Wednesday 29 April 2015

Gelagat A'shadieeyah April 2015

Di akhir bulan April 2015, Ashadieeyah sudah banyak perkembangannya. Rindu dengan keletahnya yang manja. Perangainya lak semakin hari semakin manja, yer laa orang tak der adik lagi hihiii. Apa yang dia cakap semua orang macam nak kena dengar. Kalau tak dengar apa yang dia tuturkan, mula laa macam nak mengamuk dia.


Abang Ahmadenijad pula sentiasa sabar dengan perangai adiknya. Adiknya pun memang naik minyak laa. A'sha pula dah semakin pandai menulis dan memegang pensel. Setiap hari memang rajin sangat menulis dan mewarna.

22 Mac 2015

 22 Mac 2015
Gambar tangan A'shadieeyah (Gambar atas) dan Ahmadenijad (Gambar tangan bawah). A'shadieeyah laa yang suka sangat nak ambik gambar ni. Paksa ummi suruh ambil gambar tangan dia hihiii.

Ini A'shadieeyah Hafthah (27 Mac 2015), umur 3 tahun 9 bulan : )

Bersama Zara, sepupu kepada A'shadieeyah  (21 Februari 2015)

 Hanif bersama A'shadieeyah (27 Februari 2015). Tema warna kuning, baju A'sha dah pendek. Dulu baju tu kainnya paras buku lali, sekarang dah paras lutut.

A'shadieeyah suka bergaya : )    (28 Februari 2015)

A'shadieeyah suka sangat main ipad mini ummi. Tak boleh dia nampak, mula laa nak tengok cerita kartun. Kartun kegemaran dia 'Upin Ipin', 'Boboiboy',  dan 'Hagimaru'. Ini yang menyebabkan ummi kena sorok ipad mini ummi hihiiii.  (8 Mac 2015)

A'sha bersama patung upin dia. Sayang sangat dia bantal busuk dia niee, tak boleh kena baring. Kalau sesiapa baring atas upin dia nie, dia pun kata " kemek laaa upin A'sha". (25 April 2015)



Satu hari di sebuah kedai runcit, 
pemilik kedai pun bertanya kepada A'sha " adik mana abang "? 
" abang sekolah " jawab A'sha pendek.
" dah sekolah? " soal pemilik kedai.
" dah, sekolah rumah mak, cikgu A'sha namanya Cikgu Angah" jawab A'sha sambil tersenyum bangga. 

Mak tu ialah penjaga A'sha dan merupakan mak saudara dia. Cikgu Angah tu pula ialah sepupu A'sha yang sering mengajar A'sha. A'sha suka sangat bercerita mengenai konon-kononya dia berada di sekolah. Bercerita dia ada kawan-kawan. Bila ditanya siapa kawan dia, hanya sorang jer kawannya iaitu Hanif ( anak saudara sepupu ).

A'shadieeyah kalau dengan ummi asyik nak bergaduh jer. Letih ummi memikir hihiii... ada jer tak kena dengan dia kalau dengan ummi. Tak boleh ditegur sikit, mula dia kata " ummi nie garang laaa ngan A'sha ". Errrmmmm... yer laa A'sha, iyer kan ajer laaa. 

Tapi kalau dah sayang tuu, sayang sangat laa dengan ummi. Asyik nak cium jer ummi ni  haaaahaaa. Bukan ummi jer yang A'sha nak cium, abang dia pun dia suka sangat nak cium. Abang pula suka lari daripada A'sha kalau nak kena cium  : )

Kejap jer rasanya A'sha dan semakin membesar dan semakin petah berkata-kata, tapi pelatnya tuu masih ada lagi : )







No comments:

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...