IKLAN

Tuesday, 30 September 2014

KOPi ~ BaNgi GaTeWay ~


Kami bergerak ke Bangi Gateway pada hari Selasa ( 30 September 2014 ) untuk membeli barangan keperluan dapur. Sambil pergi ke Jaya Grocer, singgah makan dan minum kopi kat sini di kedai yang terletak dalam Jaya Grocer. Anak-anak jer yang lapar, ummi dan abah dah makan. Anak-anak pesan spagetti manakala ummi dan abah minum air kopi.



Sedapnya Ahmadenijad menjamu selera dengan spagetti aglio olio.



Adik A'shadieeyah pun makan spagetti juga, kongsi dengan abangnya Ahmadenijad. 





Spagetti aglio olio. Ahmadenijad kata pada ummi " ummi spagetti nie sikit tapi pinggannyer besar, tapi walaupun sikit Niejad makan tak abis-abis jugak". Nampak jer sikit tapi banyak sebenarnya spagetti nie : )


Air kopi dalam cawan kecil comel nie ummi laa punyer.... sedap dan pahit ; )



Limau yang  dibeli di Jaya Grocer nie memang sedap, A'shadieeyah pun suka sangat makan limau nie : )



No comments: