Sunday 10 November 2013

A'shaDieeyah DeMaM



4 November 2013 ( Isnin )

Balik dari Kuala Pilah pada 4 November 2013 hari Isnin, kerana mengikuti kursus di sana. Rindunyer dengan Ahmadenijad dan A'shadieeyah yang ditinggal selama 3 hari 2 malam. Bila peluk badan A'shadieeyah terasa panas sikit. Minggu nie, keadaan A'shadieeyah semakin kurang baik. Dua kali kami bawa dia ke klinik. Pertama kali pada hari Selasa, dan kemudian pada hari Jumaat. Selamat laa juga A'shadieeyah tidak susah nak makan ubat. Ada kalanya, dia tak nak juga makan. Tetapi setelah dipujuk, dia akan makan juga akhirnya. Beberapa malam, A'shadieeyah muntah dan merengek-rengek. Malahan, beberapa hari dia kurang menyusu dan sering tido serta lemah. Abah pula dah cuti 2 hari untuk jaga A'shadieeyah. 


8 & 9 November 2013 ( Jumaat & Sabtu )

Keadaan A'shadieeyah makin bertambah tidak sihat. Badannya panas dan keadaannya semakin lemah. Selepas abah balik kerja pada petang Jumaat ( 8 November 2013 ), abah bawa A'shadieeyah berjumpa doktor. Doktor menyarankan sekiranya keadaan A'shadieeyah masih tetap tidak mahu menyusu, maka perlu bawa ke hospital. Selepas balik ke rumah pada malam tersebut dan selepas makan ubat, keadaan A'shadieeyah macam ok berbanding sebelumnya. Keesokannya ( Sabtu ; 9 November 2013 ), A'shadieeyah ada juga menyusu berbanding sebelum nie. Mungkin kerana makan antibiotik keadaan makin ok sikit. Pada hari ini juga, mak dan ayah saya datang ke Bangi.

Rupanya sangkaan kami terhadap keadaan kesihatan A'shadieeyah meleset. Pada tengah malamnya, badannya panas dan kakinyer sejuk sangat. Kelihatan dia macam kesejukkan. Kami terus membawanya  ke Hospital ( KPJ ) Kajang. A'shadieeyah di tahan di wad pada jam 1 pagi lebih. Awal pagi nie, Abah menjaga A'shadieeyah. 


10 November 2013 ( Ahad )

Keesokan harinya ( 10 November 2013 ; Ahad ), ummi, atok, nenek dan Ahmadenijad datang melawat A'shadieeyah. Kesian melihat keadaannya yang lemah. Bila ummi sampai jer, terus dia memeluk ummi dan merengek-rengek. Oleh itu, hari nie ummi akan menjaga A'shadieeyah sehingga pagi esoknya. 



                   A'shadieeyah menjamu selera : )


Seharian bersama A'shadieeyah, tanganya sebelah kiri dimasukkan air. Selera A'shadieeyah juga semakin baik. Walaupun kurang menyusu tetapi dia masih mahu makan nasi dan minum air buah berbanding sebelum nie, dia kurang nafsu makan.



Makan malam untuk A'shdieeyah.


11 November 2013 ( Isnin )

Saya menjaga A'shadieeyah sehingga paginya jam 5 pagi ( 11 November 2013 ; Isnin ). Abah A'shadieeyah datang pada jam 5.20 pagi untuk membawa saya pulang dan nenek akan menjaga A'shadieeyah pada hari ini. Malamnya selepas maghrib, kami sekeluarga melawat A'shadieeyah dan keadaannya semakin ceria. 



 Kami melawat A'shadieeyah yang di jaga oleh nenek, A'shadieeyah  sedang makan coklat.



Abang Ahmadenijad datang melawat adik sambil baring-baring lak kat katil adiknya.



Nangisss
Tangan sebelah kiri yang dimasukkan air. Tapi abah bukak sekejap supaya dia dapat bermain sementara abangnya Ahmadenijad datang melawat.



Minum air Ribena : )




Keadaan A'shadieeyah hari nie semakin sihat dan selera makannya bertambah.


12 November 2013 ( Selasa )

Malam nie ( 11 November 2013 ; Isnin ), abah akan menjaga A'shadieeyah dan saya membawa nenek pulang ke rumah. Keesokannya ( 12 November 2013 ; Selasa ) pun abah menjaga A'shadieeyah. Alhamdulillah, petangnya A'shadieeyah dah boleh keluar ( discharge ) dari hospital. Keadaan A'shadieeyah selepas balik pun belum memuaskan. Dia masih batuk dan keadaannya akan semput apabila bermain terlalu aktif. Ubat masih diberi mengikut jadual untuk memastikan keadaan A'shadieeyah baik. Ummi dan abah risau keadaan A'shadieeyah, lebih-lebih lagi hujung minggu nie A'shadieeyah akan tinggal dengan nenek dan atok di Bangi. Semoga A'shadieeyah cepat sembuh dan kembali aktif.



28 November 2013 ( Khamis )

Keadaan A'shadieeyah baik sepenuhnya. Pada bulan November nie juga A'shadieeyah dah pandai menyebut perkataan 'Ummi'. Sebelum nie dia memanggil ummi dengan singkatan dari sebutan ummi iaitu uuu . A'shadieeyah demam nak pandai bercakap kot, sebabnya sekarang dia dah rajin untuk menyebut beberapa perkataan. Berbanding sebelum ni, kita ajar pun dia malas jer nak mengikutnya hehehe. 

A'shadieeyah juga dah pandai nak memilih setiap kali nak pakai baju. Dia akan pakai baju yang dia berminat sahaja, kalau kita bagi baju yang dia tak suka mulanya dia buat hal dengan merengek-rengek lak. Paling dia suka ialah pakaian abangnya, suka sangat baju-baju yang ada watak-watak superhero seperti batman, superman, Ben 10 dan sebagainya. Baju bola pun dia minat jugak. Tapi adakalanya kalau nak keluar berjalan-jalan, ummi akan paksa pakai gaun juga, dan dia pun mengikut jer sebab takut kena tinggal.

Macam-macam karenah A'shadieeyah yang mencuit hati. Alhamdulillah semoga menjadi anak yang bijak dan solehah. Amin.










2 comments:

Jari Manis said...

alalalala...cian nya dia...auntie JM doakan cepat sembuh yeee...

miesha said...

tq JM : )

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...