IKLAN

Wednesday, 29 May 2013

NeGaRa KanGGaRu... (Part 2) - WaRRoK FaRm



NeGaRa KanGGaRu … toing … toinggg ( Part 2 ) - Musim Sejuk
29 Mei 2013 ( Rabu ) : Warrok Farm





Terasa letih lagi, malas jer nak bangun tapi kena jugak bangun awal. Jam 6.35 pagi kami telah siap untuk turun bersarapan. Anak-anak masih lena tidur, namun kena jugak bawak gi sarapan dan mereka tidur dalam stroller. Nyenak sungguh tidur, tak sarapan pun anak-anak, kesian. Ummi dah kejutkan mereka untuk sarapan, tapi tetap juga terpejam mata mereka..heheeheee



Sarapan yang kami nikmati pada hari pertama di sini. Kami hanya makan roti dan buah-buahan jer. 



Ini makanan saya : )

Jam 7.00 pagi kami siap sarapan dan naik semula ke bilik. Sekitar jam 7.30 pagi kami pun turun semula ke lobi. Kami keluar menuju pintu utama hotel dan bergambar di sana. Cuaca yang sejuk dan nyaman cukup menyegarkan. Pergerakan manusia yang bergerak pantas untuk menuju ke destinasi masing-masing dengan gaya yang cukup mempersonakan. Terpegun saya melihat gaya mereka dengan jaket untuk menahan diri dari udara yang sejuk. Malahan, terpegun melihat pergerakan trams yang bergerak pantas di laluan masing-masing. Laluan untuk mereka yang menunggang basikal juga disediakan berhampiran dengan laluan trams. Kayuhan insan-insan yang menunggang basikal cukup bertenaga dan berhati-hati. Satu suasana serta pemandangan yang cukup indah.




Trams dan laluan yang berbelang tu pula ialah laluan basikal.



Lama jugak laa kami lepak kat depan hotel nie, menunggu bas. Cuaca lak sejuk, Ahmadenijad dan A'shadieeyah pun masih mengantuk lagi...mood kemalasan jer anak-anakku nie.



'Move to Melbourne' : ) 
Pejalan kaki pun ramai jugak, kami yang duduk menanti di sini sangat leka melihat pejalan kaki nie bergerak pantas. 




Gambar nie diambil ketika saya dalam bas untuk menuju ke Warrook Farm.



Gambar nie pun diambil ketika dalam bas, 'Warrook Farm Australia'.


Lama juga kami menunggu kedatangan bas. Sekitar jam 9.30 pagi, kami menaiki bas dan menuju ke destinasi iaitu 'Warrook Farm Australia'. Sepanjang perjalanan ke sana, pemandangan yang cukup indah, tanahnya yang lapang dan kebanyakkannya adalah ladang ternakan yang sangat luas. Malahan, sepanjang perjalanan ke sana, kelihatan bandarnya yang bersih. Kami tiba di sana dalam lingkungan sekitar  jam 10.30 pagi.




Macam biasa, sampai jer ke destinasi abah Ahmadenijad akan melaksanakan tugasnyer..heheehee




Ahmadenijad menunggang biri-biri batu sambil diperhatikan oleh adik A'shadieeyah...hahahaa
Lelaki mat salleh kat belakang tu, pemandu bas kami. 



A'shadieeyah tak nak duduk dalam stroller, penat jer abah bukak. Dia nak berjalan... : )



Lembu batu lak...haahahaaa



Cenderahati yang di jual di sini.


Setibanya kami di sana, kami pergi melihat haiwan iaitu Alpaca. Rupanya hampir sama macam Llama. Llama boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang tetapi tidak untuk Alpaca, itu yang dimaklumkan oleh empunya ladang kepada kami. Hanya ada 2 ekor jer Alpaca semasa kami datang ke situ. Selepas bergambar sakan kat kawasan ternakan Alpaca, kami menuju pula ke tempat ternakan itik, angsa dan kanggaru.


Inilah dia Alpaca, comeiii jer... : )



Berlatar belakangkan pemandangan  ladang yang cukup indah.



A'shadieeyah berdukung lak sebab ada banyak taik ...eeeee  ; ) tak der laaa banyak pun. Sajer jer A'shadieeyah mengada-ngada nak berdukung.



Luas sangat ladang nie, hijau jer.





Ditangan Ahmadenijad ialah makanan untuk itik-tik di sini. 



A'shadieeyah dan Ahmadenijad sedang memerhati itik.



KanGGaRu... 



Warrook Farm Australia



Ahmadenijad memotong bulu biri-biri. Baik jer biri-biri nie bila kena potong bulunyer.



Bulu biri-biri, strukturnya lembut dan berminyak-minyak.



Bergambar dengan tukang gunting bulu biri-biri.



Besar sangat lembu nie, sempat lagi perah susu lembu nie. Baik jer lembu nie, tak marah pun kita nak perah susu dia...hehehe





Seronok sangat Ahmadenijad dan A'shadieeyah sebab dapat bagi susu kat anak lembu nie.



Pandai jer A'shadieeyah nie, bila susu dah abis dia pergi ambil yang lain pulak. Sudah-sudah laa tu A'shadieeyah, anak lembu tu dah kenyang sangat dah : )




Suasana di ruang makan di Warrook Farm.


 Kami dihidangkan dengan muffin setelah penat berjalan di ladang nie. Sepatutnya untuk makan tengah hari kami ialah di sini. Tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, kami tidak jadi menjamu selera di sini. 




Muffin kat tangan Ahmadenijad yang diberikan kepada itik-itik di sini. Muffin tu serupa jer ngan gambar muffin kat atas tu.

Ahmadenijad dan A'shadieeyah seronok sangat melihat haiwan di sini. Kami juga di bawa ke satu tempat di ladang nie yang menunjukkan bagaimana anjing mengembala biri-biri. Pandai betul anjing berbulu hitam nie mengawal biri-biri. Semasa kami melihat kanggaru, A'shadieeyah seronok sangat sehinggakan bila kami mengajaknya pulang dia terus terbaring kat tanah di situ. Protes la kononnyer sebab tak puas lagi nak tengok kanggaru. 


sambung... Part 3 : )






7 comments:

dilabangiWORLD said...

nice...
belum kesampaian untuk kesini lagi
mudah2an akan sampai nanti

** Tq for sharing

miesha said...

Insyaallah...sampai jg nanti.

Jari Manis said...

Lama betul tak singgah sini..wahh..dah sampai melbourne rupanya kawan JM ni...siap masuk majalah Wanita lagi tu...cantik kasut merah itewww :-)

mysha said...

Salam kenal...Terima kasih sudi jenguk kat blog yang tak seberapa tu hehehe..

Wa...masuk magazine.. kelas gituu!!

Canteknya tempat orang kat sana yer.. Smart driver busnya.. hik3

Alolo geram tgk budak comey 2 orang tu.. sedap nama mereka..

Liza Razak said...

wahhh seronoknya!! tringin nak ke sana 1 hari nnt :)

miesha said...

@Jari Manis
alhamdulillah sampai juga kami sekeluarga di sana. InshaAllah, bulan 11 kami ke sana lagi : )

@mysha
Terima kasih sudi singgah kat blog saya : )

@Liza Razak
tempat tiket...jom melancong ke melbourne hehehe..
InShaAllah akan tiba masanya akan ke sana jua kan : )

gadisBunga™ said...

menarik melbourne! :)