Monday 19 September 2011

RaHmAT MaRiTiMe MuSeUm, LuMuT 2011

Swiss-Court Holiday Apartment Damai Laut, Perak

Perjalanan kami ke Lumut, Perak melalui laluan di Kuala Selangor. Seronok ikut jalan di kawasan sini berbanding highway Utara-Selatan.Kesesakkan jalan raya juga tidak laaa teruk dan perjalanan lancar jer. Seronoknya sebab sepanjang laluan tersebut kita dapat melihat banyak perkampungan. Malahan, terdapat banyak gerai-gerai yang menjual buah-buahan, kuih, jagung, mentarang dan sebagainya.


Ketika dalam perjalanan, kami terlihat satu kedai makan yang pernah disiarkan dalam rancangan popular di TV3. Apa lagi kami pun berpatah balik dan singgah ke kedai dan menempah dua mee udang. Memang berbaloi sebab memang banyak udang dalam mee nie. Kami menikmati hidangan yang disediakan dengan berselera sekali. Abah Ahmadenijad pula setelah selesai menjamu selera terus ke masjid yang bersebelahan dengan kedai ini sahaja. Kedai ini ditutup ketika waktu solat Jumaat. Saya dan anak-anak menunggu di dalam kereta sahaja.


Mee Udang Banjir yang sememangnya cukup mengiurkan tekak nak makan, dengan udangnya yang banyak ...slurrppppp

Perjalanan di sepanjang jalan ini tidak membosankan kerana terdapat banyak gerai-gerai yang menjual buah-buahan dan juga mentarang. Dalam hati saya dah terdetik akan membeli mentarang ketika kami pulang nanti.

Mentarang yang dibeli ketika dalam perjalanan pulang.

Percutian ke Swiss Garden cukup menggembirankan kami terutamanya Ahmadenijad kerana nak bermandi-mandi di kolam renang dan di pantai. Setibanya kami di apartment penginapan, kami berehat-rehat seketika dan terus keluar menuju ke kolam renang. Ahmadenijad kelihatan tidak sabar dan jelas kelihatan dia terlalu seronok sambil membawa pelampung bersama.


Malamnya kami menuju ke Lumut singah dibeberapa buah kedai yang menjual baju. Tapi tak der yang menarik dan kami hanya membeli permainan Ahmadenijad untuk dia bermain di pasir pantai keesokkannya. Selesai menjamu mata, kami pun menjamu selera di sebuah kedai di sana.

Amboi, bukan main lagi Ahmadenijad menghirup kuah!

Selesai menjamu selera kami bersiar-siar dan singgah di toilet sebab dah nak terkucillll....hahaaahaaa, bayaran masuk RM0.50 sahaja. Tetapi bila masuk ke toilet nie memang berbaloi dengan bayarannya kerana bersih dan hiasan dalaman yang cukup menarik.

Tandas... bersih dan cantik.

Lepas tuuu apa lagi ...posing-posing la kami di sekitar Lumut nie. Suasana agak lenggang, tetapi tetap meriah dengan cahaya lampu dan terdapat beberapa buah kedai masih lagi di buka.


Bergambar di sekitar bandar Lumut.

Keesokkannya, kami bersarapan dan selepas itu kami pergi ke tepi pantai. Saya tak mandi pun air laut tuu, Ahmadenijad jer yang nak mandi. Tapi bila dah sampai kat dalam air tuu, takut pulak dia tengok desiran ombak. Akhirnya Ahmadenijad dan abah hanya bermain pasir dan membina istana pasir. Kesian kat abah kerana bila dah nak siap jer istana pasir, Ahmadenijad robohkan pulak...ermmmm. Selepas selesai Ahmadenijad bermain pasir, kami pulang ke apartment dan bersiap-siap untuk ke Taiping. Cadangan kami hendak ke Zoo Taiping (17 Sept 2011) untuk membawa Ahmadenijad melihat haiwan-haiwan di sana.

Ahmadenijad bermain pasir.


Gambar ketika di Zoo Taiping.


Ahmadenijad bermain di luar apartment sebelum kami bertolak pulang ke rumah pada 18 Sept 2011 .

Selepas kami check-out dari apartment, kami ke Lumut untuk membeli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang serta mencari gerai untuk menjamu selera. Kami berhenti pakir di sebuah taman permainan dan terlihat ada sebuah kapal besar yang terletak berhampiran dengan jeti. Rupanya itu adalah 'Rahmat Maritime Museum' dan kita boleh pergi untuk melawat ke sana dengan kadar bayaran RM15 seorang dan akan diberikan sebuah pamplet seorang. Mankala, jika anda ingin mengabadikan kenangan manis anda sekeluarga di atas Kapal Rahmat bolehlah bergambar dengan kadar bayaran yang dikenakan untuk sekeping gambar ialah RM 10 sahaja.

Harga tiket ke Rahmat Maritime Museum.

Kunjungan ke Kapal Rahmat memang menyeronokkan. Sebelum ini Kapal Rahmat dikenali sebagai KD RAHMAT, ia merupakan sebuah kapal frigat yang telah lama berkhidmat untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Walaupun ia telah bersara dari tugas aktif tentera laut, KAPAL RAHMAT masih merupakan sebuah monumen yang bersejarah. Setiap pengunjung seperti kami akan dapat melihat dan mengalami keadaan hidup dan operasi anggota tentera laut di atas kapal tersebut.

Pemandangan dari atas kapal yang sememangnya cukup cantik dan menarik serta ditiupi oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Ahmadenijad sedikit takut apabila berada di tempat yang tinggi ni : )

KD RAHMAT ini direka sebagai sebuah kapal frigat yang pelbagai guna. Ia telah ditempah pada awal 1966 dan dilancarkan pada 18 Disember 1967 . Berdasarkan model Yarrow Mark I, KD RAHMAT merupakan kapal frigat pertama yang direka khas ciri-ciri operasi untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Nama asal kapal ini ialah KD HANG JEBAT, namun ia didapati tidak sesuai lantaran itu pada tahun 1970, namanya telah ditukar kepada KD RAHMAT.


Pada permulaan kerjaya KD RAHMAT merupakan antara kapal frigat yang tercanggih di Asia Tenggara. Tahap otomasi yang tinggi berganding dengan sistem rekacipta operasi yang ringkas, menolong merendahkan keperluan tenaga manusia dalam operasi harian.

Wisma Bintara ialah ruang makan pegawai, bilik ini dihiasi dengan lebih menawan dan selesa.


Ahmadenijad di 'bridge' atau bilik kemudi kapal iaitu bilik untuk kapal ini diperintahkan. Apabila kapal sedang belayar, bilik kemudi dikendalikan oleh OOW (Officer of the watch) yang dibantu biasanya oleh AB (able seaman) yang bertindak sebagai peninjau. Apabila terdapat pengendalian kritikal, Pegawai Pemerintah juga akan berada di bilik kemudi dibantu oleh OOW dan AB.


Ahmadenijad berjalan keluar dari Rahmat Maritime Museum.

Selesai sudah pengembaraan kami ke Kapal Rahmat..hheeeheee. Ahmadenijad begitu seronok walaupun kita boleh lihat jelas dimukanya kepenatan, namun dia tak mengeluh pun. Perut kami terasa lapar dan kami pun menuju ke gerai yang berhampiran untuk menjamu selera. Di atas kapal ini juga merupakan sebuah restoran pada waktu sebelah malamnya. Di atas kapal ini dihidangkan dengan pelbagai menu untuk dinikmati oleh pengunjung ke restoran Kapal Rahmat di sebelah malamnya.

Selesai menjamu selera, kami beransur pulang dan singgah di kedai yang menjual pelbagai barangan laut. Tak banyak barang yang kami beli dan semestinya kalau sampai di Lumut sesuatu yang akan dibeli ialah ikan bilis, ikan masin/ kering dan keropok.





1 comment:

QA's ~ mamapapa said...

salam kenal..trjumpa blog ni msa googled on damai laut apartment ni..jmput follow kmbali,ye :)

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...