IKLAN

Monday, 26 March 2012

MeLiHaT GaJaH di KUaLa GaNDaH, PaHaNg


Perjalanan kami pada hari Ahad ( 25 Mac 2012 ) ke Bukit Tinggi berjalan lancar dan tiada masalah kesesakan jalan berlaku. Kami tiba di Taman Arnab lebih kurang pada jam 9.15 pagi. Kami terus ke Taman Arnab dengan kadar bayaran RM 3 seorang. Di Taman Arnab juga terdapat rusa dan beberapa haiwan lain. Ahmadenijad laa orang yang paling gembira kerana dapat melihat haiwan secara dekat.


 Ahmadenijad seronok dapat memberi makanan kepada anak rusa nie.

Gambar di atas menunjukkan Ahmadenijad memberi makanan kepada anak rusa. Makanan ini dibeli dengan harga RM1 jer. Ahmadenijad kata "ummi, mulut rusa tu basah laa macam hingus", hahaahaa. Betuiii kata Ahmadenijad, sebab ummi pun bagi makanan kat rusa tu juga, geli lak rasanya sebab basah jer mulut dia macam hingus. Selepas itu, kami singgah pula ke Taman Teh Jepun dan Colmar Tropicale dengan bayaran RM12 seorang.


Taman Teh Jepun di Bukit Tinggi, teramat letih naik kat sini sebab letak kereta nun di bawah sana.


Pemandangan dari Colmar Tropicale


 'Superman'


Gambar di atas Ahmadenijad jadi 'superman' dengan menggunakan kain napkin adiknya. Sebenarnya kain tu untuk tudung kepala dia daripada terkena air hujan yang turun. Tapi lain pulak jadinya, jadi sayap untuk 'superman' lak. Di kawasan bawah nie ada kolam dan angsa yang berwarna hitam dan putih.

Selepas ke Colmar Tropicale pada sebelah paginya, kami pun bergerak ke Kuala Gandah di Pahang untuk melihat gajah. Kami sampai di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan hampir jam 2.30 petang. Abah Ahmadenijad pun pergi ke pusat penerangan dan kami membuat pendaftaran di sana.Setelah membuat pendaftaran, kami diberikan sticker yang berwarna merah. Kami bercadang ke sini setelah melihat di laman web terdapat aktiviti mandi bersama dengan gajah. Namun, setibanya kami di sana keadaan air sungai adalah pasang dan ini menyebabkan aktiviti mandi bersama gajah dibatalkan.

 Keadaan air pasang di Kuala Gandah.

Bayaran masuk untuk ke sini adalah percuma. Tetapi kita selaku pengunjung boleh juga memberi sumbangan untuk Pusat Perlindungan dan Latihan Gajah Liar di Kuala Gandah, Lanchang nie.Pengunjung yang dapat sticker merah tidak dibenarkan untuk terlibat dengan aktiviti menaiki atau mandi bersama gajah. Hanya yang mendapat sticker kuning sahaja yang berhak untuk mengikuti aktiviti tersebut. Oleh itu, kesiannyer laaa dengan Ahmadenijad sebab tak dapat naik gajah. Tapi abah cuba juga beratur bersama Ahmadenijad di pelantar tunggangan gajah. Tapi tetap tidak dibenarkan kerana kami mendapat sticker merah, dengan perasaan hampa abah membawa Ahmadenijad turun. Jelas kelihatan muka Ahmadenijad yang kehampaan kerana tidak dapat naik gajah. 

Abah dan Ahmadenijad masih menanti di bawah pelantar tunggangan gajah. Abah terdengar beberapa orang gadis yang tidak ingin menaiki gajah tetapi memiliki sticker kuning. Gadis berkenaan memberikan kepada seorang bapa dan abah Ahmadenijad pun meminta kebenaran untuk Ahmadenijad menunggang gajah bersama anaknya. Atas budi baik beliau, Ahmadenijad dapat laa menunggang gajah bersama anaknya. Kami berasa sangat gembira dan semestinya Ahmadenijad lagi gembira kerana dapat naik gajah. Terima kasih tidak terhingga kami kepada beliau yang memberikan ruang untuk Ahmadenijad naik gajah.
Abah dan Ahmadenijad yang sedang beratur, tetapi hampa...

Ahmadenijad gembira dapat naik gajah yang besar nie.

Selesai Ahmadenijad menunggang gajah.

 Gajah kat belakang tuu, ternganga mulutnya kerana pengunjung di situ membaling kacang ke dalam mulut gajah tersebut. Pandai pulak gajah tu tangkap kacang yang kecil menggunakan mulutnya tu.
 

 Ahmadenijad dan nenek pegang gajah.

 
Gajah-gajah nak berehat pulak, setelah selesai bertugas membawa pengunjung dan bergambar bersama peminat-peminatnya.


Perjalanan pulang kami, selepas melihat gajah, sempat lagi nak buat gaya kat papan tanda nie...heheeee


Bergambar di depan bangunan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Jabatan Perhilitan Kuala Gandah.

Disebabkan tidak dapat mandi bersama gajah, maka abah pun mencadangkan kami ke Lintang untuk mandi di sana. Balik dari melihat gajah, kami pun singgah ke Taman Rekreasi Lintang, Pahang. Ahmadenijad laa tak sabar-sabar nak mandi kat sini. A'shadieeyah pun mandi juga, abah yang menemani anak-anak.

Ahmadenijad takut lak nak mandi, A'shadieeyah ok jer seronok sangat mandi air kat sini memang sejuk nyer laaa... heheee


A'shadieeyah dah siap mandi, dok ngan nenek.

Selesai sudah aktiviti mandi-manda dan makan, kami pun berangkat pulang. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pulang tidak mengalami kesesakkan lalu-lintas.Kami selamat sampai di rumah dalam jam 7.30 petang. Semestinya Ahmadenijad adalah orang yang paling gembira kerana dapat menunggang gajah dan bermain dengan rusa serta arnab.


2 comments:

Zulkifli Ayob said...

http://gajahkualagandah.blogspot.com

Assalam, ka atas tu link terbaru untuk maklumat gajah di Kuala Gandah, Pahang.

Terima kasih.

miesha said...

Terima kasih kerana memberikan info terkini : )