjag 21 meter menyamai saiz mamalia terbesar dunia iaitu paus biru.

Antara spesis dinosaur yang dipamerkan di pameran ini.

Setelah melihat 2 ekor dinosaur tersebut, kami pun meneruskan perjalanan ke tingkat satu PSN iaitu terletaknya galeri pameran sebenar. Terdapat dua galeri yang disediakan iaitu galeri spesies dinosaur pemakan daging atau karnivor dan spesies yang memakan tumbuh-tumbuhan (herbivor).

Spesis dinosaur pemakan daging atau karnivor.

Lebih mengujakan, pameran ini juga turut menyediakan lima biji telur dinosaur spesies Triceratops dan fosil sebenar spesies T-Rex serta Chasmosaurus.


Setiap spesies dinosaur yang dipamerkan turut disertakan dengan penerangan ringkas tentang habitat, tabiat kehidupan dan pemakanannya.


Bagi menambahkan keseronokan dan keunikan pameran Dinos Alive, Pusat Sains Negara (PSN) juga menyediakan aktiviti-aktiviti sampingan. Antaranya ialah Keretapi Dino, Mengorek Fosil, Simulator Penerokaan Dino dan Haiwan Robotik. Keretapi Dino merupakan keretapi mini berkepala dinosaur yang mengelilingi kawasan pameran. Oleh itu, pengunjung terutamnaya kanak-kanak bolehlah menaiki keretapi tersebut.

Ahmadenijad dan pengunjung lain begitu asyik menonton televisyen berkaitan dengan dinosaur.

Manakala mengorek fosil pula pula membenarkan pengunjung mencuba sendiri mencari fosil-fosil dinosaur yang tertanam di kawasan berpasir. Ahmadenijad dan kanak-kanak yang lain memang seronok sangat mengorek fosil nie, bukan mengorek fosil pun tetapi lebih seronok bermain pasir seolah-olah di tepi pantai. Kanak-kanak juga disediakan kasut but untuk digunakan di tapak mengorek fosil ini.

Ahmadenijad bersama kanak-kanak lain yang bermain di kawasan 'mengorek fosil'.

Bagi penerokaan Dino, pengunjung akan ditempatkan di dalam ruang simulator seolah-olah kenderaan yang akan membawa mereka meneroka dunia kehidupan dinosaur. Mereka boleh mengawal kenderaan tersebut menggunakan kayu ria dan menonton paparan menerusi monitor televisyen. Melaluinya, kita selaku pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berhadapan dengan dinosaur dan dikejar oleh dinosaur.

Di belakang, kelihatan beberapa haiwan robotik yang boleh menari, Ahmadenijad pun takut melihat haiwan yang boleh menari nie...heheee

Di samping itu, ruang jualan disediakan untuk menjual cenderahati berkonsepkan dinosaur sebagai produk kenang-kenangan bagi pengunjung yang hadir.

Pameran yang mengetengahkan teknologi yang dibawa dari Eropah dan Jepun boleh dilawati dari jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) bermula dari 1 Disember 2010 sehingga 31 Mei 2011. Harga tiket juga adalah berpatutan iaitu kanak-kanak (4-17 tahun) dan pelajar (dengan kad pelajar) hanya RM 5. Bagi golongan dewasa (18 tahun ke atas) RM 10, pakej keluarga pula ( dua dewasa dan dua kanak-kanak ) berharga RM 25 dan kanak-kanak di bawah umur empat tahun adalah percuma.

Manakala setiap pemegang akaun Junior Saver CIMB akan mendapat tiket masuk Dinos Alive secara percuma dan bagi pemegang kad Enrich MAS pula, mereka akan mendapat satu tiket percuma untuk setiap pembelian tiket masuk.

Ahmadenijad berhampiran dengan pintu masuk ke pameran dinosaur. Di sini terdapat aquarium yang besar seperti pintu gerbang. Begitu menarik sekali kerana terdapat pelbagai spesis ikan yang bersaiz kecil dan besar.

Dinosaur kat Pusat Sains Negara memang menarik dan bersaiz sebenar. Pada 18 Disember 2010 (sabtu), kami ke sana untuk melihat pameran dinasour tersebut. Ahmadenijad sangat teruja dan sentiasa bercerita mengenai dinosaur selepas berkunjung ke Pusat Sains Negara ini, walaupun Ahmadenijad menangis-nangis ketika melihat dinosaur yang bersaiz besar serta suara ngauman yang menakutkan...

Kanak-kanak dan pengunjung dewasa begitu teruja apabila melihat seorang penyelam yang menyelam di dasar aquarium tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia, (Isnin) 13 Disember 2010.


No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...