IKLAN

Tuesday, 22 March 2011

Ahmadenijad semakin membesar

Glitter Text @ Glitterfy.com

Ahmadenijad semakin membesar dan kini telah banyak perkara yang diketahuinya. Diusianya 2 tahun 9 bulan, Ahmadenijad sudah pandai membaca doa makan dengan lancar dan fasih sekali.

Diusia 2 tahun 8 bulan...

Ahmadenijad juga sudah pandai menyanyikan beberapa buah lagu. Antara lagu yang menjadi kegemarannya ialah lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz.
" Tuhan tolong nyatakan la,
padanya tentang cinta,
adakah masih diri ku diperlukan,
dirinya."
Lirik di atas laa yang sering dinyanyikan oleh Ahmadenijad, ummi tak ajar pun. Ahmadenijad dengar di radio ketika di dalam kereta jer.

Ahmadenijad memang peminat setia Hafiz. Disebabkan masa kecil rambut Ahmadenijad kerinting macam rambut Hafiz, sampai kini Ahmadenijad menyatakan rambutnya serupa dengan rambut Hafiz. Walaupun kini rambut Ahmadenijad tak laa sekerinting seperti masa dia kecil.

Sekiranya Ahmadenijad melihat televisyen juga dia akan mengenali Hafiz, walaupun disebalik ramai artis yang lain. Kalau ada lagu Hafiz kat TV tuu, jangan harap laa nak tukar siaran lain..heheee

Ramai orang menyangka Ahmadenijad nie perempuan, walaupun adakalanya dia memakai baju lelaki.

Ahmadenijad juga dah mengerti yang dia akan mendapat adik. Apabila ditanya, Ahmadenijad akan menyatakan adik akan keluar bila telur dah pecah. Ini pengaruh cerita kartun laa yang menunjukkan beberapa biji telur telah pecah dan keluar laa anak ayam. Jadi, pemikiran Ahmadenijad juga memikirkan adiknya akan sebegitu juga nanti heheee....

Suka sangat berposing pelik-pelik.

Dah semakin membesar anak ummi nie, dengan pelbagai keletahnya yang mencuit hati. Disebabkan Ahmadenijad dah boleh bertutur tanpa pelat menyebabkan ummi merasakan anak ummi nie dah besar sedangkan baru berusia 2 tahun 8 bulan jer.

No comments: