Saturday 14 September 2013

JaLaN-JaLaN ke Hatyai - Part 1





Petang Jumaat (13 September 2013), jam 8.30 malam suami dan anak-anak menghantar saya untuk menaiki bas. Jam 9.00 malam dijangka kami akan bertolak untuk ke destinasi iaitu Hatyai. Sekitar jam 9.30 malam kami pun bertolak. Sepanjang perjalanan, kami turut berhenti di beberapa hentian. 

Kami masuk ke Thailand melalui sempadan di padang besar (14 September 2013-Sabtu).  Jam lebih kurang 8.30 pagi kami sudah berada di sana. Semasa di Kastam Thailand, memang sesak dengan orang dan panjang juga laa barisan nak beratur. Semasa di sini juga, RM1 perlu disertakan dengan pasport yer....hehee
 
 
Sekitar pemandangan di sini.
 
Selesai urusan di kastam, perjalanan diteruskan dan kami singgah menjamu selera untuk makan tengah hari. Makanan di kedai nie memang sedap. 

 
Inilah makanan saya untuk tengah hari, ikan keli yang dah dipotong kecil-kecil. Kalau kat Malaysia, biasanya kita makan seekor ikan keli yang panjang dan tidak di kerat-kerat macam nie. Ikan keli tu ada 2 menu, dan ulam timun. Masakan untuk menu ikan keli tu memang sedap... tak tipu : ) heheehee
 
 
 
Ini aiskrim yang kami beli di kedai makan nie. Aiskrim perasa kopi memang terbaik laaa... sedap : )
 
 
 
Menu yang sangat sedap : )


Hatyai ni merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai. Keadaan bandarnya tidak laa seperti sebuah bandaraya yang maju. Kesesakkannya sama juga seperti dimana-mana bandar yang ada di Malaysia. Adakalanya, kelihatan penunggang motosikal yang tidak memakai helmet. 

Sekitar jam 1.30 petang, kami pun check-in di hotel 'Pink Lady Hotel', bilik 524.  Pada awalnya kami dijanjikan dengan Grand Hotel, tapi tak pasti kenapa hotel nie pulak yang kami dapat. Depan hotel nie lak banyak gambar-gambar perempuan.
 
Gerai menjual pelbagai jenis makanan laut dan darat yang digoreng hehehee
Tengok laaa besarnya udang goreng tu. Ambil gambar nie sementara menunggu bas kami tiba untuk bergerak ke destinasi seterusnya.
 
 
Sekitar jam 4.00 petang kami bergerak pula ke tempat yang menjual barangan kulit dan barangan kraftangan iaitu di ' Nora Plaza '. Kemudian bergerak lagi menuju ke tempat pelbagai barangan yang menjual makanan kering iaitu di ' Thai Lee Seng Products ', saya hanya beli pes tomyam dan minyak angin jer. 

Sekitar jam 6 petang kami menuju ke Pasar Terapung Hatyai ( Floating Market Hatyai). Tempat pakir kereta dan bas sememangnya penuh dengan pengunjungnya. Bas kami pun di pakir tepi jalan jer, ambil masa sekitar 10 minit berjalan menuju ke Pasar Terapung nie. 

Di pasar terapung nie memang banyak gerai-gerai di daratan dan juga penjual yang berperahu di sungai. Suasana dan kepadatan manusia yang cukup menyesakkan sememangnya menimbulkan ketidakselesaan untuk menuju ke pasar terapung. Melihat jualan di pasar terapung sememangnya menyeronokkan kerana hasil jualan mereka sangat kreatif terutamanya makanan. Malah, makanan yang kami beli juga rasanya tidak menghampakan kerana rasanya sangat enak. 



Pasar terapung yang menjual pelbagai jenis juadah yang sedap dan harga berpatutan sangat.



 
Air kelapa yang diisi di dalam bekas seperti pasu yang unik serta kerabu mangga yang memang sedap : )
 
 
Selesai membeli barang-barang di pasar terapung, kami pun pulang ke hotel dan malamnya kami sambung lagi perjalanan untuk bersiar-siar dan mencuci mata di sekitar hotel yang menjual beraneka barangan. Kami balik ke bilik hotel sekitar jam 11.30 malam. 

Keesokkannya, (15 September 2013 - Ahad) perjalanan kami diteruskan lagi... ( Sambung Part 2 )
 

No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...