Sunday 22 September 2013

LittLe HaFiZ HaFiZaH TaDiKa ABC




Mom's yang rajin datang untuk membantu menyiapkan segala keperluan untuk majlis yang berlangsung esok.

Pada hari Jumaat (21 September 2013),  malamnya mom's Tadika ABC berewang-rewang untuk menyiapkan persiapan yang perlu untuk majlis ' Little Hafiz Hafizah'. Kami menyiapkan backdrop untuk majlis tersebut. Malahan, kami turut menyiapkan bunga telur, bunga manggar dan menyusun atur meja untuk penyediaan makanan.


Dah selesai melaksanakan segala kerja pada malam tu, sesi bergambar pulak. Anak-anak dulu bergambar kemudian baru la mom's pula yer.



A'shadieeyah termenung jer. Waktu nie, tak ramai lagi ibu bapa yang datang.

Pada 22 September 2013 (AHAD) diadakan majlis 'Little Hafiz Hafizah' di Surau Seksyen 15. Majlis ini berlangsung untuk anak murid di Tadika ABC yang hafal surah yassin. Ahmadenijad Al-Harits juga turut membuat persembahan untuk murid yang berusia 5 tahun.




Majlis tamat sekitar jam 12.00 tengah hari. Selesai sudah pembahagian hadiah untuk anak-anak di Tadika ABC, acara pun tamat dan jemput laa menjamu selera. 



Ahmadenijad bersama rakan-rakannya yang akan membuat persembahan untuk anak-anak berumur 5 tahun di Majis Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.




Senyum kambing jer Ahmadenijad tu yang memakai kain berselempang di bahu...ala-ala "macam Ustaz Don" kata Ahmadenijad.



Majlis tamat sekitar jam 12.00 tengah hari. Selesai sudah pembahagian hadiah untuk anak-anak di Tadika ABC, acara pun tamat dan jemput laa menjamu selera. 



No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...