Sunday 31 May 2015

Laksa Ikan SekoQ

Hari nie 31 Mei 2015 (Ahad) kami sekeluarga menjamu selera tengah hari di Restoran Shariah D'Impiana yang terletak sederet dengan JPJ Bandar Baru Bangi, di seksyen 7. Pertama kali kami singgah makan di sini. Hiasan dalaman restoran nie pun cantik. Restoran nie juga ada ruang berhawa dingin.  


A'shadieeyah dan Ahmadenijad, seperti biasa A'sha makan 'ketam' goreng. A'sha yang pelat sebut kentang menjadi 'ketam' bunyinya. Susah payah ummi nak faham apa yang dituturkan. Ummi kata laa kat sini tak jual 'ketam goreng'. A'sha tetap sebut nak ketam goreng jugak. Akhirnya abang Ahmadenijad yang memahami bahawa A'sha nak kentang goreng. Haiii A'sha, macam-macam karenah dia.


Air kami sekeluarga : )

Ini makanan yang abah pesan.

Ini pula menu yang menjadi pilihan ummi, nasi goreng. Sedap nasi goreng nie yang disertakan dengan udang goreng bercampur sayur kacang panjang dan bunga kobis, hirisan timun dan kentang goreng.

Menu pujangga hati anak ummi laa nie kentang goreng kegemaran A'shadieeyah.

Sekali lagi kami berkunjung makan di sini, tapi sebelah malam pula. Teringat pertama kali datang ke sini, ada terlihat banting yang iklan 'Laksa Ikan Seekor'. Suami laa yang perasan kat sini ada jual laksa. Malam nie (12 Jun 2016~Jumaat) kami datang menjamu selera di sini pula, nak makan laksa ikan SekoQ : )

 Iklan banting di Restoran Sharifah D'impiana,  Laksa Ikan Seekor hanya RM5 sajer.

Inilah laksa Ikan Seekor, memang puas hati makan dan laksa nie memang sedap : )
Saya dan suami pesan laksa nie untuk makan malam.

A'shadieeyah pesan kentang goreng lagi : )

Ahmadenijad pula makan kuew tiew goreng. Tengok laa besarnya pinggan dan banyak lak tu. Air jus oren tu pula kepunyaan saya.





2 comments:

Siti Yang Menaip said...

heloooo kakak.. oo kakak.. hapdet entry baru please =P

miesha said...

Hai siti
ok siti : )

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...