Showing posts sorted by relevance for query mee tarik warisan. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query mee tarik warisan. Sort by date Show all posts

Tuesday, 11 November 2014

TaRiK-TaRiK Jadi Mee

Mee Tarik Warisan di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Cawangan ke 5 yang baru di buka di Bandar Baru Bangi. Ceria sangat dekorasi kedai nie yang berwarna hijau muda. Kedai nie berhadapan dengan Restoran Haslinda . Pada 11 November 2014 ( Selasa ), kami menjejakkan kaki melangkah ke sini. Pemandangan dari luar memang cukup menarik dan ceria jer kedai nie. Dilimpahi dengan cahaya dan berdindingkan warna hijau muda memang sangat cantik dan sesuai sangat hihiii... : )

Kami juga pernah makan Mee Tarik Warisan di cawangan Sungai Besi. Boleh baca di link nie http://miesha-jept.blogspot.com/search?q=mee++tarik+warisan
Pemandangan kedai dari luar ; )
Sila pilih menu yer, harga berpatutan dan rasa sangat sedap.




Ahmadenijad sedang guna chopstick makan mee. Action jer lebih guna chopstick, lepas tuu tukar garfu la pulak sebab asyik tak dapat jer mee tu masuk dalam mulut hahahaaa... ; )
Air sirap kepunyaan Ahmadenijad dan A'shadieeyah.



Air sirap ais dan teh O ais ... lega rasa tekak : )



Mee tarik yang berkuahkan daging nie kepunyaan abah.


Nie Ahmadenijad punya mee tarik ; )

Ini ummi yang punyer tapi asyik kena kebas dengan Ahmadenijad pulak.



Licin semua air dalam gelas dan makanan masih lagi bersisa. Ahmadenijad sedang berusaha untuk menghabiskan kesemua mee nie. Chaiyook ... chaiyook ... Ahmadenijad boleh : )





Monday, 31 December 2012

Mee Tarikkkk



Pada 30 Disember 2012 (Ahad), kami ingin ke Jom Heboh di Stadium Bukit Jalil. Kami pakir  kereta di LRT Sg. Besi dan menaiki LRT dari Sg. Besi ke Stadium Bukit Jalil.  Menjadi kebiasaan, di tapak Jom Heboh memang ramai yang bertandang ke sana. Keadaan cuaca yang panas, membuatkan badan berpeluh dan keletihan. Kami pun tak larat nak jalan lama-lama dengan membawa anak-anak lagi, meraka pun dah meragam sebab letih. Bertambah letih, bila kedua-duanya nak berdukung...fuhhhh memang letih. Namun, seeronok kerana harga barang di sini memang murah dan disertakan pula dengan beg dan hadiah setiap membeli barangan mereka.


Ahmadenijad AL-Harits dan A'shadieeyah Hafthah yang sedang posing sementara menunggu LRT ke Stadium Bukit Jalil 



Berlatar belakangkan gambar Tugu Negara "Terima kasih Pahlawan Malaysia".


Balik dari Stadium Bukit Jalil, kami singgah makan di Restoran Mee Tarik Warisan Asli di Sg. Besi. Ini pertama kali saya datang makan di sini. Kalau nak tengok cara orang buat mee tarik, di sinilah tempat yang sesuai. Kagum sangat tengok mereka menarik tepung yang diuli-uli dan akhirnya menjadi mee. Wow, memang hebat! Empunya restoran nie seorang muallaf. Sepanjang kami di restoran ini, pengunjung pun ramai juga.


Ahmadenijad sedang menikmati daging yang terdapat di dalam mee nyer tuuu...ngappp : )



Ini pula makanan abah Ahmadenijad. Memang best : )



Ahmadenijad bersama makanan yang di pesan.



Ini makanan untuk ummi...memang kenyang sebab banyakknyer. Mee nyer memang rasa kenyal dan sedap. Air yang dipesan pula ialah Teh O Ais dan Air Laici.




Ini daging kambing yang digoreng serta bersalut lada dan bijan. Isi-isi daging kambing dihiris halus dan dicucukkan pada lidi pencungkil gigi. Memang kreatif dan masakan nie memang sedap. Kalau datang ke sini, jangan lupa pesan daging kambing nie yer, memang berbaloi : )



PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE

PENDIDIKAN KESIHATAN | TAHUN 5 | UNIT 13 | ELAKKAN KEMALANGAN | SUBTOPIK | AKIBAT KECUAIAN | MELECET & MELECUR OLEH CIKGU RAHIMIE Melece...