Monday 25 June 2012

Hari Sukan - PASTI



Pagi 24 Jun 2012,  Ahmadenijad berbaris bersama rakan-rakannya. Ahmadenijad di barisan belakang sekali. Kami terlewat tiba di padang, acara perbarisan telah pun bermula.

Sukaneka Pasti As-Shafie, tempat Ahmadenijad belajar telah diadakan pada 24 Jun 2012 ( 4 Syaaban  1433), bermula jam 8 pagi. Pagi tersebut cuaca hujan, namun kami tetap juga pergi ke Padang Awan Bangi Perdana untuk membawa Ahmadenijad bersukan. Kesian lak, sebab Ahmadenijad dah berlatih dekat 2 minggu di sekolahnya. Malahan, Ahmadenijad juga tak berapa sihat, kesian dia demam dan batuk-batuk.

Sesampai kami di padang jam hampir 8.30 pagi, lewat pulak sebab melihat keadaan hari yang hujan. Saya mendaftarkan Ahmadenijad dan juga mendapatkan nombor cabutan bertuah. Wah, menarik nie ada cabutan bertuah lagi! Ahmadenijad terus menuju ke padang dan berbaris bersama rakan-rakannya. Acara pun bermula dengan nyanyian lagu PASTI, lagu kebangsaan, doa dan sebagainya.

Acara yang Ahmadenijad sertai ialah berlari dalam gelung dan juga membawa bola dalam sudu. Kesian dia, setiap satu-satu sukan ...semput. Sambil acara bersukan, dimaklumkan juga nombor cabutan bertuah. Abah Ahmadenijad bertuah kerana dapat hadiah untuk cabutan bertuah. Hadiahnya ialah hamper yang ada makanan ringan. 

Secara keseluruhannya, kumpulan jingga iaitu kumpulan Ahmadenijad mendapat mata yang tinggi dan terus menggondol tempat pertama. Hadiah yang Ahmadenijad perolehi ialah piala dan juga beberapa hadiah yang lain seperti buku, pensel warna, beg dan beberapa hadiah yang lain. Selepas penyampaian hadiah, acara mengutip gula-gula untuk murid 4 tahun telah pun berlangsung. Ahmadenijad terus berkejar ke tempat untuk mengutip gula-gula. Banyak juga laaa gula-gula yang dia dapat.


Selesai sudah segala acara, kami pun pulang dan singgah dahulu ke rumah mak tok Ahmadenijad. Keadaan Ahmadenijad juga sikit teruk dengan keadaan semputnya. Petangnya abah membawa Ahmadenijad ke klinik.




 Gambar-gambar Ahmadenijad di padang ketika perbarisan pada sebelah paginya sebelum bermulanya acara sukaneka.


No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...