Sunday 17 May 2015

Hari Guru ~ Anak-Anak 2015

Setiap tahun 16 Mei merupakan Hari Guru. Tahun nie, ummi menyediakan hadiah untuk guru-guru yang mengajar Ahmadenijad dan A'sha. Ahmadenijad dah darjah 1 , jadi tahun nie, banyak hadiah nak bagi untuk guru-guru Ahmadenijad. Ummi memborong laa tupperware sebagai hadiah 'Hari Guru'. 

Malam nie ( 17 Mei 2015 ), mengemas barang-barang tupperware yang dibeli untuk kegunaan sendiri dan juga hadiah Hari Guru.

Ini semua adalah hadiah untuk guru-guru Ahmadenijad dan A'sha. Bertungkus-lumus ummi membalut hadiah-hadiah nie demi anak-anak : )

Ini pula kad ucapan yang ditulis oleh A'shadieeyah. Ummi tulis pada kertas lain dan A'shadieeyah ikut apa yang ummi tulis. Comel jer gambar orang yang A'sha lukis hihiiii... tangan bulat-bulat jer : )

Kad yang ditulis oleh A'shadieeyah, entah apa laaa yang ditulisnya. Ummi tak sempat lagi nak tulis untuk ajar A'sha, dia dah tulis sendiri ikut suka dia. Tak per laa A'sha, kenangan tu tulisan A'shadieeyah : )


 Pada 18 Mei 2015(Isnin), diadakan Hari Guru di sekolah saya. Ini semua sebahagian daripada hadiah-hadiah yang murid-muid bagi. Terima kasih kepada semua anak murid yang memberi hadiah dan mengucapkan 'Hari Guru'. 


Sebahagian hadiah yang diterima daripada murid-murid : )


A'shadieeyah bersama hadiah yang ummi terima. Suka sangat dia nak buka hadiah yang ummi terima daripada murid : )











No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...