IKLAN

Thursday, 30 August 2012

TeLaTaH A'ShaDiEEyaH HaFtHaH


 
 Gambar di ambil pada 22 Julai 2012 ( 9.18 am), tika usia A'shadieeyah Hafthah semakin hampir 13 bulan pada 30 Julai 2012. Tersengeh jer A'shadieeyah Hafthah yang menampakkan giginya serta keadaan hidungnyer yang berhingus...heheee, matanya lak terus sepet jer bila senyum : )

Pada 30 Ogos 2012, genap laa A'shadieeyah Hafthah 14 bulan ( Setahun 2 bulan). Pelbagai telatah dan karenah di usia ini. A'shadieeyah semakin laju berjalan dan pergerakan serta langkahnya semakin tegap. Namun, ada kalanya pergerakannya masih lagi goyah. Di usia ini, A'shadieeyah Hafthah hanya menyebut abah...abah...abah. Apabila mendengar bunyi pagar di luar rumah berbunyi...tahu tahu jer dia akan abahnya pulang. Terjerit-jerit laaa dia memanggil abahnya.

Hendak menyebut ummi, A'shadieeyah Hafthah belum pandai lagi...hanya perkataan maa..maa..maa sahaja. Malahan, A'shadieeyah juga telah memahami apa yang di ucapkan oleh ummi, abah dan abangnya. Misalnya, apabila kita menyuruhnya memasukkan baju terpakai ke dalam bakul, membuang sampah, menyimpan semula barang yang disepahkan dan menyuruhnya baring. 

Apa yang ditakuti oleh A'shadieeyah? A'shadieeyah sangat takut apabila ummi, abah dan abangnya menyebut 'lizard' dan membunyikan suara haiwan tersebut. A'shadieeyah akan terus berlari sekiranya dia berada jauh dan akan terus baring dan membatukan dirinya seketika...heheee

A'shadieeyah Hafthah juga sudah pandai mengajuk wajah abangnya iaitu Ahmadenijad tika menangis. Ummi akan bertanya kepada A'shadieeyah  "A'shadieeyah, macam mana muka abang nangis?" Lantas, A'shadieeyah pun akan menunjukkan mukanya yang kelakar sambil menampakkan giginya, menggambarkan keadaan muka abangnya yang sedang menangis.



 A'shadieeyah Hafthah di usia 14 bulan 8 hari (8 September 2012 : 12.40 pm)


Gambar yang di ambil pada  9 Sept 2012 ( 9.30 pm ), tengok laaa aksinya. Apabila ummi  suruh senyum, dia akan tersengeh-sengeh.



 Di usia 14 bulan 9 hari ( 9 September 2012 )


 
 Ummi bersama Ahmadenijad Al-Harits yang kini berusia 4 tahun 2 bulan pada ( 10 September 2012 ). Gambar di ambil pada 8 September 2012, selepas ummi pulang dari sekolah dan begitu juga Ahmadenijad yang pulang dari PASTI selepas berhari raya di sana.


No comments: