Saturday 8 September 2012

Rumah Terbuka Raya 2012 / 1433 H



Ahmadenijad bersama teman-temannya bersantai di buaian.

Hari Sabtu nie iaitu pada 8 September 2012, merupakan hari persekolahan ganti untuk sekolah saya dan juga Ahmadenijad Al-Harits. Taska PASTI As-Shafiee, tempat anak belajar telah mengadakan Hari Terbuka Raya 2012. Begitu juga di sekolah saya, selepas jam 10 pagi, kami mengadakan Hari Kelas Terbuka Raya 2012.



Suasana di Pasti As-Shafiee, tempat Ahmadenijad menimba ilmu.



Suasana di kelas ...

Kemeriahan dan semangat kerjasama di antara setiap murid dan guru jelas tergambar. Kerjasama di antara setiap murid dan guru menggambarkan sikap toleransi yang begitu kukuh di kalangan guru serta murid-murid. Pelbagai juadah disediakan oleh guru-guru, malahan murid-murid juga turut membawa juadah untuk dikongsi bersama-sama. Saya hanya menyediakan mee hoon singapore, rendang ayam dan buah tembikai untuk murid-murid di kelas 5 Budiman.


Mee hoon singapura...

Di sekolah anak pula, ummi menyediakan mee hoon singapore untuk di jamu di sana. Anak yang lengkap berbaju melayu serta sampin, jelas keriangan diwajahnya. Malahan, dia juga dengan perasaan gembira menyatakan pada ummi bahawa dia mendapat duit raya. Sayangnya, ummi tidak dapat bersama anak ummi untuk meraikan majlis di sekolahnya. Hanya abah yang menemani Ahmadenijad di sana.

Pulang dari sekolah, kami ke rumah kakak ipar untuk menjamu pula mee kari. Hari nie, alhamdulillah sememangnya rezeki yang murah.


A'shadieeyah Hafthah di rumah mak nak makan mee kari ...heheee


Kami juga ada menyediakan pelbagai juadah untuk tetamu yang datang ke rumah untuk berhari raya pada 1 September 2012 (Sabtu). Hanya menjemput jiran-jiran sebelah rumah jer dan rakan-rakan ...hahaaa



A'shadieeyah dan Ahmadenijad bersama 3 rakannya yang beraya di rumah kami.



Kek lapis sarawak ...yummyyy



Spagetti goreng, satay kebab, nasi impit dan rendang ayam diantara menu yang dihidangkan untuk tetamu...ringkas jer



Gaya Ahmadenijad sedang makan kek lapis.


Spagetti goreng ... boleh tahan laaa jugak rasanya...heheee 



Petangnya pula, sekeluarga abang ipar datang ke rumah. Anak-anak saudaraku : )



Sebelah malamnya pula kami ke rumah Ayah Long kepada Ahmadenijad di Segambut. Majlis hari raya di sana, makan-makan lagi...seronoknyer.



A'shadieeyah Haftah dan ummi sedondon warna merah jambu yer untuk tahun 2012 ..heheee



Besarnya beruk yang pegang oleh Ahmadenijad, Farid dan Amir ...heheee



Gambar A'shadieeyah yang cukup kelakar..hahahaaa



No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...