Friday 19 September 2014

MaKaNan BaRaT PuLaK

Malam nie 19 September 2014 ( Jumaat ) teringin nak makan ikan masak stim. Tapi entah macam mana jadi ker makanan barat lak menu kami malam nie. Pertama kali kami makan di restoran nie. Jadi makan malam nie kami mencuba di Restoran Port, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Kami mencuba makanan barat 'western'. Tak dapat gi ke negara Barat pun jangan risau, makanan barat banyak terdapat kat Malaysia nie hihiiii...gurau yer jangan marah hihii.




Menu ni lak ialah 'Meat Lover', hahaaa sesuai laa untuk orang yang suka makanan yang berdaging. Ayam dan daging digabungkan dalam menu nie. Menang sedap... dah cuba mesti nak lagi dan lagi laaa : )



Ahmadenijad makan chicken chop, tengok ayam dia macam ikan, dihias macam ader ekor. Sangat menarik dan sedap lak tu. Ahmadenijad makan sampai licin kecuali salad tu ummi yang habiskan : )



Gaya A'shadieeyah bukan main lagi yer. Tengok laa Ahmadenijad sedang makan dengan berseleranya.



Nie pulak 'Lamb Chop', siap punyer? Siapa lagi ummi kepada Ahmadenijad laa empunya menu yang sedap nie : )




Siapa nie? Siapa lagi anak dara ummi nie A'shadieeyah Hafthah. Tengok laa makanan dia, lapar betuii A'shadieeyah. Keropok roda tu beli dengan makcik yang menjual ketika kami di kedai makan nie.


Kami menjamu selera dengan tenang kerana menikmati makanan masing-masing. Kami sekeluarga lebih suka mengambil tempat duduk atau meja di luar kedai berbanding di dalam kedai. Kalau malam hari memang seronok duduk di luar kedai menikmati udara malam sambil menikmati makanan yang enak. Alhamdulillah kenyang... ; ) 
Hampir terlupa lak... harga makanan kat sini berpatutan dan tidak mahal. Memang berbaloi kalau menjamu selera di sini. 






No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...